salam sejahtera buat semua...
hari ke 2 untuk tahun 2014...
selamat memulakan persekolahan kepada yg baru bermula hari ini....orang Kedah dah masuk hari ke dua.
yang di rumah ni.....along dah masuk form 5
nurul dah masuk form 4......(PMR alhamdulillah baik2 saja walaupun asyik melangut TV).
nabila dah ....hmmm..... kat situ juga lagi....tapi akal makin meningkat dengan pesat.
walaupun Disember sekolah dibuka,nabila tetap bercuti sama macam abg & kakaknya....kawan-kawan nabila pun sama.Ahad nanti baru sama2 nak mula sekolah.
2013....
banyak kenangan yang ditinggalkan...
paling memberikan impak adalah bila kakak saya didiagnosakan dengan 'breast cancer'.perjalanan hidup agak kelam kabut buat seketika namun alhamdulillah keadaan semakin baik menjelang penghujung 2013....moga makin bertambah baik selepas ini.
pahit manis dalam kehidupan adalah lumrah...tiada manusia yg tidak diberikan ujian olehNya.....sama ada ujian dalam kesukaran atau ujian dalam kesenangan.
Allhamdulillah...dengan setiap ujian itu akan lebih mendekatkan kita dengan Allah swt.
selamat mengharungi kehidupan...moga kita semua sentiasa berada di dalam rahmatNya.
No comments:
Post a Comment