Showing posts with label barah payu dara. Show all posts
Showing posts with label barah payu dara. Show all posts

28 February 2018

SYUKUR ALHAMDULILLAH....BEBAS ITU ADALAH NIKMAT DARINYA

assalamualaikum...
selamat petang...

sibuk sungguh ka kebelakangan ni?....tak la sangat sebenarnya. cuma mood menulis kat blog tu hilang buat sementara waktu.

update untuk hari ini.

alhamdulillah, selesai urusan temujanji/rawatan susulan ke dua-dua orang kakak saya yang mengalami kanser payudara suatu ketika dulu.

pagi tadi....menemani kedua-duanya di hospital. urusan berjalan lancar. rezeki agaknya untuk kakak pertama yg juga OKU, setiap urusannya dipermudahkan. 
alhamdulillah, mereka kini sihat dan bebas dari sel kanser. sungguh di sudut hati saya tetap rasa bimbang namun sentiasa mendoakan untuk kesihatan mereka sehingga ke akhir hayat. bukan mudah berhadapan dengan kanser. untuk pengidap atau ahli keluarga, kekuatan emosi dan fizikal perlu selari. saling bekerjasama, bertimbang rasa dan bantu membantu.....sungguh, dari mula mengetahui sehingga tamat rawatan adalah fasa yang sangat perit. tapi ketika itu kami hanya mampu tersenyum melewati hari-hari yang ditakdirkan untuk dilalui bersama.

saya juga sering memohon kepada Allah agar memberikan saya kesihatan yang baik serta usia yang panjang melebihi usia mereka agar saya boleh menjaga mereka. walau bukan sentiasa bersama sekurang-kurangnya saya ada untuk menyokong emosi dan membantu melalui sesi-sesi rawatan susulan yg akan dilalui sepanjang hayat mereka.


saya juga mendoakan agar anda yang berada dalam situasi seperti saya turut diberi kekuatan dan ketabahan serta kesihatan yang baik oleh Allah swt untuk kita sama-sama berbakti kepada saudara kita.


bagi yang baru mengetahui kehadiran sel kanser dalam tubuh anda, berusahalah untuk melawannya dengan penuh kecekalan dan pastinya redha dengan pemberian Allah (macam senang menulisnya kan?....bukan mudah untuk melaluinya....saya tahu). dapatkan rawatan hospital dengan sempurna. ikutilah jadual rawatan yang diberikan oleh doktor. andai ada yang tidak faham, berbincang dengan doktor anda. usah dengar dan ikut 100% pandangan orang luar yang tiada ilmu dalam bidang ini.
yang melalui segalanya adalah anda....tubuh anda, kehidupan anda. moga kesembuhan milik anda jua.


moga bahagia milik kita bersama...





18 January 2018

HANYA KESYUKURAN DARI KAMI....

18.1.18....
cantik tarikhnya...

hari yang agak sibuk dan meletihkan....ni baru nak rehat (sambil bekerja).
awal-awal pagi temankan kakak sulung buat follow up mammogram dan ultrasound payudara. biasanya kakak ke 2 yang temankan tapi hari ni suami kakak ke 2 juga nak buat ujian darah maka kami berbahagi tugas.

keluar awal ke hospital, sebelum pukul 7 pagi sebab nak pastikan dapat parking yang dekat dengan unit radiologi.parking kat HSAH ni memang sangat terhad. alhamdulillah, sampai hospital jam 7.15 am....banyak parking kosong. lega rasa hati sebab kakak tak perlu berjalan jauh. kalau setakat diri sendiri memang tak ada masalah sangat. bila bawa kakak ni, kena cari yang memudahkan dia.

lebih kurang sejam tunggu kat unit radiologi, alhamdulillah ke dua-dua ujian membawa khabar gembira. tiada masalah baru.

lebih kurang 4 tahun lepas dia diagnosakan dengan kanser payudara. sebelah payudaranya telah dibuang (radical mastectomy) dan telah menjalani 6 sesi kimoterapi. rawatan radioterapi tidak dilakukan atas sebab masalah peribadinya yang menjadikan persekitaran untuk rawatan itu sangat tidak sesuai untuknya. kami sungguh-sungguh berserah kepada Allah kerana terpaksa menidakkan radioterapi. agak lama berbincang dengan pakar untuk membuat keputusan tersebut. sesungguhnya, dengan anugerah sihat yang dikurniakan Allah kepada dirinya sehingga ke waktu ini membuatkan saya dan kakak ke 2 agak lega dan sangat bersyukur. sebolehnya kami tidak mahu lagi melihat dia melalui fasa yang sukar itu.


moga Allah terus melindungi dia daripada sebarang kesukaran dunia.....moga Allah kurniakan dia kebahagiaan yang hakiki. di sebalik segala kekurangannya, kami tetap mengasihi dia...




23 February 2017

MY SISTERS

salam sejahtera...

lama sangat rasanya tak update tentang kes barah payudara kakak saya...
alhamdulillah beliau telah selesai menjalani 4 cycle kimoterapi mengikut jadual dan sekarang berada di tahun ke 4 pengambilan Tamoxifen iaitu ubat yang digunakan untuk mencegah berlakunya relapse.

sehingga sekarang masih lagi dalam follow up hospital. ujian mammogram dan ct scan secara tahunan menunjukkan keputusan yang baik...tiada kesan kanser yang baru.

moga beliau berterusan berada dalam situasi ini dan bebas kanser sepenuhnya sehingga ke akhir hayat.


sebenarnya kakak sulung juga mengalami kanser payudara iaitu sebaik sahaja kakak yg ke 2 tadi selesai menjalani rawatan intensif.
kanser kakak sulung adalah dari jenis yang lebih agresif dan semasa pembedahan ia telah berada pada tahap 3.
beliau telah selesai menjalani rawatan kimoterapi sebanyak 6 cycle. bagaimanapun terpaksa meninggalkan rawatan radioterapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. untuk rawatan lanjutan,tiada ubat/pil yang sesuai untuk beliau kerana sel kansernya adalah jenis Tripple Negative.

follow up terbaru pada bulan ini menunjukkan perkembangan yang baik. tiada sebarang tanda kemunculan sel kanser daripada ulangan mammogram dan ct scan......syukur alhamdulillah.
follow up beliau yang seterusnya adalah 6 bulan dari sekarang.



antara doa saya setiap hari adalah memohon agar Allah memberi kesembuhan sepenuhnya kepada mereka sehingga ke penghujung hayat.bukan mudah menghadapi rawatan-rawatan untuk kanser ini.sangat mencabar fizikal dan minda.
doa saya juga agar Allah memanjangkan usia dan memberikan kesihatan yang sempurna buat saya agar dapat terus menjaga mereka.

andai anda yang budiman membaca coretan ini, mohon sedikit ruang daripada kalian agar mendoakan perkara yang sama.

saya juga mendoakan agar anda semua dihindarkan daripada penyakit bahaya ini....
andai anda sedang mengalaminya, dapatkanlah rawatan yang sempurna.
kuatkan jiwa, tabahkan hati dalam menghadapi hari yang sukar ini. ramai yang berjaya menempuhnya, anda juga pasti boleh.



terimakasih untuk masa anda.



06 November 2013

UPDATE MY SISTER

salam...
sedikit update ttg kakak saya..

dia dah selesai menjalani chemotherapy sebanyak 4 cycle...cycle yang terakhir adalah pada minggu lepas.alhamdulillah tak ada kmplikasi yang teruk selain daripada kesan2 sampingan yang dijangkakan seperti pening,sakit kepala,keguguran rambut dan panas badan.sesekali mengagalami sembelit (kurang air kot) tapi diatasi dgn pengambilan serat dalam menu harian.
regime chemotherapy kakak saya ialah gabungan DOXORUBICIN & CYCLOPHOSPHOMIDE.

awal Disember nanti ada temujanji semula dgn Onchology Penang Hospital (rawatan susulan).moga semuanya baik2 saja selepas ini.

alhamdulillah juga, urusan tuntutan insurans untuk 'critical illness & hospital benefit' dah selesai.mulai July insurans kakak saya menjadi 'autosaving'...bermakna tidak perlu lagi membayar premium bulanan kerana syarikat akan melakukannya secara automatic.perlindungan masih berjalan seperti biasa...baguskan?
terimakasih kepada PRU BSN Takaful yang menyediakan skim seperti ini...sangat menguntungkan pelanggan.
dalam dunia serba mencabar ni adalah menjadi keperluan utk seisi rumah mempunyai skim perlindungan insuran.dunia perubatan pun makin mahal...penyakit datang tak tentu masa & tak mengira usia.


01 September 2013

KIMOTERAPI KE 2

salam...
esok my sis akan menjalani kimoterapi sesi ke 2 (semua 4 sesi shj)...moga semuanya berjalan lancar.
sesi pertama adalah pada 12/8/13 yg lalu.
selepas sesi pertama dia ok-ok saja untuk beberapa hari.tapi selepas itu mula rasa panas badan,kering bibir mulut dan rambut mula gugur.di bahagian yang telah dibedah nampak sedikit kehitaman.mungkin kerana kesan ubat tersebut (nabila beria2 nak cek parut makngahnya tiap2 kali makngah datang rumah).
dari segi psikologi...nampak dia ok2 saja.

baru saja submit claim insurance untuk 'hospital benefit' dan juga 'critical illness'.
alhamdulillah tak sia2 menabung dalam insurance ni.dapat juga faedahnya.penyakit datang tanpa dijangka.sekurang2nya ada juga bantuan dari segi kewangan walaupun lambat sikit (menunggu medical report yang agak slow progresnya).


10 June 2013

OPERASI

salam...

pembedahan berjalan seperti yang dirancang..
alhamdulillah sehingga ke saat ini tiada sebarang komplikasi yang timbul.

the operation was "total left mastectomy with axillary clearance"..

tidur kat wad malam tadi temankan my sis....
bestnyer la HO2 depa...wad sunyi ja ... beza dgn masa saya kt HTAR dulu.

05 June 2013

THE BAD...THE SAD

salam....

not a very good day for me today...but still...alhamdulillah....

bad news for today...
my 2nd sister was diagnosed as having invasive tubular malignancy this morning.
she told me about her breast lump about 1 mth+ ago...after ultrasound,mammogram & twice trephine biopsy done, the final diagnosis was given this morning.....
shocked?...not really...maybe because i'm used to this type of environment.
sad??....of coz.....she's my sister...I dont want her to get sick but what can we do?this is takdir Allah....we just have to face it the way it is supposed to be.i'm not gonna show the sadness to her b'coz it will make her 'down'....it's not good for her health.

so...it was stage 2...meaning still within the breast tissue.clinically no lymph nodes enlargement.
she's going to be admitted this Friday for pre op work up & the operation (total mastectomy @ removal of the affected breast) will be on Sunday (9.6.13).
after that she'll undergo chemo for 6 cycles.
(i'm beginning to look for diet healing as well)

kindly please pray for her ...
du'a for the smooth operation & recovery...
(i'm more worried about the op rather then the illness...as usual for me).

Ya Allah..
permudahkanlah urusan utk diri kakakku ini...
lancarkanlah perjalanan pembedahan & penyembuhannya...
kasihanilah dia....
sembuhkan dia dengan sepenuhnya...
dan berilah aku kesihatan yg baik untuk menjaga mereka...
amin Ya Rabbal Alamin...