31 January 2012

YAKIN BOLEH...MESTI BOLEH

salam.....


ingat tak dulu saya buat entry ttg nak diet?
berjaya???..hahaha....punah!!
macam mana nak diet...tukang masak ada kat sebelah.
asal masuk jenguk kedai ja..
"doktor nak makan apa?"
"doktor dah makan ka?"
prihatin sungguh depa.....suka saya.
tiap2 malam dok lepak kedai makan..
bohong la kalau tak tergoda.


tapi ni nak tanam azam baru (azam ooooo azam)..
boleh makan tapi kena pilih2 yg terbaik utk diri sendiri.
(sekali sekala tumpang nabila punya kira halal la kan...)


****berjaya la hendaknya****


p/s....berat sekarang masih di tahap lama.


masa ambil nabila dari sekolah kemarin nampak gerai nasi ayam tepi jalan.....that was the best nasi ayam before but she stopped her business.now she started back...godaan sungguh!!




27 January 2012

IS IT A BIG ISSUE?...MESTI LA

salam...


pengumuman....
hari ni budak kecik bambam boleh pakai seluar baju sendiri dgn jayanya....yes!!!
tapi pampers & panty umie la pakaikan..


kisahnya...tgh hari tadi ada kenduri kat rumah mak toknya.masa nak mandi dia masuk bilik dgn kakaknya..ingatkan dia pi mandi & bersiap.maka saya pun mandi,solat & siapla diri sendiri.elok saya keluar bilik dia pun keluar jugak.tapi still dok seksi meksi lagi.
saya ajak dia tukar pampers & mandi sekali.dia tgk saya dah siap,senang ja masuk bilik air.akal nak pi jalan2 kan...
dah siap mandi pakai pampers segala,kami ke bilik dia utk ambik baju.kat sini dia mula banyak songeh.nak pakai t shirt ERA tapi tak jumpa seluar yg matching.saya ambik baju lain.dia mula main2 buat lambat.tak mo pakai baju.


hangin jugak saya...cukup tak suka bila dia buat perangai macam tu.
"tak mau pakai sudah.tak yah ikut.umie tinggai ja"....kata saya.then saya keluar dari bilik dia.dengar la dia panggil..."umie...umie..."
buat tak dengar ja.perasan jugak dia angkut baju yg saya nak suruh pakai tu ke ruang tamu.tapi malas layan.terus ja masuk bilik nak ambil kunci kereta.tetiba dia pun masuk jg...siap dah pakai seluar sendiri....sengih2 kat saya..."mie...mie..."....dgn bangga tunjuk dia pakai seluar sendiri.bila umie & abah puji lagila lebar sengih dia.
"pakai baju sendiri...baby pandai dah"...kata saya.
dia pun dengan confidentnya sarung t shirt sendiri & mmg elok ja masuk...tak terbalik macam selalu.sekali lg kena puji...pastu segalanya nak buat sendirilah...sikat rambut...bedak...


tapi rasanya t shirt ja dia boleh sarung sendiri sebab dia masukkan tangan dulu.pastu baru masuk kepala.kalau gown mmg tak boleh buat macam tu.confirm sangkut.


sekarang ni hobi menyanyi & menari dia mmg sangat2 ketara.sampai tak larat dengar dia nyanyi.semua perkataan/benda dia buat lagu.
(ikut umie kot nie...masa kecik2 dulu umie pun suka nyanyi jugak....sib baik tak lawa.kalau tak mesti dah jadi artis...haha...perasaAN..)


whatever it is...mmg banyak perkembangan nabila tunjukkan kebelakangan ni..syukur alhamdulillah....
terimakasih Allah kerana menghadirkan nabila buat kami...banyak hikmah di sebaliknya.ada hikmah yg sudah dapat saya lihat....syukur sekali lagi.
doA & harapan saya..moga Allah beri kesihatan yg baik buat kami suami isteri & panjangkan usia kami supaya dapat kami membesarkan nabila sehingga dia mampu berdikari dalam segala hal.juga moga kakaknya sentiasa ada disampingnya utk membantu di saat kami tiada suatu hari nanti.




EKSPO JALUR LEBAR

salam..


suasana agak sibuk di kawasan depan bangunan ni....ada ekspo jalur lebar di padang MRSM MERBOK.
ekspo selama 2 hari iaitu pada hari ni & esok.
saya yg dekat ni pun tak masuk lagi.dok dengar budak2 nyanyi karaoke ja..best jugak suara bebudak ni.


insyaAllah esok kalau rajin saya masuk sebab esok tak kerja....berpeluh2 badan pun tak kisah sgt.



26 January 2012

PRODUK BARU

salam..


status:
sedang mencari info & mengkaji satu produk yg baru ditunjukkan kpd saya...


####pening pala (sb tak berapa rajin nak membaca)####


22 January 2012

JANGAN KACAU!!

KALAU DAH HADAP MACAM NI TAK YAH SAPA2 PANGGIL LA....TAK LAYAN PUNYA.








18 January 2012

SAPA KATA ORANG PANDAI TAK NAKAL?

salam..
pagi tadi otw ke ofis dengar2 celoteh kat radio sinar (saya suka sb lagu time2 saya dulu banyak kat siaran ni)...
tema kali ni ialah dedikasi utk org2 yg tertentu dlm hidup masing2.salah sorang pemanggil ni (lelaki) buat dedikasi utk cikgunya...
tergelak2 saya dengar...beria2 dia cerita.macam nak buat cerita seram plk.

kisahnya...
pada satu malam dalam hujan lebat dia telah menghumban tong sampah dalam kereta cikgunya (tanpa rasa bersalah semestinya)..
puncanya...
dia marah kat cikgu tu sebab cikgu tu bagitau kat perhimpunan yg dia tak pakai seluar dalam......
macam mana cikgu tu tau dia tak pakai seluar dalam?
masa buat spot check kat asrama cikgu tu check loker dia tapi tak jumpa walau sehelai pun seluar dalam.....

yang bestnya....
tong sampah tu dia ambil dari blok asrama yg lain.maka yg kena denda cuci kereta cikgu tu adalah budak2 blok tersebut.
katanya sampai sekarang cikgu & budak2 blok asrama tu tak tau bahawa dia yg buat semua tu.

yang paling best...
dia adalah budak MRSM Kuantan & sekarang katanya dah jadi kaunselor......


p/s:.......saya suka tengok perangai budak2 yg super nakal tapi smart kat sekolah.

dengar cerita kaunselor ni teringat kisah sahabat2 masa kat sekolah dulu....semuanya dibongkar dalam FB...baru sekarang tau betapa sahabat2 yg berjaya hari ini telah membuat macam2 perkara pelik masa sekolah dulu....perkara2 yg boleh buat warden naik hantu.

jadi bila ada org cerita pelajar MRSM kat depan ni ada yg liau (lompat pagar) taklah menghairankan sangat...benda tu baru nakal tahap biasa.

moral of the story:
biar nakal asal berjaya....
muda hanya sekali,gunakan sebaiknya...(positif shj ok)

dan satu lagi..
ini motto kami budak2 perempuan masa menengah dulu..
"UNDANG-UNDANG ADALAH UNTUK DILANGGAR"
......hihi....jgnla ikut motto ni.


AZAN....APAKAH KITA MENGHAYATINYA

SALAM...
SAMA2 KITA HAYATI KLIP INI....

BIARPUN ADA GAMBAR2 YG DITUNJUKKAN ADALAH BUKAN DARI GOLONGAN MUSLIM,IA TETAP JUGA MENGGAMBARKAN KEHIDUPAN SEGELINTIR DARI KITA.

JUGA BUAT INGATAN UNTUK DIRI SAYA SENDIRI....



16 January 2012

HAPPY 30th ANNIVERSARY

salam...


16.1.2012...
30 tahun yg lepas......


16.1.1982
hari yang sgt nostalgia...sgt bermakna bagi kami ahli GEN2 MRSMK...
pendaftaran sebagai pelajar tingkatan 1.
hari yg menemukan kami...sahabat2 baru dari segenap pelusuk negara (kebanyakan dari utara).dengan pelbagai latar belakang keluarga & pendidikan.dengan pelbagai sifat & personaliti.
lima tahun bersama membesar dengan bimbingan guru2 yg diibaratkan ibubapa sendiri.
lima tahun menempuhn cabaran suka duka penghuni asrama.


hari ini...kami masih lagi bersama.
sentiasa dalam ingatan masing2.......bertemu saban hari di alam maya (group FB).....mengetahui perkembangan setiap ahli meski ada yang terus menyepi.terima kasih kepada teknologi yang membantu mengeratkan silaturrahim kami..


moga bulan june nanti mampu menemukan semua ahli GEN2 di maktab yg penuh nostalgia itu...dan lebih indah andai pertemuan itu turut dihadiri mentor2 kita dulu.


lagu maktab.......

wahai putera puteri bangsaku
ayuh segera menuju
mengikut gerak langkah maju
bersatu mencari ilmu

di zaman sains dan teknologi
negara perlukan jasamu
janganlah rasa malas lagi
bersatu memegang teraju

di maktab rendah sains m.a.r.a
tuntut ilmu jangan jemu
ikrar taat setia pada guru
berdisiplin selalu

hari ini hari mulanya
hari esok berjaya
lengkapkan segala yang ada
ke kuliah kita segera...



CUTI & KUIH

salam..
Ahad 15.1.2012.....cuti umum sempena hari keputeraan Sultan Kedah...makanya minggu ni saya cuti dua hari....alhamdulillah.
hari Sabtu selesaikan hal2 dalam rumah (tapi tak juga boleh selesai 100%) dan hari Ahad mengadap kebun yg baru nak bermula.

hari Ahad ada pasar malam kat sini.dah lama samgat tak jejak sebab kerja.maka hari ni lepas maghrib saja2 menjenguk.si Nurul nak makan peniram @ telinga keling.saya tak suka sangat kuih  ni.tapi nurul dgn nabila mmg pulun.beli rm2.00....20 biji yg kecik2 tu...tak dan sampai rumah lagi dah selesai depa kerjakan.
saya suka DANGAI...tapi tak beli pun sb perut dah kenyang.dangai ni kena makan panas2.dah sejuk tak sedap.dulu2 mak saya pandai buat tapi masa tu saya tak suka makan.sekarang ni bila mak dah tak dak baru suka nak makan....maka kenalah beli.nak buat sendiri???hmmm...sorry...kurang rajin & tak pandai pun walaupun kalau tengok caranya macam senang teramat.lagipun kat sini senang nak dapt..tak yah susah2kan diri nak buat sendiri yang hasilnya belum tentu sedap...beli kat pasar malam confirm best punya.
sapa yg tak kenal dangai....ni lah rupanya.kuih yg dibuat dgn campuran tepung pulut,kelapa muda parut & gula....masuk dalam acuan & bakar.
gambar google jer...
dari blog INI
sapa2 nak resepi dangai boleh jengah blog dapurmina  ni.




DANGAI tak sama dengan DANGAU yer...dangau takleh makan...dangau ialah pondok kecik kat kebun atau tepi sawah....


13 January 2012

YANG HANGUS

salam.
di bawah ni adalah jumlah yang telah dihabiskan di Thailand.
tak la tepat2 sangat sebab belanja makan yang kat 7E tu ada yg tak tertulis.top up phone lagi.

hotel agak mahal masa ni.kalau nak jimat lebih baik pergi sekitar bulan 3 hingga bulan 6 (low season).

***yg no 1 tu ada silap sikit....tiket masuk 'taman negara Krabi'...bukan masuk negara Krabi.



12 January 2012

PHUKET-KRABI-HADYAI.....DAY 4 & 5

salam.

ada lagi cerita makan angin kat Thailand...boring??? kalau boring next time jom ikut gi sana....mesti seronok.

ni kisah hari ke 4 & ke 5..
diringkaskan mengikut gambar2 yang ada.

25.12.2011.....
11.30 pagi....bergerak dari Krabi Condotel.
12.00 tgh hari....lunch di tanjung dawai Krabi (tak pasti nama tempat ni tapi SU panggil tg dawai sebab gerai2nya macam kat Tg Dawai Kedah & mengadap muara sungai.

makanan kat sini sedap & murah.
suasana pun nyaman sebab angin sentiasa bertiup nyaman...
tapi nak order mmg letih la....jenuh explain. 
 1.30 tgh hari....bergambar di dataran ZERO (atau dataran helang)

2.15 ptg....bergerak dari Dataran ZERO ke Hadyai.
4.30 ptg...berhenti rehat & solay di Ban Na Yong.
berhenti sana sini utk rehat at last sampai kat Hadyai sekitar 8.45 malam.
bermalam di JB Hotel.....


macam biasa....kena keluar cari makan.
dinner sekitar jam 10 malam.
dulu makan mee lakna kat sini sedap tapi kali ni macam kureeeng la plk..
family cikgu kat belakang tu macam tgh jawab exam..hihi...
depa tgh tick order kat menu sebenarnya.

pekan Hadyai....jalan utama yang dikelilingi banyak hotel
dan banyak kedai untuk mengeringkan poket.
tempat massage pun banyak.

teh tarik Hadyai...rasa yg berbeza.....presentation pun berbeza.
saya pulun tengok cemana dia buat.
gerai ni kecik sesangat....duduk pun selit2 ja.

ramainya berkerumun..macam ada show.
dengan bisingnya lagi.....haiyaaa....

inilah 'gadis-gadis' cantik lawa yang ditonton oleh orang ramai tu...
masa SU capture gambar ni saya tgh layan teh kat seberang jalan.
pagi 26.12.2011.
macam biasa bebudak mandi kolam..mak bapak bermalas2an di bilik sementara menunggu masa utk keluar shopping.


kami keluar sekitar jam 10.30 pagi...ambil tut tut ke market.sarapan aka lunch kat situ.kemudian jalan2 sat dalam market tu...rimas sb ramai org.so ambik tut tut balik ke pekan & ronda situ ja.tak beli apa pun..cari jam kat nurul & beli baju kat yot....bajet dah habis kannn...semua masuk perut ja.
hantu air berpesta...
menggigil2 tahan sejuk...air kolam sejuk gedi sebab kolam kat level atas...angin kuat.
ada la 3 kali rasanya budak hotel mai tegur tak bagi mandi sebab tak pakai swimming suit...
tapi bebudak ni mandi wat selamba ja.

pekan Hadyai yang kelam kabut di waktu pagi.
pembonceng motosikal tak wajib pakai helmet kat sini...penunggangnya saja yg kena pakai.

salah satu kedai jam kat lorong yang menempatkan baaaanyak kedai jam.
design lawa2....yg ori & tak ori semua ada.
beli satu untuk nurul...yang tak ori la kan...

kakak ni berniaga siang malam....
bezanya siang kena bungkus.malam baru boleh lepak makan kat sini sebab dia berniaga tepi jalan ja.

lepas pukul 11 malam baru boleh buka meja...& depa mmg ikut law.
itu pulut pelam saya...cikgu Sya belanja...tq.
sekitar 2 petang kami checked out...bagi t shirt konvoi kat staff hotel sebagai kenangan..
muka bebudak yg puas hati...
mak budak kat belakang tu dah letih sebab perut meragam..salah makan malam tadi.
belakang bebudak ni adalah RUMAH BISKUT sempena Krismas.
tiba di Danok sekitar jam 4.30 petang.lepas mengisi perut singgah plk shopping kat sebuah kedai barang2 dapur @ mini market...pakat2 nak menghabiskan BAHT yg ada.untung pakcik kedai tu.
tempat wajib singgah sebelum masuk Malaysia....Restoran Kak Jah...
pekena tenggiri masak kicap.

orang agak ramai di pintu sempadan tapi urusan imigresen Thailand & Malaysia berjalan dgn pantas & lancar....semua puas hati.
berhenti sekejap untuk hai hai & bye bye sebaik memasuki Malaysia & sekali lagi di R&R Gurun.
alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah sekitar jam 10 malam...


terimakasih banyak2 kepada semua team members yg memberi kerjasama yg sangat baik....dalam 14 keluarga & satu keluarga tambahan di Hadyai...tiada komplen yg diterima malah ayat lazim utk SU..."zam...bila nak mai pk?"hahaha....kena isi poket dulu la...

10 January 2012

EJEN JUALAN PALING MUDA DI DUNIA

assalamualaikum..
selamat datang ke pusat jualan & servis Toyota.
saya adalah sales advisor terbaik di sini.
boleh saya bantu anda?




08 January 2012

PHUKET-KRABI-HADYAI.....DAY 3

salam..


hari ke 3 adalah hari yg ditunggu2 oleh semua peserta.dah tak sabar2 nak naik bot ke pulau.kali ni kami ke HONG ISLAND,juga dikenali sebagai pulau bilik kerana untuk sampai ke pulau ini kita perlu melalui laluan seperti lorong yang agak sempit seolah2 kita menghala ke bilik.
pulau ini sangat cantik...dengan pantai yang bersih,pasir yang halus & lembut.kawasan airnya juga mempunyai banyak terumbu karang beserta spesis2 ikan yang jinak.sangat esuai untuk mereka yang meminati aktiviti snorkeling.
tak banyak gambar yang boleh diambil sebab cuaca kurang memuaskan...hujan hampir sepanjang hari.kadang kala renyai.berhenti sekejap kemudian renyai semula.
rela tak ambil gambar...asalkan kamera selamat.


sebelum naik bot,keluar ramai2 cari sarapan.hotel baru ni masih belum ada cafeteria.jadi kena pandai2lah cari sumber sendiri.SU bawa kami ke kedai kawannya...ada roti canai,nasi lemak & laksa.masa kami sampai kedai dah padat....campur lagi dgn geng baju oren ni...serabut...hihi.
Pee tersenyum ja melayan tetamu yg kelaparan.


roti canai satu pinggan ada 2 biji...kecik2 ja.dgn kuah kari 15 baht..kalau dgn susu & gula 20 baht...air standard...semua 20 baht.saya minta air suam tapi dapat air teh  0 kosong tanpa gula yg dihidangkan dalam cerek kecil...lupa plk nak ambil gambar.kata SU kalau minta air suam mmg dapat macam tu...tapi ok juga...sedap.


lepas makan balik semula ke hotel tunggu tut tut.....lambat plk kali ni.


akhirnya sekitar jam 11.30 tut tut sampai.....2 buah.satu utk lelaki & satu utk perempuan.
pukul 12 tgh hari sampai kat pantai...sementara bot nak sampai,masing2 tempek sunblock dulu.saya tak guna pun...malas.mujur tak panas...kalau tak mmg hangit juga macam last visit.
budak kecik ni pun dilumur sunblock oleh umienya...habis satu badan.
budak gebu takkan nak dibiarkan hangit...ye dak?


12.30pm...bot bergerak.......2 buah bot sebab tak dapat bot besar..
suspen jugak sebab rasa dekat ja dgn air laut..alun kuat plk tu.
1.. bot lagi satu
2..jalan masuk ke tasik (pulau2 membentuk laluan
 menjadikan kawasan laut itu seperti tasik).
ada aktiviti berkayak di sini.
3..dalam kawasan tasik


tiba di pulau yg dituju.
budak sorang tu (idlan)tak sabar2...terus terjun.time orang makan dia pitam.
sib baik tak melarat sampai pengsan.

pantai yang cantik
seronok dikerumuni ikan.
rasa macam boleh tangkap ja...tapi ikan tu jinak2 merpati...
campak apa pun depa serbu.tembikai pun makan.
sib baik tak makan orang..hehe

tempat makan yang selesa kat pulau ni.
makanan nampak simple tapi sedap esp ayam dalam plastik tu.


dalam perjalanan balik kami singgah di satu lagi perhentian.pantai ni agak kecil dan terlindung.pesan tekong bot kepada chip....
"kita berhenti di sini sehingga cuaca elok.tempat ni adalah yg paling selamat.saya tak berani bawa kamu semua balik sekarang sebab cuaca tak elok.ada budak kecil dalam bot.tak selamat.kita tunggu di sini buat sementara."
pulau/pantai persinggahan

boleh snorkeling jugak kat sini
kami yang sedang bergosip.
hujan agak lebat tapi kat tempat kami lepak tu tak kena hujan.
terlindung oleh tebing batu yang membentuk bumbung.


ahah!!......how do you feel when u heard that kind of statement?
redha sajalah kann...



alhamdulillah..menghampiri jam 5.30 ptg cuaca agak cerah & kami bergerak balik ke pantai Ao Nang.laut bergelora...hujan sekali sekala lebat sepanjang perjalanan.seronok juga main hujan walau dalam hati berdebar2.
hampir sejam perjalanan kami selamat sampai di pantai....lega rasanya.


OTW balik.
(dari kamera member)
kuyup dgn air hujan + air laut yg tersimbah ke dalam bot.
suspen tapi enjoy gak..
sudah masuk duri landak laut.....sikit ja tapi pedih katanya.
tapi abg baby steady ja....happy sebab dalam rilex2 dia boleh dapat 4A 4B utk PMR (result pun mak sedara pi ambil sebab result keluar hari kami bergerak ke Phuket).
congratulations.




balik hotel membersihkan diri...solat & rehat.
malamnya keluar mencari makanan...jenuh berpusing2 mencari kedai yg halal.akhirnya jumpa juga satu kedai berhampiran medan selera.kecil saja kedai ni tapi kami ramai2 serbu juga.makanan memuaskan hati walaupun servis agak slow..maklumlah "ayam bercakap dgn itik"..
lepas kami makan kedai tu terus tutup operasi...semua makanan habis....hahaha...untung pakcik malam tu...balik awal.
kedai makan berdinding anyaman buluh.
gambar tengah...kak nor tgh explain order dia kat tukang masak..
nak kuey teow ja pun..hehe
bawah...my pancake...pisang + telur...dah masak, sira dgn susu...sedap giler.
kalau pi Krabi sila makan pancake ni.


lepas hantar ibu2 & anak2 ke bilik,bapa2 yg tetiba jadi org bujang keluar merayau kat pantai Ao Nang....jam 3 pagi baru depa balik tidur.




04 January 2012

TAKE 5

salam..


take 5.....skip sat cerita makan angin..
saja nak note yg hari ni adalah hari super busy...hari pertama sekolah utk negeri Kedah.
sorang sekolah awal pagi...sorang lewat sikit & sorang sekolah petang....abahnya dah betul2 jadi drebar bas sekolah.
pagi2 morning hantar yg nombor satu....pukul 8 lebih hantar yg nombor 3 (uminya ikut sekali)...pukul 11 lebih hantar yang nombor 2.
kemudian pukul 1 ambil yg nombor 3 (dgn umie)...pukul 2 ambil yg nombor 1.....pukul 6.30 ambil yg nombor 2.......cukup satu hari....esok ulang lagi...


sekarang ni saya break dari pk 1 tgh hari sampai 5 ptg...puas hati...hihi..
semuanya sebab tak cukup masa bersama nabila.rasa macam sikit sgt masa utk dia.kesian plk tgk bila nak tinggal g kerja dia tak puas lg main dgn kita.makanya...biarlah berkorban sikit masa kerja..patient boleh tunggu kalau tak emergency...otherwise kena pi klinik lain la..nak wat cemana.kesian kat anak.
tapi biasanya umie dia pun cilok masa utk tidur gak..heh....ngantuk kan...


hari ni nabila ke sekolah semula.still kat PDK.insyaAllah akan mencari tempat baru nanti.

02 January 2012

JUST A SECOND AWAY....

salam...


ingat tak dalam entry utk hari pertama di Thailand dimana saya katakan yg kami hampir2 kemalangan?
infact....ia adalah sangat2 hampir....just a second away...


kisahnya:
memasuki Phuket perjalanan kami diiringi hujan yg sekali sekala lebat.walaupun jalan sehala,keadaan jalan yg agak kerap membelok adalah licin & bahaya.maka semua memandu dgn kelajuan sederhana.
kebetulan di pertengahan jalan sebuah kereta polis Thailand berada di hadapan kereta kami.sudah menjadi kebiasaan @ tabiat,bila ada saja kereta polis kami akan follow sambil ambil gambar.bila buat video nanti akan kelihatan seperti ada police escort...saja nak show off kat member..hehe..


SU follow agak jauh & polis tu juga tidak memandu laju.sampai di satu kawasan, jalan tiba2 menuruni bukit & jalan yg sehala itu diletakkan kon menjadikan ia membentuk tiga lorong.kami dilorong paling kanan mengikuti kereta polis tadi.cip di lorong tengah.kiri sekali kosong.kereta polis tadi tiba2 membrek maka SU pun terpaksa brek juga untuk mengelakkan dari berlanggar dengan polis itu.malangnya kereta kami terbabas & terseret menghampiri kereta cip di sebelah kiri.oleh kerana adanya kon, cip tidak dapat mengelak.saya di tempat duduk kiri hanya menunggu kereta kami menghentam kereta cip....terasa sangat2 hampir.
kereta polis Thailand yg kami follow
hujan agak lebat masa ni

chip & family.....juga avanza hitam
masa ni belum sampai Phuket.....mengabadikan gambar di hadapan pusat jualan TOYOTA.
cuaca cerah.


tiba2 kereta bergerak semula ke kanan sebelum sempat terkena kereta cip.sebenarnya masa tu saya tidak tahu apa yg berlaku..kata SU break tak makan....dia hanya tarik hand break dan pusing stereng ke kanan sepenuhnya.tapi jalan yg licin menyebabkan kereta terseret ke kiri.hampir saja menyentuh kereta cip,tayar rapat semula ke jalan dan mengalihkan kereta ke kanan.mujur juga tidak laju kerana bila beralih ke kanan kereta menghampiri devider.andai laju mungkin kami telah menghentam kereta cip dan juga devider tersebut.polis yg ada di hadapan kami turut sama memperlahankan keretanya...mungkin sedar apa yg berlaku pada kami.
alhamdulillah tidak berlaku berkara yang lebih buruk.


bila sampai di hotel kami dimaklumkan kereta teman di belakang juga mengalami keadaan yang sama di mana kereta abg bad hampir berlanggar dengan kereta tokey.