long break nampaknya...
banyak yang berlaku...
seorang sahabat sedang menunggu keputusan ujian makmal untuk mengenalpasti punca penyakit yang agak sukar.
seorang sahabat baru menerima cahayamata namun isteri mengalami komplikasi...alhamdulillah sudah stabil.
tuan punya blog?
biasalah...up & down lumrah kehidupan...tapi kita senyum2 saja...alhamdulillah diberikan kesihatan yang baik untuk menjalankan tanggungjawab.
Sabtu...
kalau minggu lepas rasa lapang sebab cuti 2 hari sempena sambutan ulangtahun kelahiran Sultan Kedah (Ahad) tapi pada minggu yang baru ni cutinya terasa pendek.
dipenuhi dengan aktiviti @ tugasan yang wajib disiapkan....keluar ke SP saja tapi sampai seharian di luar.
baru-baru ni ada customer cerita tentang homestay baru berdekatan kawasan ini.pembukaan rasminya adalah selepas tahun baru Cina nanti.sekarang masih dalam fasa mengemas.rumah ni dah lama ada di situ namun tak dihuni...tuan empunya tidak berada di Kedah.jadi sekarang ia akan dijadikan homestay.
mengambil kesempatan ini kami pun pergilah melawat.
dekat saja....
lokasinya ialah bersebelahan Damai Park Resort.....salah satu tempat latihan untuk kem PLKN.
cantik kawasan rumah ni....dibelakangnya ada dusun buah-buahan.banyak pokok durian,rambutan & dokong.pokok manggis ada depan rumah tapi nampak macam belum matang.kalau berjalan ke bahagian belakang boleh dengar deruan air terjun....best sangat.tapi tak berjalan pun sampai ke penghujung pagar sebab kena turun bukit....budak kecik kalut nak ikut....takut dia tergolek sebab agak curam.dengan daun2 kering maka risiko tergolek untuk budak kecik ni adalah tinggi.
ada kolam renang tepi rumah...satu untuk budak & satu untuk dewasa.yg dewasa pun tak dalam sangat.bila dapat green light maka berbahagialah budak kecik berendam dalam kolam tu.....macam2 aksi.bukan pandai berenang pun tapi eksen kemain.kolam ni guna air yang disalurkan dari sungai berhampiran...sejuk.
rumah banglo ini ada 3 bilik tidur & 3 bilik air.dapur lengkap.boleh masak kat sini.tempat BBQ pun ada.tingkat atas adalah ruang terbuka yang boleh digunakan untuk solat berjemaah ataupun tempat tidur anak bujang.halaman pun luas.selesa untuk berkumpul sama ada keluarga atau kelab kecil (macam kelab NARC).
dah terbayang2 lepak kat sini masa musim buah-buahan nanti....
kos penginapan belum diumumkan lagi.selepas tahun baru Cina mungkin.
dari hadapan
dusun di belakang rumah...menuruni bukit
santai kat situ sambil suruh kakak picit bahu....hebat kan?
sebelah tu kolam dewasa...budak kecik pun boleh masuk tapi menghala ke hujung ia semakin dalam.
budak nabila ni berpakaian tapi macam seksi la plk.
pelampung tu ngam2 ja sangkut kat perut...hehehe
budak kecik sorang lagi tu adalah anak kepada org yang menjaga rumah ni.lasak kemain tapi gerun dgn nabila...asyik kena hambat ja.
No comments:
Post a Comment