SENANG CARI

25 September 2011

IKHLAS DARI KAMI

salam Ahad buat semua...

ingat lagi entri INI?
tentang lawatan singgah sahur di sekitar kawasan Pantai Merdeka pada penghujung Ramadhan yang lepas.

tersentuh hati dengan kesukaran hidup salah seorang penduduk yang terlibat,kami dari NARC dan Sinar Harian Utara telah sekali lagi membuat kunjungan ke rumah tersebut semalam (Sabtu 24.9.11) untuk menyampaikan sedikit sumbangan.rombongan kami turut disertai oleh Syarikat UZAI MARKETING.

mula bergerak dari Tikam Batu sekitar jam 12.15 tengah hari,kami tiba di rumah beliau kira-kira setengah jam kemudian.
semasa kami tiba adik MUS FAZRY (berusia 20 tahun) sedang nyenyak tidur.langsung tak terjaga walaupun suasana bising dengan suara2 ahli rombongan.sehingga kami bergerak balik adik ini masih lagi lelap.
kasih seorang nenek


adik ini merupakan anak sulung.menjadi anak istimewa setelah diserang demam panas semasa bayi.tinggal bersama neneknya sahaja.ibunya yang tinggal di Tikam Batu akan datang menjenguk beberapa kali dalam seminggu kerana beliau juga bekerja.bapa dan datuk adik ini telah pun meninggal dunia.
dia tidak mampu menggerakkan anggota badannya.sekadar boleh bersuara (seperti menangis) bila lapar.semua urusan hariannya dijaga oleh neneknya.andai nenek tidak sihat mereka akan tinggal di rumah ibunya buat sementara waktu.ada seorang cucu nenek ini tinggal di rumah berhampiran.dia juga turut membantu jika keadaan memerlukan.

nenek ini sebenarnya sudah tidak kuat untuk berdiri.beliau memerlukan tongkat untuk membantu semasa berjalan.urusan mandi dsb hanya mampu dilakukan dengan menarik cucunya ini bersama2 tilamnya ke bilik air.

moga Allah memberi kesihatan yang baik buat nenek ini untuk terus menjaga cucu istimewanya.

***sumbangan yang diberikan adalah daripada ahli NARC,Sinar Harian,UZAI Marketing dan penyumbang2 yang ikhlas membantu.
moga dapat membantu meringankan beban nenek  dan MUS FAZRY.



sepanjang masa dalam rumah nabila duduk kat situ ja...diam macam budak baik.
sebelum balik sempat lagi berkenalan dgn kawan baru.

lepas melawat adik Mus Fazry kami ke Pantai Merdeka untuk menghilangkan lapar.
makan minum ni adalah sumbangan peribadi seorang dermawan....terima kasih buat beliau.
nabila makan ais kacang tu separuh mangkuk!!!

dalam perjalanan balik singgah solat kat Masjid Al Khalidiah (masjid Datok K).
cantik & selesa.

masih nak beraya.....singgah kat rumah member NARC kat Kulim untuk beraya..
perut dah penuh tapi isi jugalah.kesian member masak penat2.

4 comments:

Cik Ina Do Do Cheng said...

bagus tu doc bagi bantuan pada yang memerlukan. tak kisahkan apa je yang penting ikhlas.amboi happynya nabilah dapat jumpa rakan sebaya.

besarnya masjid dato K, first time cik ina nampak.

kakyong said...

lama nya tak singgah kat blog kak nih..

sedihnya baca kesah adik tu.. sian kat nenek yg dah tua... semoga Allah merahmati keluarga ini...

nuyin2u said...

berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul...hmmm ;(

ieda said...

cik ina...
masjid tu baru ja siap rasanya..akak pun first time singgah.


kakyong..
betul tu...simpati kat nenek dia.bila tgk muka nenek tu teringat kat arwah mak akak.


nuyin2u..
very true.