SENANG CARI

18 November 2013

JALAN-JALAN PULAU PINANG

salam sejahtera...
selamat bergembira dimusim cuti sekolah.
tahniah kepada ibubapa yg anak2 mereka cemerlang dalam UPSR baru2 ni.kepada yg anak2nya kurang cemerlang..jangan sedih...jangan risau...banyak lagi peluang untuk mereka berjaya.teruskan bimbingan untuk mereka moga berjaya dunia & akhirat.

anak2 kami dah mula bercuti lama dah...hihi...yg form 3 elok2 ja habis PMR terus cuti...yg form 4 elok2 habis periksa hujung tahun terus cuti.dua beradik ni memang dah pesen macam tu...kalau sekolah tak ada kelas (tak belajar) depa mmg tak mau pi.lebih suka lepak kat rumah.

Sabtu baru ni bawa depa round penang (hahaha...dok kedah ja pun)..sebenarnya agenda utama ialah nak locate hospital Penang sb next month saya kena bawa kakak utk follow up onchology.saya mmg tak expert jalan Penang ni.so minta SU tunjuk jalan siap2 sebab tarikh follow up tu SU ada agenda lain pulak.

lepas ke GH tu kami tak tau nak ke mana...at the end bawa budak2 ni ke Butterfly Farm.melepaklah kat situ hampir 2 jam.penat jugak la melayan budak kecik yang berjalan macam orang bijak pandai...sesuka hati dia ja nak hala ke mana.
tapi sampai kat tempat ular tau pulak takut.

saya pernah ke sini sekali ja...dulu kala masa sekolah rendah...macam tak banyak beza sangat tempatnya.lebih baik kalau dibesarkan ruang untuk rama2 tu.luaskan lorong untuk pengunjung bergerak (nabila asyik langgar orang...hehe)..adakan juga bahagian pendidikan secara langsung bukan sekadar utk pelajar tapi juga untuk semua pengunjung.mini teater boleh buat dalam 3D....lebih menarik.
bahagian jualan souvenier nampak menarik...kemas teratur & pekerja2 pun ramah mesra...jenuh dok dengar suara nabila ja...bising satu kedai.
untuk yang ada anak bawah umur memang bolah la bawa ke sini...menarik untuk kanak2 bermain & bermesra dgn rama2...tiket kanak2 RM10 saja...dewasa RM18....OKU macam nabila percuma.

dalam perjalanan balik singgah kat Batu Feringhi sat...lepak ambik angin tepi pantai sambil tengok orang main air.pelancong agak ramai...al maklum musim cuti...hujung minggu pk tu.
bagi budak kecik makan siap2 sebab dah boleh agak,dalam kereta nanti dia mesti tidur kepenatan.kebetulan masa lepak tu dia minta nasi...maka habislah nasi goreng cina sepinggan...kakaknya tumpang sikit.


 3 beradik....penat depa kepung si kecik ni...
nasib baik dia tak penyet rama-rama tu
layan budak kecik makan
(along nampak macam budak-budak plk dari belakang)

Masjid Terapung Tg Bungah...
singgah solat di sini 2 kali...zohor & magrib...rasa macam nak lepak lama2 masa magrib tu...best sangat...dengan angin pantai bertiup segar....



kesimpulannya...
penat jugak laaa walaupun pi Penang ja...
nanti kena pi lagi...bawa naik Bukit Bendera sebab along kalut nak pi...dia tak pernah sampai lagi ke sana.

2 comments:

Amanda Suria said...

SA nyer plan ke Penang mcm dh kelaut ja.. sabar je la...

ieda said...

SA..
tak mai lg pun takpa....kat penang la ni tgh testing jalan oneway...kelam kabut jg utk org yg jarang2 masuk.