02 January 2012

JUST A SECOND AWAY....

salam...


ingat tak dalam entry utk hari pertama di Thailand dimana saya katakan yg kami hampir2 kemalangan?
infact....ia adalah sangat2 hampir....just a second away...


kisahnya:
memasuki Phuket perjalanan kami diiringi hujan yg sekali sekala lebat.walaupun jalan sehala,keadaan jalan yg agak kerap membelok adalah licin & bahaya.maka semua memandu dgn kelajuan sederhana.
kebetulan di pertengahan jalan sebuah kereta polis Thailand berada di hadapan kereta kami.sudah menjadi kebiasaan @ tabiat,bila ada saja kereta polis kami akan follow sambil ambil gambar.bila buat video nanti akan kelihatan seperti ada police escort...saja nak show off kat member..hehe..


SU follow agak jauh & polis tu juga tidak memandu laju.sampai di satu kawasan, jalan tiba2 menuruni bukit & jalan yg sehala itu diletakkan kon menjadikan ia membentuk tiga lorong.kami dilorong paling kanan mengikuti kereta polis tadi.cip di lorong tengah.kiri sekali kosong.kereta polis tadi tiba2 membrek maka SU pun terpaksa brek juga untuk mengelakkan dari berlanggar dengan polis itu.malangnya kereta kami terbabas & terseret menghampiri kereta cip di sebelah kiri.oleh kerana adanya kon, cip tidak dapat mengelak.saya di tempat duduk kiri hanya menunggu kereta kami menghentam kereta cip....terasa sangat2 hampir.
kereta polis Thailand yg kami follow
hujan agak lebat masa ni

chip & family.....juga avanza hitam
masa ni belum sampai Phuket.....mengabadikan gambar di hadapan pusat jualan TOYOTA.
cuaca cerah.


tiba2 kereta bergerak semula ke kanan sebelum sempat terkena kereta cip.sebenarnya masa tu saya tidak tahu apa yg berlaku..kata SU break tak makan....dia hanya tarik hand break dan pusing stereng ke kanan sepenuhnya.tapi jalan yg licin menyebabkan kereta terseret ke kiri.hampir saja menyentuh kereta cip,tayar rapat semula ke jalan dan mengalihkan kereta ke kanan.mujur juga tidak laju kerana bila beralih ke kanan kereta menghampiri devider.andai laju mungkin kami telah menghentam kereta cip dan juga devider tersebut.polis yg ada di hadapan kami turut sama memperlahankan keretanya...mungkin sedar apa yg berlaku pada kami.
alhamdulillah tidak berlaku berkara yang lebih buruk.


bila sampai di hotel kami dimaklumkan kereta teman di belakang juga mengalami keadaan yang sama di mana kereta abg bad hampir berlanggar dengan kereta tokey.


3 comments:

Dr K said...

keadaan tu mmg boleh berlaku, especially kalau hujan lebat, atau situasi baru hujan (jalan berminyak + air hujan)...alhamdullilah akak sekeluarga selamat...

Unknown said...

iishh.. suspend nya kak saat tu..

ieda said...

DZ..
alhamdulillah semua selamat..yg penting trip berjalan lancar.

kakyong..
yg peliknya time tu tak plk rasa suspen.boleh gelak2 lagi.