SENANG CARI

25 March 2013

BUNGA DI HATI UMIE

salam sejahtera..
selamat malam...


saya suka bila hari menginjak ke malam sebab dah habis kerja & masa utk lepak2.
bangun pagi esok stress lagi..hehe.bukan tak suka sgt ttg kerja ni cuma rasa macam nak lepak lama2 kat rumah.tapi bila si kecik bambam tu buat mengada2 rasa la la tu jg nak pi ofis...tapi si kecik ni cepat sejuk.pandai plk bodek kita dgn muka dua kupang dia tu.dengan mulut pot pet pot pet..tak reti nak diam.la ni dah pandai mengadu along/kakak kacau dia pastu bila kita buat2 marah kt org tu dia ejek2 depa...seronok depa kena marah.dan biasanya org tak kacau dia pun...saja dia yg suka nak bg org kena marah.
kdg2 abah pun kena dgn dia...sesuka hati cakap.."umie abah nacau" walaupun masa abah tgh lena....hmmm...

budak kecoh.....
pakai t shirt umie.


pagi tadi keluar rumah awal sikit..ingatkan nak terus ke tempat kerja tapi teringin plk nak tengok pokok2 dulu.kalau hari sekolah tak dan nak belek...just siram ja.pagi ni capai kamera & snap gambar pokok2 kat rumah...banyak juga rupanya....(tapi pokok rumput @ semak lagi banyak...pakcik potong rumput ada banyak kenduri plk minggu ni).

tengah snap2 tu nampak la jambangan bunga melur tujuh lapis ni...ada 7 kuntum jg.
sejambak tu....biasanya satu2 ja kuntuman dia...kali ni banyak plk.tak sabar tunggu kembang...mesti bau wangi.

satu lagi melur jenis bunga kecik2 comey...wangi tapi cepat gugur.

ada dua lagi pokok yg wangi bunganya kat tepi laman ni.


yg atas ni saya panggil pokok tharapark sebab bunga dia sama dengan pokok yg ditanam kat depan hotel Tharapark Thailand.

yang ni ada yang panggil kerak nasi...ada yg kata sundal malam (tapi rasanya sundal malam rupa lain).ni yg bunga purple putih tu.jenis ni ada 3 pokok semuanya.dua lagi dalam pasu....rasa macam nak ubah ke tanah juga.nampak lebih segar.

dua2 ni tak berbunga plk minggu ni..minggu lepas banyak kemain lagi.

pokok2 lain adalah yg biasa2 ja..padanla dgn tuan pokok yg kdg2 tak sempat bg pokok2nya 'minum'...pokok2 ni semua tak tersusun elok...selerak ja kat laman.asyik bertangguh ja nak buat garden ni betul2...harap2 dapatla buat secepat mungkin...(sebab tu semua gambar close up ja..hehe).

***nabila sorg ja yg rajin tolong umie berkebun buat masa ni tapi umie lebih suka kalau dia tak tolong sebab mulut dia tak berhenti nak mengarah umie buat itu ini.....pening pala...

No comments: