22 May 2014

MODEL CILIK KAMI...LAGI

budak tengah demam dipaksa beraksi...
terpaksa angkat kening untuk bulatkan mata...


21 May 2014

KETAGIHAN TEH

salam sejahtera...


hari ni Kedah cuti....cuti peristiwa sempena kemangkatan Tengku Bendahara Kedah awal pagi tadi...semua perkarangan sekolah jem tiba-tiba sekitar jam 9.30 ke 10.30 pagi bila semua waris datang untuk ambil anak masing-masing.
awal pagi SU ada bgtau sekolah cuti tapi oleh kerana musim peperiksaan saya hantar juga budak berdua ke sekolah...pukul 10 abahnya pi ambik...hehehe..

saya tak cuti pun sebab nanti bulan 6 nak cuti...so kita carry forward cuti ke situ saja....ada reunion universiti nanti...rugi plk kalau tak hadir...dah musim cuti sekolah....mengimbau nostalgia zaman uni di Kelantan...tak sabar rasanya.dah 20 tahun sejak graduasi...cepatnya masa berlalu....semua fizikal berubah namun jiwa tetap sama...jiwa muda...hiiii....

hari ni sebenarnya nak tunjuk gambar ni...


teh ais kegemaran kami sekeluarga...boleh ketagih dibuatnya.
memang tak elok amalkan teh ais sebab kandungan gula yang tinggi,kandungan kafein serta pewarna yang tidak elok untuk kesihatan.tapi bila tiba rasa ketagihan tu....mana boleh tahan dah...mesti nak cari juga.istimewanya teh ais ni...beli pagi boleh minum sampai petang...rasa maintain ja....memang rasa yang terbaik...susu & teh seimbang.
tengok tokey ni bancuh....guna tin susu saja pun...tak ada kole besar.
sebab tu sedap kot....wallahualam.
***teh ais Pak Abu Tg Dawai***





16 May 2014

SAYANG CIKGU

salam...
menghampiri penghujung 16 Mei...
penghujung hari guru....
namun ingatan terhadap guru2 tidak pernah padam...
segala ilmu & didikan yang diberikan sentiasa tersemat di hati...

dari tadika...ke sekolah rendah...sekolah menengah...universiti....
banyaknya ilmu yang dicurahkan...bukan sahaja akademik...
malah agama dan sosial...
ilmu untuk survival...
ilmu untuk dunia dan akhirat...

kepada sahabat2 yang bergelar guru...
moga keikhlasan kalian mendidik diberikan ganjaran sewajarnya oleh Allah swt...

***seperti mana hari ibu....hari guru juga adalah pada setiap hari***

***notes:
terkini...terimakasih juga buat guru2 di alam maya yang tidak jemu2 mengajar setiap hari...

13 May 2014

UPDATE

salam...

minggu yang agak sibuk kali ini...dengan kesihatan yang sedikit terganggu kerana terjangkit dengan sakit tekak & batuk....biasalah...dah hari2 mengadap orang sakit tekak.sikit sebanyak sampai jugalah kat kita.saya tak suka lozenges,apa jenis pun memang tak suka kecuali strepsil perisa oren..tapi kali ni saya tak ambil strepsil...cuma telan vitamin C Shaklee...sebiji sehari...alhamdulillah cepat ja lega sakit tekak.tapi batuk lambat sikit sebab menggatal pi makan buah bacang...buah ni ada getah sikit...bila makan tekak rasa gatal2...maka batuk yang nak hilang pun menjadi2 semula.....dah buah kegemaran kan...mana boleh tahan godaan.bau plk menyengat.sekarang ni ada kuinin masak plk dalam rumah...tahan nafsu ja ni...hehe...leceh kalau batuk2 ni sebab jadi susah nak bercakap dengan orang...dah kerja kita kena bercakap ja,memang terganggulah sikit.alhamdulillah hari ni dah sihat 99%....

my anakanda kecik nabila bambam...dia pun demam dua hari lepas (ahad)...Isnin (kemarin) menjadi2 plk...dengan selsema sekali.alhamdulillah hari ni dah sihat.selera ja kurang sikit.nasi tak mau makan.letak nasi depan dia katanya "acik mamau....'a'au"...(nasi tak mau...busuk).kemain lagi...nasi busuk...hihi...masa tak demam pantang nampak nasi.maka lunch tadi meratah sup dan makan pisang ja...slim la anak ummie sehari dua.

Sabtu baru-baru ni menziarahi anak sepupu suami yang meninggal akibat kemalangan jalanraya...kesedihan berganda buat keluarga arwah.Bapa kepada arwah juga baru meninggal dunia pada hujung bulan April...mereka balik ke Penang untuk urusan pengkebumian.namun sehari selepas pengkebumian anak ini pula kemalangan dan cedera di kepala.terus koma dan meninggal pada awal pagi Sabtu baru ni (berselang 12 hari dengan arwah bapanya).Berusia 18 tahun dan diharapkan untuk menjadi penjaga ibu dan adik-adik kerana abang-abangnya semua telah bekerja.namun kita hanya merancang...Allah penentu segalanya.Sekarang keluarga ini dalam urusan berpindah untuk tinggal di Kedah supaya lebih dekat dengan saudara mara.

semoga Allah memudahkan urusan mereka.



08 May 2014

NABILA BELANJA

salam...
cerita budak kecik sikit..

sekarang dah pandai nak bayar-bayar...lama dah sebenarnya.ummie ja lupa update perkembangan yang satu ni.kalau makan kat luar atau beli barang,dia kalut nak bayar.kat stesen minyak pun dia nak bayar juga...tapi bagi yang bayar kat pam sajalah.kalau yang bayar kat kaunter ummie ikut sekali...bahaya kannn...
lepas bayar dia mesti tunggu duit lebih.ada sekali ummie bagi duit cukup2 ja...beria dia tunggu.bila ummie cakap..."baby....tak dak duit lebih"....tersipu2 ja dia malu sambil pusing balik kat umie di meja makan...comey ja.
bila dapat duit baki dia angkat kemudian cium duit sambil cakap macam doa...as if 'terimakasih Allah bagi duit ni kat baby"..tapi duit baki dia bagi balik kat ummie walau dengan penuh susah payah.
yang perempuan tu bukan ummie nabila yer...


07 May 2014

GETI.....LAMANYA TAK JUMPA KAMU

salam penuh kasih sayang.....apakah???hehehe

sejak kawen & sejak arwah parents tak ada saya jarang2 sangat makan masakan kampung yang menjadi kegemaran saya.al maklum asal dari kampung.
bukan tak reti nak masak tapi malas sebab yang makan saya sorang ja...husband memang tengok sajalah...budak2 berdua tu pun.nabila mungkin makan tapi yang jenis tak pedas saja.nak cari di kedai pun susah...nama ja masakan kampung tapi setakat ada sambal belacan & ulam kemudian lauk2 lain sama ja dgn kedai kat sebelah ni..tak ada maknanya.

maka....kemarin mak sedara suami telah menghidangkan antara makanan yang lamaaaa saya tak jumpa....ada kenduri baca Yasin kat rumah dia.so kami lunch di situ saja.




yang lama tak jumpa tu adalah....masak lemak pucuk geti (dalam mangkuk)....sedap sangat (pada saya laaa...)lagi satu sambal belacan campur buah konen (kuinin)....makan dua sajian ni dengan isi gulai (ikan otek)....bertambah2 nasi...sib baik makan bersila.cepat padat...hehe
kicap tu untuk suami tercinta...makan dengan kembung goreng sebab lauk lain semua dia tak suka..
nabila dengan aiman makan juga...nurul langsung tak makan..bukan lauk2 dia semua tu.

ini rupa daunnya...ada orang panggil daun turi (baru tau malam ni)....gambar kutip kat internet ja ni...nak masak kena ambil beberapa tangkai daun tu (yang mudalah)...simpulkan sekali baru masak...buatlah berapa banyak yang dikehendaki...jangan masuk setangkai2...jenuh nak kutip satg.

antara khasiat daun geti

...mengandungi vitamin C yang tinggi.juga mengandungi vitamin B,protein dan nutrient lain seperti kalsium,sodium,potasium dan fosforus serta iron.
bagus kan?
sesapa yang rajin ke pasar basah tu cuba-cubalah cari...sedap.

antara masakan lain yang saya suka...
dalca buah munggal
kerabu daun milang
kerabu daun kadok
pajeri rebung
kerabu jantung pisang
haruan masak bantut (yg ni best...kita cerita lain kali)
...ishhh...lapaq aihhhh....

KELEBIHAN VITAMIN E (yang ni tadak dlm daun geti)

05 May 2014

SEKOLAH BARU

salam...
lunch break kelmarin saya & suami pergi merisik sekolah rendah vokasional khas yg terletak berhampiran rumah ni..bawa sekali budak kecik bambam & kakaknya.
tujuan ke sana ialah untuk meninjau adakah sesuai untuk meletakkan budak kecik ni  belajar di situ.berjumpa dengan pengetua dan bersembang dengannya...seorang yang mesra..
sekolah ini asalnya menempatkan pelajar2 kurang upaya pendengaran dan penglihatan.namun pengetua sekolah memasukkan sejumlah kecil pelajar yang bermasalah pembelajaran dengan ciri2 istimewa seperti anak yatim piatu,anak2 yang tinggal berhampiran dsb atas niat membantu sekadar termampu.
pelajar2 asal di tempatkan di asrama.

memang teruja juga nak hantar nabila ke sini sebab nabila adalah mampu untuk belajar walaupun ratenya perlahan.
bila dengar kisah anak2 kat situ....mulalah ummienya cuak...hehe....takut nabila kena buli sebab kata pengetua ada juga budak2 yang lasak & suka kacau budak lain.nabila ni nampak ja brutal tapi kalau orang pukul,dia diam ja...dan dia plk sgt sensitif..apa yang orang buat kat dia akan diingati sampai berbulan lamanya...kesian...kot2 dia trauma tapi tak reti nak cerita.

sekarang ummie tengah 50-50......
PDK bukan tak bagus cuma nak nabila dapat ilmu yang lain juga untuk masa depan dia...moga Allah mempermudahkan urusan untuk insan 'istimewa' ini....

**perkembangan terkini..
huhhh!!...makin geliga...
perkataan baru..."ooo...peli aaa..." (oo...perli aaa)


01 May 2014

APRIL NOTES

salam sejahtera semua...

sedikit update buat kenangan...
bulan April ramai rupanya sahabat handai yang menyambut ulangtahun kelahiran...tengok kat fb baru perasan.
tuan badan pun April juga...mak mertua pun April....berbeza beberapa hari saja.
24 April birthday mak mertua...tak adalah sambut special apa pun...anaknya kan sibuk memanjang...sibuk apa ntah...
so Jumaat 25 April bawa mak mertua dinner kat sini2 ja...kedai ikan bakar di tanjung dawai.sekarang dah dapat idea baru....seekor ikan potong dua..dapat dua jenis menu. separuh bakar & separuh lagi 3 rasa ataupun sweet sour.
si kecik tu makan sikit ja...kalut nak main.kebetulan anak tokey kedai ada,bukan main syok dia melilau.makan pun kena paksa.




sabtu malam ahad...tak tau dah nak dinner apa...kebetulan ada voucher pizza hut maka berangkatlah anak beranak menghabiskan isi poket di pizza hut.
tapi jimatlah...beli satu set dapat lagi satu set percuma.
satu set tu ialah regular pizza,2 mushroom soup & 2 ice lemon tea...maka bila dapat lagi satu set free cukuplah untuk kami anak beranak.
soup abahnya tak makan....ice lemon tea nabila tak minum...just nice.tambah side order sikit lagi...kenyang.
first time nabila pulun pizza.sebelum ni dia tak suka sebab tu jarang ke pizza hut...kesian kat dia tak tau nak bagi makan apa....lepas ni bolehlah jengah2 sini lagi.



dalam ngantuk-ngantuk masa nak balik tu sempat lagi berposing....honda ada buat promo kat village mall tu.ternampak plk model-model ni berposing.maka haruslah model kecik kami join sekali....dengan seliper jepunnya...hehe...hentam sajalah kan baby.kakak2 ni pun sporting...layan ja budak kecik ni.

*****
peristiwa2 lain di bulan April...
  * bulan pernikahan kami
  * bulan kehilangan bapa mertua


1.5.2014....bermulanya bulan Rejab.....
selamat menyambut bulan Rejab...moga kita semua sentiasa di dalam rahmatNya..