26 November 2013

SUDAH 15

salam sejahtera...

26.11 dah pun...
birthday nurul hari ni.....yang ke 15 thn....sat ja dah 15 tahun anak dara ni.

masa mula2 bersama...she was 8+ (memasuki 9).
dulu sangat pot pet pot pet...la ni macam dah slow sikit...banyak layan perasaan....gamaknya lah...hehe...remaja katakan.
si tudung hitam @ 15 yrs old....
ummie kebas ja dari fb dia..hehe

tengok gambar nampak la usia 15 tahun tapi kalau tengok kat luar saya masih rasa dia macam 12 tahun...tak berganjak2 umur tu..
alhamdulillah...dia baik2 saja.taklah terikut sangat dengan trend budak2 sekarang kecuali bab 'hantu korea'.harap2nya dia mampu mempunyai jatidiri yg kuat sampai bila2.bila jumpa anak orang jadi 'macam-macam' kita pun naik risau.tambahan plk kita kerja..jarang ada bersama...bila kita kat rumah dia take turn pi masuk bilik & tidur...hahaha....penat jaga adik kot.baru berjinak-jinak dengan aktiviti dapur.aktiviti rumah yang lain tu dah ok...timing ja slow sikit tapi boleh buat semua dah.
sedang menunggu result PMR...moga dapat apa yang dicitakan.ummie & abah tak kalut sangat....asalkan nak belajar & jadi manusia berguna...dah ok bagi kami.

lunch break satg kita pesta makan kat rumah ja lah...nak makan kat luar rasa macam tak sempat...along masuk kerja pk 2.30pm....rasa macam budak besar ja kan....
buat kerja part time ja sementara cuti sekolah ni.nak cari duit poket sendiri.kawan2 semua buat part time,ada duit...rasa tertinggal la kot.bagus juga dia kerja....baru nampak susah nak dapat duit.lagipun kalau duduk rumah asyik mengadap astro ja....otak pun tak jalan.peluh tak keluar.tahun depan lepas SPM boleh kerja lagi...isi tabung sendiri.hari2 sekolah tak boleh laaa....nanti mengantuk dalam kelas.

to nurul....happy 15th birthday dari ummie....
moga berjaya dalam hidup dunia & akhirat...
thankyou for your help...ummie appreciate it.


25 November 2013

DIA ACTING LAGI

salam sejahtera...

alhamdulillah sihat...sakit badan pun dah kurang banyak....kemarin habis tegang urat saraf sebab buat ni...

dah ada rumput menyelit?????

gigih nak habiskan taburan batu2 putih tu.almaklum hanya Sabtu ja yg free tu pun bukan tiap-tiap minggu.kot lagi dibiarkan tumbuh semula rumputnya....dah satu hal nak bersihkan pulak.....oleh kerana en SU takdak kat rumah,maka gigihlah sorang2 dengan gangguan budak kecik bulat tu....best juga sebab peluh berjurai-jurai....rasa segar.
hari Ahad rasalah kekejangan ototnya...hehehe....jalan pun macam orang baru kena episiotomy.....tak kisahlah kan...janji kerja siap.
bukan 100% siap pun sebab batu tak cukup...tapi kira oklah utk orang yg gatai tangan nak buat sendiri.ruang ni nampak ja kecik...dah guna 11 beg batu pun tak cukup lagi.
so di tepi-tepinya saya tanam rumput carpet (yang pastinya akan disulami rumput2 biasa sebab tak ada lapik2 apa pun).
pokok yang senang hidup & senang mati..

budak kecik bulat...
dua tiga hari ni dia suka buat mulut senget macam ni...siap tangan kejang lagi.
hari ni paling lama dia buat.
nak ambik barang pun dia tak buka jari2 tu...
guna dua2 tangan untuk kepit barang...
berlakon sampai luar rumah...

jangan risau...dia bukan sakit...cuma berlakon.tiru apa yg dia nampak kat TV.tanya kakaknya siapa yang dia tiru....bila dia tengok?rupa2nya tiru Norish Karman...cerita apa ntah yg depa tengok berdua petang2.
penat kalau tengok tv dgn budak ni.habis ja cerita mesti dia tiru.kadang2 ajak kita buat sekali apa yg ada kat tv tu...kalau drama jerit2..marah2...satg dia pun jadi macam orang dalam drama tu.suara dahla nyaring....jenuh tunggu sementara nak habis mood drama dia.
sabar ja lah...


21 November 2013

SIHAT...TAK SIHAT

salam...

esok dah Jumaat...complete seminggu bekerja dlm keadaan tak selesa...mula sikit2 hujung minggu lepas...ting tong terus minggu ni.tapi kerja tetap kerja.
ramai sangat yg batuk depan muka kita...then tengok banyak tekak yg merah....dah tentu2lah terjangkit sekali.
suara pun masih 'rock' lagi.alhamdulillah lebih baik berbanding kelmarin...bukan penyanyi ja yg susah kalau suara hilang...doktor pun....nak sembang banyak2 dgn patient pun tak boleh.kelmarin dapat seorang patient yg juga hilang suara...hehe..sama2 'rock'lah kita kak...
(cikgu pun payah jugak kalau takdak suara kan?...budak2 buat bising cikgu takleh nak jerit....).

budak kecik nabila macam suam2  malam tadi...pagi ni alhamdulillah ok ja.harapnya taklah berjangkit kat dia.susah nak duduk jauh dari budak ni...larang pun tak mau faham.asyik dok mai kissing kat muka kita.nak tidur pun nak berkepit2 juga.
Ahad baru ni nabila kena inject booster dose...dua2 bahu sekali.bahu pertama ok..bahu ke dua melalak jugak.dua orang kawan sebaya dia bagus...sengih2 ja lepas kena inject.budak kecik ni biasalah...drama queen...sampai hari ni dok sakit lagi bahu tu...kononnya lah.lepas inject tu terus bagi PCM utk kurangkan sakit.melantak tidur selama 2 jam lepas tu (nabila dah tak tidur siang sekarang ni)...alhamdulillah tak ada apa2 reaction utk dia (baca kisah2 reaction to immunisations kat internet ni agak merisaukan juga).

tindakbalas alahan kepada suntikan pelalian memang ada cuma jarang berlaku..maka perlulah kita pertimbangkan kebaikan & keburukan sesuatu pelalian itu untuk kanak2.dulu saya mmg agak 'firm' dengan suntikan ni tapi bila dah lama2 kerja ni saya agak berubah perspektif sikit....maksudnya,tidak lagi mendesak pesakit untuk memilih apa yang kita nak.terangkan keperluan sesuatu prosedur,kepentingannya,akibat kalau tak dibuat & risiko2 andai ia dilakukan...then the choice is back to the patient/parents...keputusan di tangan pesakit/ibubapa sendiri.

sekian untuk hari ini....nak balik rumah ni...hiii
assalamualaikum.


18 November 2013

JALAN-JALAN PULAU PINANG

salam sejahtera...
selamat bergembira dimusim cuti sekolah.
tahniah kepada ibubapa yg anak2 mereka cemerlang dalam UPSR baru2 ni.kepada yg anak2nya kurang cemerlang..jangan sedih...jangan risau...banyak lagi peluang untuk mereka berjaya.teruskan bimbingan untuk mereka moga berjaya dunia & akhirat.

anak2 kami dah mula bercuti lama dah...hihi...yg form 3 elok2 ja habis PMR terus cuti...yg form 4 elok2 habis periksa hujung tahun terus cuti.dua beradik ni memang dah pesen macam tu...kalau sekolah tak ada kelas (tak belajar) depa mmg tak mau pi.lebih suka lepak kat rumah.

Sabtu baru ni bawa depa round penang (hahaha...dok kedah ja pun)..sebenarnya agenda utama ialah nak locate hospital Penang sb next month saya kena bawa kakak utk follow up onchology.saya mmg tak expert jalan Penang ni.so minta SU tunjuk jalan siap2 sebab tarikh follow up tu SU ada agenda lain pulak.

lepas ke GH tu kami tak tau nak ke mana...at the end bawa budak2 ni ke Butterfly Farm.melepaklah kat situ hampir 2 jam.penat jugak la melayan budak kecik yang berjalan macam orang bijak pandai...sesuka hati dia ja nak hala ke mana.
tapi sampai kat tempat ular tau pulak takut.

saya pernah ke sini sekali ja...dulu kala masa sekolah rendah...macam tak banyak beza sangat tempatnya.lebih baik kalau dibesarkan ruang untuk rama2 tu.luaskan lorong untuk pengunjung bergerak (nabila asyik langgar orang...hehe)..adakan juga bahagian pendidikan secara langsung bukan sekadar utk pelajar tapi juga untuk semua pengunjung.mini teater boleh buat dalam 3D....lebih menarik.
bahagian jualan souvenier nampak menarik...kemas teratur & pekerja2 pun ramah mesra...jenuh dok dengar suara nabila ja...bising satu kedai.
untuk yang ada anak bawah umur memang bolah la bawa ke sini...menarik untuk kanak2 bermain & bermesra dgn rama2...tiket kanak2 RM10 saja...dewasa RM18....OKU macam nabila percuma.

dalam perjalanan balik singgah kat Batu Feringhi sat...lepak ambik angin tepi pantai sambil tengok orang main air.pelancong agak ramai...al maklum musim cuti...hujung minggu pk tu.
bagi budak kecik makan siap2 sebab dah boleh agak,dalam kereta nanti dia mesti tidur kepenatan.kebetulan masa lepak tu dia minta nasi...maka habislah nasi goreng cina sepinggan...kakaknya tumpang sikit.


 3 beradik....penat depa kepung si kecik ni...
nasib baik dia tak penyet rama-rama tu
layan budak kecik makan
(along nampak macam budak-budak plk dari belakang)

Masjid Terapung Tg Bungah...
singgah solat di sini 2 kali...zohor & magrib...rasa macam nak lepak lama2 masa magrib tu...best sangat...dengan angin pantai bertiup segar....



kesimpulannya...
penat jugak laaa walaupun pi Penang ja...
nanti kena pi lagi...bawa naik Bukit Bendera sebab along kalut nak pi...dia tak pernah sampai lagi ke sana.

06 November 2013

UPDATE MY SISTER

salam...
sedikit update ttg kakak saya..

dia dah selesai menjalani chemotherapy sebanyak 4 cycle...cycle yang terakhir adalah pada minggu lepas.alhamdulillah tak ada kmplikasi yang teruk selain daripada kesan2 sampingan yang dijangkakan seperti pening,sakit kepala,keguguran rambut dan panas badan.sesekali mengagalami sembelit (kurang air kot) tapi diatasi dgn pengambilan serat dalam menu harian.
regime chemotherapy kakak saya ialah gabungan DOXORUBICIN & CYCLOPHOSPHOMIDE.

awal Disember nanti ada temujanji semula dgn Onchology Penang Hospital (rawatan susulan).moga semuanya baik2 saja selepas ini.

alhamdulillah juga, urusan tuntutan insurans untuk 'critical illness & hospital benefit' dah selesai.mulai July insurans kakak saya menjadi 'autosaving'...bermakna tidak perlu lagi membayar premium bulanan kerana syarikat akan melakukannya secara automatic.perlindungan masih berjalan seperti biasa...baguskan?
terimakasih kepada PRU BSN Takaful yang menyediakan skim seperti ini...sangat menguntungkan pelanggan.
dalam dunia serba mencabar ni adalah menjadi keperluan utk seisi rumah mempunyai skim perlindungan insuran.dunia perubatan pun makin mahal...penyakit datang tak tentu masa & tak mengira usia.


05 November 2013

HIJRAH


selamat menyambut tahun baru..
moga kehidupan kita hari ini & yang akan datang adalah yang lebih baik dari sebelumnya.
BERSAMA BERHIJRAH KE ARAH KEBAIKAN