baru nak up cerita sahur ni...dah berapa lama terperap kat draf ntah.
kisah bermula pada hari Jumaat (5.8.2011) malam.
pada malam tersebut, akhbar Sinar Harian Zon Utara dengan kerjasama NARC dan pejabat penghulu Kuala Ketil Kedah telah berjaya menganjurkan program 'JOM JALAN SAHUR' di mana dalam program ini kami telah melawat dan bersahur bersama-sama 3 keluarga warga emas di daerah Kuala Ketil.
kami mula begerak secara berkonvoi dari petronas bersebelahan bandar Puteri Jaya sekitar jam 12.30 pagi.kemudian berhenti di petronas Kuala Ketil untuk berjumpa dua lagi team mate dan juga staff Sinar Harian Baling.tunggu punya tunggu staff Sinar tak juga sampai maka kami bergerak dulu ke rumah pertama sebab dah pukul 1 lebih....takut lewat sampai.
rumah pertama yang dilawati terletak di Batu 1.
pasangan pertama yang ramah tamah (pak tuan & mak tuan) |
antara anak2 yang mengikut |
pokok bunga mak tuan |
penghuninya adalah sepasang suami isteri warga emas yang tidak mempunyai cahayamata.rumah yang sederhana tapi di kelilingi dengan berpasu2 pokok bunga.....rugi sebab tak berapa nak nampak bunga2nya dalam suasana gelap tu.seronok bersembang dengan pasangan ni terutamanya 'mak tuan'......sangat kelakar.kena plk dgn ahli2 NARC dan salah seorang staff Sinar yg kepala tak berapa nak betul...pukul 2 pagi rasa mcm waktu siang.
kenduri bihun di awal pagi |
di sini kami dijamu dgn bihun goreng dan air kopi serta teh panas.makan atas tikar kat laman rumah jiran mereka....best.dengan makanan yg sedap & suasana sejuk angin segar di kampung.
lepas makan terus bergerak ke rumah ke 2 di Kampung Nibong 12.
adventure di bulan ramadhan |
jalan ke rumah ke dua ni memang mencabar...malam2 buta dengan gelapnya tu,kami dibawa oleh penghulu melalui jalan kebun getah & kelapa sawit yang sunyi sepi.jalannya berbelok2...siap naik turun bukit lagi...perghhh...kalau sorang2 memang tak berani lalu.dari simpang jalan besar ke rumah makcik ni adalah dalam 20 minit kot.
makcik yg ke dua ni tinggal seorang diri.suaminya meninggal beberapa tahun yg lepas,mempunyai seorang anak peliharaan yang tinggal berasingan.makcik ni sering dilawati oleh anak menantuya.masa kami tiba ada cucu menantu yang menemani.makcik ni masih kuat fizikalnya tapi agak pendiam.
sumbangan dari ahli NARC |
budak 2 beradik yang suka makan |
kat sini sahurnya adalah nasi tomato 'super sedap'....memang sedap sangat.kalau buat berniaga mmg beraturlah pelanggannya.
menurut JKK kampung ni.jalan bengkang bengkok yang kami lalu tadi adalah jalan asal yang diteroka oleh arwah suami makcik ni masa mereka mula2 tinggal di kampung tersebut.tak terbayang betapa kuatnya semangat mereka untuk survive...
sekitar jam 3.30 pagi kami bergerak ke rumah ke tiga...kami dibawa melalui jalan lain..bukan jalan yg kami masuk tadi.jalan yang lebih elok & dekat dengan jalan utama......saja ja depa nak bg kami adventure lebih masa memula tadi tu.
lebih kurang pukul 4 pg kami sampai ke rumah ke 3 di Kampung Sungai Bemban....
terus landing kat pangkin ja bebudak ni.. |
sumbangan wang tunai dari NARC & dermawan lain. orang kuat SINAR yg sentiasa tersenyum kat sebelah tu (kak mini) |
penghuninya seorang warga emas yg tinggal bersendirian.tapi rumah makcik ni di kelilingi rumah adik beradiknya yang lain.rumah kampung yang sangat lapang.susah nak jumpa rumah macam ni sekarang.halaman luas...ruang dalam rumah pun selesa..dengan mengantuk mata & suasana sejuk di kampung...best sgt kalau boleh 'landing'.
lauk kenduri |
kat sini sahurnya dah jadi macam kenduri...siap berhidang.lauk2 kampung yang best...terutamanya sup daging segar.tapi saya lebih suka makan petai masak lemak.selalu makan sambal ja tetiba jumpa yg dibuat masak lemak rasa pelik plk...tapi sgt sedap.
antara yang masih mampu 'celik' |
lepas bersahur...dlm keadaan mata yg layu & kuyu kami bergerak balik....sampai rumah lebih kurang jam 6.30 pagi.lepas solat subuh terus ja...dummmmm...
***di setiap rumah yg disinggahi,penghuninya dihadiahkan dengan hamper,wang tunai,pakaian,beras dan jus.semua sumbangan adalah dari Sinar Harian,warga NARC dan dermawan2 lain.
***makanan dimasak oleh penduduk kampung tetapi bahan2 disediakan dari wang sumbangan