Showing posts with label hari guru. Show all posts
Showing posts with label hari guru. Show all posts

16 May 2014

SAYANG CIKGU

salam...
menghampiri penghujung 16 Mei...
penghujung hari guru....
namun ingatan terhadap guru2 tidak pernah padam...
segala ilmu & didikan yang diberikan sentiasa tersemat di hati...

dari tadika...ke sekolah rendah...sekolah menengah...universiti....
banyaknya ilmu yang dicurahkan...bukan sahaja akademik...
malah agama dan sosial...
ilmu untuk survival...
ilmu untuk dunia dan akhirat...

kepada sahabat2 yang bergelar guru...
moga keikhlasan kalian mendidik diberikan ganjaran sewajarnya oleh Allah swt...

***seperti mana hari ibu....hari guru juga adalah pada setiap hari***

***notes:
terkini...terimakasih juga buat guru2 di alam maya yang tidak jemu2 mengajar setiap hari...

16 May 2012

JASAMU DIKENANG

salam..


16 MEI....
SELAMAT HARI GURU buat semua yang bergelar guru..
moga jasa kalian mendapat balasan yang terbaik dari ALLAH..


buat cikgu NURUL..
maaf hari ni Nurul ponteng sekolah...(tak ada kelas)..
katanya nak study sebab minggu ni tengah exam pertengahan tahun..
dia minta handphone baru dari abahnya...so kena pulun...
moga2 dia dapat result yang baik..


buat cikgu NABILA...
maaf sebab hari ni Nabila pun ponteng...
malam tadi tidur lambat..
sibuk menyanyi macam peserta2 pertandingan Nescafe tu..
pagi ni plk hujan lebat...mmm..liat la..


buat cikgu2 saya dulu..
tadika kat kampung...SKAAT...MRSM...USM..
terimakasih cikgu...
anda adalah guru2 saya..
anda adalah ibubapa saya juga..



15 May 2011

DALAM SUKA ADA DUKA.......

salam.

esok 16 Mei...HARI GURU.
selamat menyambut hari guru buat semua warga 'pendidik'.
moga anda semua dapat membentuk anak2 Malaysia yang berjaya & berakhlak mulia.
pastinya kebanyakan sekolah mengadakan sambutan hari guru esok..kebetulan lusa (Selasa) hari cuti umum (Wesak).sekolah anak2 saya tak taulah lagi...
tunggu balik sekolah petang ni...adalah berita dari wartawan kami, Nurul.

dalam kemeriahan sambutan hari guru ni saya mendapat khabar sedih dari rakan2 FB...
salah seorang guru masa sekolah menengah dulu sedang terlantar di HDU salah sebuah hospital kat utara ni.belum ada diagnosis tepat ttg masalah kesihatannya.
walaupun dia tidak pernah mengajar kelas saya tetapi kami satu sekolah tetap mengenali beliau kerana dia adalah seorang guru yg sgt baik.begitu juga isterinya...juga guru di sekolah saya dulu.
both are very friendly & easy to get along with.
(segmen kisah cinta kalian antara yang menarik semasa di sekolah dulu)

moga Allah segera menyembuhkan cikgu Teh.
buat cikgu Ummi....sabarlah menghadapi dugaan ini...
we pray for the best for him.
get well soon sir.
 
 saya ambil gambar ni dari fb cikgu without permission.
harap cikgu izinkan.