minggu yang agak sibuk kali ini...dengan kesihatan yang sedikit terganggu kerana terjangkit dengan sakit tekak & batuk....biasalah...dah hari2 mengadap orang sakit tekak.sikit sebanyak sampai jugalah kat kita.saya tak suka lozenges,apa jenis pun memang tak suka kecuali strepsil perisa oren..tapi kali ni saya tak ambil strepsil...cuma telan vitamin C Shaklee...sebiji sehari...alhamdulillah cepat ja lega sakit tekak.tapi batuk lambat sikit sebab menggatal pi makan buah bacang...buah ni ada getah sikit...bila makan tekak rasa gatal2...maka batuk yang nak hilang pun menjadi2 semula.....dah buah kegemaran kan...mana boleh tahan godaan.bau plk menyengat.sekarang ni ada kuinin masak plk dalam rumah...tahan nafsu ja ni...hehe...leceh kalau batuk2 ni sebab jadi susah nak bercakap dengan orang...dah kerja kita kena bercakap ja,memang terganggulah sikit.alhamdulillah hari ni dah sihat 99%....
my anakanda kecik nabila bambam...dia pun demam dua hari lepas (ahad)...Isnin (kemarin) menjadi2 plk...dengan selsema sekali.alhamdulillah hari ni dah sihat.selera ja kurang sikit.nasi tak mau makan.letak nasi depan dia katanya "acik mamau....'a'au"...(nasi tak mau...busuk).kemain lagi...nasi busuk...hihi...masa tak demam pantang nampak nasi.maka lunch tadi meratah sup dan makan pisang ja...slim la anak ummie sehari dua.
Sabtu baru-baru ni menziarahi anak sepupu suami yang meninggal akibat kemalangan jalanraya...kesedihan berganda buat keluarga arwah.Bapa kepada arwah juga baru meninggal dunia pada hujung bulan April...mereka balik ke Penang untuk urusan pengkebumian.namun sehari selepas pengkebumian anak ini pula kemalangan dan cedera di kepala.terus koma dan meninggal pada awal pagi Sabtu baru ni (berselang 12 hari dengan arwah bapanya).Berusia 18 tahun dan diharapkan untuk menjadi penjaga ibu dan adik-adik kerana abang-abangnya semua telah bekerja.namun kita hanya merancang...Allah penentu segalanya.Sekarang keluarga ini dalam urusan berpindah untuk tinggal di Kedah supaya lebih dekat dengan saudara mara.
semoga Allah memudahkan urusan mereka.
1 comment:
Al Fatihah..
Salam takziah dari saya kak buat keluarga sepupu suami..
Post a Comment