03 December 2010

RINDUNYA!!!!!!

salam...
saya ambil gambar ni kat FB senior sekolah menengah dulu..
nostalgik.
masa student tak terfikir pun nak simpan gambar2 macam ni.la ni baru tercari2.

ini adalah bangunan akademik..gambar diambil dari main gate.tempat anak2 MARA Kulim menuntut ilmu dari form 1 sampai form 5.satu bangunan yg menempatkan segala keperluan belajar....bilik darjah,makmal,bilik lukisan/senireka,bilik aktiviti ko kurikulum,bilik persatuan,library,dewan,bilik guru,pejabat pentadbiran.....one stop centre...semua kat sini.
kat dalam bangunan nilah banyak benda2 menarik berlaku...berkawan..bergaduh..bercinta...putus cinta...mengenakan cikgu..kena marah dgn cikgu...kena tangkap sb dating (org lainlah).......huh...memories...

tingkat atas..hujung sebelah kiri..kawasan yg gelap tu adalah koridor.sebelah kiri sekali makmal bahasa inggeris & kat depan makmal tu bilik cikgu bahasa.kami pangil bilik ni bilik gosip....sb kalau masuk bilik ni mesti ada ja cikgu tgh bergosip...hehe..
kat koridor nilah saya & beberapa org kawan lg suka dok study masa form 5.siap bawak kerusi meja.kami panggil bilik panorama...best study kat sini esp masa prep petang.kena angin sepoi2 bahasa pastu boleh menjamu mata.taklah boring.
padang kat depan tu bersebelahan dgn padang bola...tempat lepak2 lepas dinner.sambil tu usha2 budak lelaki dok main bola...
kat sebelah kiri jalan raya tu ada rumah pengetua..
sepanjang belajar kat sini (form 1 - 5 kemudian matrik 1 = 6 thn)...saya sempat dgn 2 pengetua.dua2 best...cikgu Mydin (now datok) & cikgu Zain.


terimakasih kpd semua guru....u are our teachers & our parents....forever.

No comments: