Showing posts with label suntikan pelalian. Show all posts
Showing posts with label suntikan pelalian. Show all posts

28 February 2019

PELALIAN HPV UNTUK ANAK GADIS DI USIA 13 TAHUN

salam sejahtera...

kembali bersiaran setelah sekian lama menghilang. tenggelam timbul ja ni. kadang rasa tak mau tulis dah tapi kadang rasa sayang plk sebab banyak rentetan kehidupan yg ada dalam blog ni.

terimakasih kepada yang rajin menjengah ke sini.
harini mood rajin menyapa....kita update sikitlah.

28.2.19...
nabila dah 12 tahun lebih, menghampiri ke usia 13 tahun.
maka hari ni kena la suntik pelalian HPV iaitu suntikan untuk mencegah jangkitan virus (human papilloma virus) yang berkait rapat dengan kejadian kanser pangkal rahim. bila diberi pelalian ini, secara umumnya kita telah mengurangkan satu faktor risiko untuk  berlakunya barah pangkal rahim.

Ia diberi percuma kepada semua murid sekolah (perempuan) yang berusia 13 tahun. yang terlepas boleh rujuk ke klinik kesihatan berhampiran untuk mendapatkannya.

suntikan ini selamat. tiada kesan sampingan yang berat. tak perlu risau untuk membenarkan anak-anak kita mengambilnya.


Nabila pun ok ja setakat ni. alhamdulillah. tak menangis pun masa kena suntik.
dia dah tau sejak 2 hari lepas sebab umie dia ni jenis prepare mental anak siap-siap. walaupun nabila kurang upaya, dia punyai hak untuk mengetahui apa yg bakal dihadapinya di sekolah.
oleh kerana dia pernah kena cucuk sebelum ni (pelalian & IV antibiotik) maka dia pun faham apa itu 'cucuk'. excited plk dia nak ke sekolah bila bagitau hari ni kena cucuk. so mentally prepared....dia pun steady ja la.


Nabila kidal. maka umie siap2 pesan kat cikgu, nanti bagitau nurse untuk suntik sebelah bahu kanan supaya tak ganggu aktiviti dia. tapi dalam kalut-kalut agaknya, nurse cucuk juga bahu kiri. Maka lunch tadi tak mau makan sendirilah (dia makan guna sudu). alasah, tangan sakit kena cucuk. bersuaplah jawabnya. makan banyak plk tu. mengantuk2 dah umie tunggu sementara nak siap makan. tak apa la...asalkan awak sihat. setakat sakit, lenguh tu biasa la.



untuk anda yang punya anak gadis pada usia 13 tahun, bila diberi borang oleh guru sekolah untuk kebenaran suntikan pelalian HPV, usah ragu-ragu. Benarkan anak-anak mengambilnya untuk kebaikan mereka juga nanti.








21 November 2013

SIHAT...TAK SIHAT

salam...

esok dah Jumaat...complete seminggu bekerja dlm keadaan tak selesa...mula sikit2 hujung minggu lepas...ting tong terus minggu ni.tapi kerja tetap kerja.
ramai sangat yg batuk depan muka kita...then tengok banyak tekak yg merah....dah tentu2lah terjangkit sekali.
suara pun masih 'rock' lagi.alhamdulillah lebih baik berbanding kelmarin...bukan penyanyi ja yg susah kalau suara hilang...doktor pun....nak sembang banyak2 dgn patient pun tak boleh.kelmarin dapat seorang patient yg juga hilang suara...hehe..sama2 'rock'lah kita kak...
(cikgu pun payah jugak kalau takdak suara kan?...budak2 buat bising cikgu takleh nak jerit....).

budak kecik nabila macam suam2  malam tadi...pagi ni alhamdulillah ok ja.harapnya taklah berjangkit kat dia.susah nak duduk jauh dari budak ni...larang pun tak mau faham.asyik dok mai kissing kat muka kita.nak tidur pun nak berkepit2 juga.
Ahad baru ni nabila kena inject booster dose...dua2 bahu sekali.bahu pertama ok..bahu ke dua melalak jugak.dua orang kawan sebaya dia bagus...sengih2 ja lepas kena inject.budak kecik ni biasalah...drama queen...sampai hari ni dok sakit lagi bahu tu...kononnya lah.lepas inject tu terus bagi PCM utk kurangkan sakit.melantak tidur selama 2 jam lepas tu (nabila dah tak tidur siang sekarang ni)...alhamdulillah tak ada apa2 reaction utk dia (baca kisah2 reaction to immunisations kat internet ni agak merisaukan juga).

tindakbalas alahan kepada suntikan pelalian memang ada cuma jarang berlaku..maka perlulah kita pertimbangkan kebaikan & keburukan sesuatu pelalian itu untuk kanak2.dulu saya mmg agak 'firm' dengan suntikan ni tapi bila dah lama2 kerja ni saya agak berubah perspektif sikit....maksudnya,tidak lagi mendesak pesakit untuk memilih apa yang kita nak.terangkan keperluan sesuatu prosedur,kepentingannya,akibat kalau tak dibuat & risiko2 andai ia dilakukan...then the choice is back to the patient/parents...keputusan di tangan pesakit/ibubapa sendiri.

sekian untuk hari ini....nak balik rumah ni...hiii
assalamualaikum.