07 September 2011

AKTIVITI BULAN PUASA 2011

salam....

sedikit kisah aktiviti sepanjang Ramadhan sebelum kita ke kisah Syawal.

penghujung Ramadhan baru2 ni, kami dari NARC bersama Sinar Harian Utara & ADUN kawasan Pantai Merdeka berpeluang menjengah beberapa keluarga kurang berkemampuan sambil menyerahkan sedikit sumbangan.sebanyak lima keluarga telah terpilih.aktiviti berlangsung pada 27.8.2011 bermula jam 12.30 pagi sehingga sekitar 4 pagi.

sepanjang petang & awal malam hujan turun dengan agak lebat tetapi bertukar menjadi renyai2 sepanjang aktiviti ziarah berlangsung.syukur alhamdulillah..

setelah selesai penyerahan sumbangan kepada setiap rumah yang disinggahi,kami bersahur beramai-ramai di rumah penghulu.berbeza dengan program sahur di Kuala Ketil,pada program kali ini tiada jamuan diadakan di rumah penerima sumbangan.sahur juga agak awal iaitu sekitar jam 3 pagi.

selesai sahur,semua kembali ke rumah masing2 kecuali kami 3 family yang menginap di Resort Pantai Merdeka.







minggu sebelum itu,pada 19.8.2011 sebanyak 5 buah avanza dari NARC telah berpeluang membawa 15 orang warga emas dari beberapa buah kampung di tanah besar untuk ke majlis berbuka puasa anjuran Hotel Sunway Georgetown bersama kelab Perdana V.Sixers.

pada majlis ini beberapa buah persatuan kebajikan sekitar Pulau Pinang juga dijemput untuk diraikan bersama2.selain jamuan berbuka,peserta juga menerima sumbangan duit raya.



pada 20.8.2011 pula sekali lagi warga NARC terlibat dengan aktiviti berbuka puasa.kali ini kami membawa anak2 yatim & miskin dari kampung sekitar kawasan Bujang untuk majlis berbuka puasa anjuran A&W Tesco Selatan Sg Petani.anak2 ini juga menerima sumbangan duit raya dari pihak A&W.
Kak Mini & Indie drp SINAR HARIAN tgh tolong 'beruang' ni bg duit raya


sesuatu yang amat menggembirakan buat kami apabila dalam perjalanan pulang,seorang teman yang tidak dapat ikut serta telah mengarahkan kami untuk berhenti di kawasan kedainya kerana beliau mahu menyerahkan sumbangan duit raya kepada anak2 yatim & miskin ini.selepas meninggalkan kawasan kedai tersebut kami diberitahu bahawa seorang lagi tuan punya premis perniagaan di situ ingin menyumbang duit raya.oleh kerana agak sukar bagi semua kenderaan untuk membuat U-turn,hanya sebuah avanza yang berpatah balik untuk menerima sumbangan tersebut.wang sumbangan itu kemudiannya diserahkan kepada anak2 yang terlibat sebelum majlis bersurai.



ke dua2 majlis berbuka puasa ini adalah juga merupakan aktiviti amal akhbar Sinar Harian Utara.kami dari NARC dijemput untuk membantu dari segi pengangkutan & bersama2 memeriahkan majlis.


semoga pada Ramadhan akan datang kami berpeluang untuk mengadakan aktiviti2 kemasyarakatan seperti ini lagi.

sesungguhnya...amat menginsafkan apabila melihat kepayahan orang lain mengharungi hidup...biarpun suatu ketika dulu saya juga dihimpit kemiskinan,melihat orang lain melaluinya pada zaman & abad ini adalah sesuatu yang berbeza.

3 comments:

Dr K said...

Alhamdullilah..konvoy macam ni best..sambil berkonvoy sambil beribadah...teringin saya nak join konvoy berkereta ni..:)

ieda said...

DZ...
boleh ja join.sekali sekala bergerakla ke utara ni.

produk ococ said...

syahdu tgk video klip tu