SENANG CARI

15 May 2012

DURIAN DURI LEMBUT

salam..


kenal buah ni?
gambar ikhsan GOOGLE


DURIAN BELANDA...
sebab apa dipanggil Belanda? tak pasti plk saya.
juga dikenali dgn nama 'soursop' atau 'graviola'.
nama saintifiknya ialah 'annona muricata'.

saya suka makan buah ni..sedap.rasanya masam2 manis.tapi tak boleh makan kalau dekat2 nak menses (untuk sayalah...dah 2 kali kena)..boleh dapat menstrual cramp yg teruk. 

ada kajian mengatakan bahawa tumbuhan ini berkhasiat dalam melawan sel-sel kanser.tetapi kebanyakan kajian adalah menggunakan ekstrak daun,bukannya buah.ia mengandungi bahan aktif 'acetogenin' yang mampu membunuh sel kanser tanpa memberi kesan kepada sel-sel sihat yang lain (tanpa kesan sampingan seperti kemoterapi).

jika dilihat di internet terdapat bebeapa produk dikeluarkan berasaskan daun  durian belanda.
secara peribadi saya tidaklah mahu mengesyorkan kepada sesiapa untuk menggunakannya kerana saya sendiri belum pernah melihat keberkesanannya secara sahih.
pada saya,adalah lebih baik jika kita mengambil buah segar (tanpa melalui sebarang proses kimia).sekurang-kurangnya kita mendapat khasiat vitamin semulajadi (tinggi kandungan vitamin C,B1 & B2).tapi kalau nak makan daunnya....ehemmm...tak sanggup plk kot..pastinya kelat.

nak tanam pokok ni semula...dulu dah pernah tanam...tumbuh subur.tapi bila bawa pindah ke rumah baru terus mati kering..sayang sangat..






2 comments:

SURIA AMANDA said...

suka sgt buah ni..especially buat jus..pure jus..bukan ekstrak dalam kotak tu...

ieda said...

SA..
tak pernah lg buat jus..bleh try lepas ni.