SENANG CARI

05 May 2014

SEKOLAH BARU

salam...
lunch break kelmarin saya & suami pergi merisik sekolah rendah vokasional khas yg terletak berhampiran rumah ni..bawa sekali budak kecik bambam & kakaknya.
tujuan ke sana ialah untuk meninjau adakah sesuai untuk meletakkan budak kecik ni  belajar di situ.berjumpa dengan pengetua dan bersembang dengannya...seorang yang mesra..
sekolah ini asalnya menempatkan pelajar2 kurang upaya pendengaran dan penglihatan.namun pengetua sekolah memasukkan sejumlah kecil pelajar yang bermasalah pembelajaran dengan ciri2 istimewa seperti anak yatim piatu,anak2 yang tinggal berhampiran dsb atas niat membantu sekadar termampu.
pelajar2 asal di tempatkan di asrama.

memang teruja juga nak hantar nabila ke sini sebab nabila adalah mampu untuk belajar walaupun ratenya perlahan.
bila dengar kisah anak2 kat situ....mulalah ummienya cuak...hehe....takut nabila kena buli sebab kata pengetua ada juga budak2 yang lasak & suka kacau budak lain.nabila ni nampak ja brutal tapi kalau orang pukul,dia diam ja...dan dia plk sgt sensitif..apa yang orang buat kat dia akan diingati sampai berbulan lamanya...kesian...kot2 dia trauma tapi tak reti nak cerita.

sekarang ummie tengah 50-50......
PDK bukan tak bagus cuma nak nabila dapat ilmu yang lain juga untuk masa depan dia...moga Allah mempermudahkan urusan untuk insan 'istimewa' ini....

**perkembangan terkini..
huhhh!!...makin geliga...
perkataan baru..."ooo...peli aaa..." (oo...perli aaa)


No comments: