SENANG CARI

11 July 2014

BEZANYA KITA DENGAN MEREKA

salam buat semua..
berada di minggu ke dua Ramadhan...
moga kita semua sentiasa dilindungi Allah.



bunyi mercun makin meriah setiap malam...kawasan rumah saya memang dah jadi seperti kemestian.tiap2 kali musim perayaan adalah bunyi berdentum dentam.tak kiralah raya apa pun...
bunyi mercun mesti ada.
padang depan rumah jadi macam lapang sasar...
Ramadhan kali ni saya dah dengar bunyi meriam buluh pada minggu pertama lagi...tapi yang tu di luar kawasan perumahan ini.

lain halnya di bumi saudara kita...
berdentum dentam letupan bom menghancurkan segalanya...


apalah ertinya keseronokan Ramadhan pada mereka...
apalah ertinya kemeriahan Syawal pada mereka...
sebak melihat penderitaan mereka di awal usia...


paling minima yang kita boleh lakukan untuk mereka...
minima dari segi guna tenaga..
namun kesannya sangat kuat..
BERDOALAH...
Doa kepada Allah 
moga saudara-saudara kita di sana diberikan kemuliaan di sisiNya...
mohon diberikan kekuatan buat mereka..
mohon semoga Allah melindungi mereka dan melepaskan mereka dari kesengsaraan ini..
berikan mereka hidup yang aman & tenteram..
berikan mereka kebebasan dari gangguan makhluk yang rakus...
berikan mereka keselamatan...kesejahteraan dunia dan akhirat.

serta...
mohon semoga Allah melindungi bumi Malaysia dari kejadian seperti ini..

amin....

(gambar2 dari google)



2 comments:

Daddy Ziyyad said...

Salam Ramadan,selamat berpuasa buat akak sekeluarga...

Ada lagi yg main meriam buluh? Igtkan dah takde...Kita kat sini setiap kali raya,itu lah skrip nya kan..mata buta/tangan kudung...elok hantar ke Gaza pergi berjuang, kalau kudung pun berbaloi ..balasannya kat akhirat lumayan

ieda said...

rasanya meriam buluh will be here forever..warisan pusaka..hehe

dengar bunyi meriam buluh beranilah depa..cuba dengar bom..mau pengsan..

selamat berpuasa to you & family too.