SENANG CARI

27 January 2014

SANTAI HUJUNG MINGGU

salam...


long break nampaknya...
banyak yang berlaku...
seorang sahabat sedang menunggu keputusan ujian makmal untuk mengenalpasti punca penyakit yang agak sukar.
seorang sahabat baru menerima cahayamata namun isteri mengalami komplikasi...alhamdulillah sudah stabil.
tuan punya blog?
biasalah...up & down lumrah kehidupan...tapi kita senyum2 saja...alhamdulillah diberikan kesihatan yang baik untuk menjalankan tanggungjawab.

Sabtu...
kalau minggu lepas rasa lapang sebab cuti 2 hari sempena sambutan ulangtahun kelahiran Sultan Kedah (Ahad) tapi pada minggu yang baru ni cutinya terasa pendek.
dipenuhi dengan aktiviti @ tugasan yang wajib disiapkan....keluar ke SP saja tapi sampai seharian di luar.

baru-baru ni ada customer cerita tentang homestay baru berdekatan kawasan ini.pembukaan rasminya adalah selepas tahun baru Cina nanti.sekarang masih dalam fasa mengemas.rumah ni dah lama ada di situ namun tak dihuni...tuan empunya tidak berada di Kedah.jadi sekarang ia akan dijadikan homestay.
mengambil kesempatan ini kami pun pergilah melawat.
dekat saja....
lokasinya ialah bersebelahan Damai Park Resort.....salah satu tempat latihan untuk kem PLKN.

cantik kawasan rumah ni....dibelakangnya ada dusun buah-buahan.banyak pokok durian,rambutan & dokong.pokok manggis ada depan rumah tapi nampak macam belum matang.kalau berjalan ke bahagian belakang boleh dengar deruan air terjun....best sangat.tapi tak berjalan pun sampai ke penghujung pagar sebab kena turun bukit....budak kecik kalut nak ikut....takut dia tergolek sebab agak curam.dengan daun2 kering maka risiko tergolek untuk budak kecik ni adalah tinggi.

ada kolam renang tepi rumah...satu untuk budak & satu untuk dewasa.yg dewasa pun tak dalam sangat.bila dapat green light maka berbahagialah budak kecik berendam dalam kolam tu.....macam2 aksi.bukan pandai berenang pun tapi eksen kemain.kolam ni guna air yang disalurkan dari sungai berhampiran...sejuk.

rumah banglo ini ada 3 bilik tidur & 3 bilik air.dapur lengkap.boleh masak kat sini.tempat BBQ pun ada.tingkat atas adalah ruang terbuka yang boleh digunakan untuk solat berjemaah ataupun tempat tidur anak  bujang.halaman pun luas.selesa untuk berkumpul sama ada keluarga atau kelab kecil (macam kelab NARC).
dah terbayang2 lepak kat sini masa musim buah-buahan nanti....

kos penginapan belum diumumkan lagi.selepas tahun baru Cina mungkin.

 dari hadapan
dusun di belakang rumah...menuruni bukit
 santai kat situ sambil suruh kakak picit bahu....hebat kan?
sebelah tu kolam dewasa...budak kecik pun boleh masuk tapi menghala ke hujung ia semakin dalam.
budak nabila ni berpakaian tapi macam seksi la plk.
pelampung tu ngam2 ja sangkut kat perut...hehehe
budak kecik sorang lagi tu adalah anak kepada org yang menjaga rumah ni.lasak kemain tapi gerun dgn nabila...asyik kena hambat ja.


17 January 2014

REHAT

salam sejahtera untuk semua...

weekend yang best minggu ni...cuti 2 hari sebab Ahad Birthday Sultan Kedah.....lama tak dapat cuti berkembar macam ni.
nak buat apa?...
visit kakak kemudian Ahad duduk rumah melayan budak kecik debab tu.....eh...tapi tak berapa nak debab dah la ni.
letih jiwa raga melayan budak ni...banyak cakap & banyak peel sungguh.tadi pi kenduri rumah adik beradik abahnya (anak sedara bertunang) dia sama naik dgn photographer dok sibuk ambil gambar pasangan yg bertunang tu...(nak panggil pengantin tak boleh sebab belum kahwin lg).handphone ummielah jadi mangsa...bila belek balik mujur tak banyak sangat gambar...kalau dak, jenuh nak delete.
nabila dah makin pandai snap gambar....banyak yang clear.berseni jugak kot dia ni..


ini kerja budak bertuah ni kelmarin...ikut abah ke pejabat JKM.dia buat meja orang macam dia punya....selamba dia ja.
mujurlah orang semua faham perangai tak malu dia ni.kalau ikut abah pi mana2 ofis pun mesti dia akan rembat table orang.sabar jalah...

kelmarin 16 Januari....
ulangtahun persahabatan yg ke 32 dgn sahabat2 G2 Kulim...
macam lama ja kan?
moga persahabatan kami kekal abadi...


15 January 2014

BICARA NABILA

salam..

hari ni budak kecik tak sekolah....abah plk ada kerja wajib hadir kat luar & tak boleh bawa budak ni...kakak sekolah...
makanya...ummie 'terpening' sat..mana nak letak dia.tak boleh bawa ke tempat kerja sebab dia jenis tak duduk diam & dengan staf yg ada ni memang tak lut....dia menang.
tanya2 kakak pengasuh yg lama...alhamdulillah dia kerja petang...dan pagi ni tak ke mana.maka pagi2 ummie hantar la budak kecik ni ke rumah kakak nana dia...
sampai2 ja, jual mahal...malu konon.takmo turun kereta.peerahh...

tapi tak lama lepas tu dia plk halau ummie balik....ummie baru nak lepak.lama dah tak lepak2 kat rumah kakak nana dia...syok dok kat situ...aman damai, suasana kampunglah katakan.

sembang sebelum ummie keluar..
budak kecik..."kakak uulah...along uulah"
ummie..."ummie?"
budak kecik...."ummie iija"
ummie..."abah?"
budak kecik...."abah uulah"
ummie..."ada plk"
kakak nana..."pandai la abah..pi sekolah sampai ke tua"
ummie...."abah pi aloq setaq....abah pi mana?"
budak kecik.."lok taq"

tengah hari satg kalau tanya mesti dia jawab "abah ciem"...
budak kelabu asap

notes:
uulah....sekolah
iiija...kerja
ciem...siam


NAK AWET MUDA?



10 January 2014

TAZKIRAH USTAZ DR RIDHUAN TEE

salam buat semua

sedikit renungan...
jadikan panduan dalam kehidupan seharian kita...




09 January 2014

SHORT NOTES

assalamualaikum...
selamat tengah hari...
salam bahagia...

terabai sat blog ni...
dok sibuk buat blog satu lagi....
la ni dok guna Shaklee...nampak good result...maka naklah start jual2 plk.
ekonomi makin tenat kannnn...dgn harga barang naik,tarif letrik naik...gaji staf naik...sib baik rumah dgn tempat kerja dekat.bab minyak taklah kalut sgt.

minggu ni budak kecik start sekolah...semangat baru tahun 2014 agaknya.
tiap2 pagi tanpa banyak songeh dia nak pi sekolah.request nak mandi..

"ummie...madddii......baby uulah"...
bagus..bagus....senang kerja ummie.tak payah nak hambat2 lagi dah.

lagi dia suka kalau pi sekolah naik motor...esp motor kapchai.ceria ja.
siap dgn muka eksen macam ni...


ni gambar beberapa hari lepas..

hari ni tak sekolah....Khamis hari home visit..cikgu pi melawat rumah pelajar2 yg severe cases...yang takleh mai sekolah.
maka hari ni budak kecik meronda dengan abah...pi sarapan...bawa maktok pi pasar tani...satg ambik along & kakak sekolah.....bahagia budak ni.


02 January 2014

PEMBUKA KALAM

salam sejahtera buat semua...

hari ke 2 untuk tahun 2014...
selamat memulakan persekolahan kepada yg baru bermula hari ini....orang Kedah dah masuk hari ke dua.
yang di rumah ni.....along dah masuk form 5
nurul dah masuk form 4......(PMR alhamdulillah baik2 saja walaupun asyik melangut TV).
nabila dah ....hmmm..... kat situ juga lagi....tapi akal makin meningkat dengan pesat.
walaupun Disember sekolah dibuka,nabila tetap bercuti sama macam abg & kakaknya....kawan-kawan nabila pun sama.Ahad nanti baru sama2 nak mula sekolah.

2013....
banyak kenangan yang ditinggalkan...
paling memberikan impak adalah bila kakak saya didiagnosakan dengan 'breast cancer'.perjalanan hidup agak kelam kabut buat seketika namun alhamdulillah keadaan semakin baik menjelang penghujung 2013....moga makin bertambah baik selepas ini.

pahit manis dalam kehidupan adalah lumrah...tiada manusia yg tidak diberikan ujian olehNya.....sama ada ujian dalam kesukaran atau ujian dalam kesenangan.
Allhamdulillah...dengan setiap ujian itu akan lebih mendekatkan kita dengan Allah swt.


selamat mengharungi kehidupan...moga kita semua sentiasa berada di dalam rahmatNya.