09 April 2010

HALAL KE APA YANG KITA MAKAN???

salam...
di bawah adalah petikan dari Harian Metro hari ini..
baca dan fikirkanlah...

KUALA LUMPUR: Meloyakan dan tidak sepatutnya berlaku apabila ada segelintir peniaga ayam tempatan bertindak menjual ‘ayam lemas’ kepada pelanggan Islam walaupun menyedari ia meragukan dan boleh dianggap sebagai bangkai.
Kewujudan ayam lemas itu didedahkan berikutan penemuan tiga tong penuh berisi air yang digunakan peniaga ayam untuk melemaskan ratusan ayam dalam satu pemeriksaan mengejut di Pasar Sentul di sini, awal pagi semalam.



Lebih menjijikkan apabila peniaga turut sengaja mencampakkan puluhan ayam yang baru disembelih ke lantai berlumut sebelum dijual kepada orang ramai.


Tindakan yang disifatkan tidak bertanggungjawab itu dibongkar selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan pemeriksaan di pasar berkenaan.


Sumber berkata, operasi bermula jam 4 pagi itu disasarkan ke kawasan pasar terbabit bagi menilai tugas penyembelihan ayam selain memastikan ia mengikut hukum syarak serta halal sebelum dijual kepada pengguna Islam.

berita selanjutnya sila ke http://www.hmetro.com.my/


gambar sekadar hiasan..


Teringat masa kecik2 dulu kat kg.kalau nak makan ayam tangkap ja ayam kt rumah then bapa akan sembelih sendiri.nak tangkap ayam kampung yg berkeliaran tu bukan senang walaupun ayam yang kita pelihara sendiri.jadi bila dah dapat mmg tak sabar2 nak suruh mak masak.

ada satu hari tu dapat tangkap 3 ekor.maka tersangatlah excitednya saya suruh bapa sembelih cepat2.spt biasa mak akan tolong pegang ayam tu.halaman belakang rumah saya tu kat tepi sawah.jadi ada satu parit kecil yang pisahkan tanah laman dgn sawah padi.bapa saya mmg suka sembelih kt belakang rumah.lepas bapa sembelih leher ayam tu mak akan letak ayam kat tanah.

ntah macam mana ayam yg pertama tu (kebetulan yg paling besar) boleh mengepak2 dgn kuat sampai termasuk dlm parit kecil tu.parit tu mmg ada air.bapa saya bisinglah.dia cakap ayam tu kena buang.tak boleh makan...saya pun mulalah sibuk tanya apasal takleh makan..kan dah sembelih?bapa cakap sebab dia masuk dlm air.mmg saya tak puas hati.saya kata..mana aci....takkan nak buang.sayanglah.ayam tu besar..last2 kena marah dgn bapa saya..hehe..dia cakap ayam tu mati sebab lemas.bukan sebab sembelih.mmg haram.takleh makan....padan muka saya...sib baik ada dua ekor lagi.

peristiwa ni berlaku masa saya sekolah rendah tapi tetap saya ingat sebab ia adalah satu ilmu yg saya dapat secara praktikal.

zaman sekarang ni semua kena beli..bila ada kejadian mcm ni mulalah rasa was2..saya ok lagi sb lebih suka ikan tapi hbby adalah penggemar ayam sejati...cemana ni????

No comments: