SENANG CARI

17 January 2014

REHAT

salam sejahtera untuk semua...

weekend yang best minggu ni...cuti 2 hari sebab Ahad Birthday Sultan Kedah.....lama tak dapat cuti berkembar macam ni.
nak buat apa?...
visit kakak kemudian Ahad duduk rumah melayan budak kecik debab tu.....eh...tapi tak berapa nak debab dah la ni.
letih jiwa raga melayan budak ni...banyak cakap & banyak peel sungguh.tadi pi kenduri rumah adik beradik abahnya (anak sedara bertunang) dia sama naik dgn photographer dok sibuk ambil gambar pasangan yg bertunang tu...(nak panggil pengantin tak boleh sebab belum kahwin lg).handphone ummielah jadi mangsa...bila belek balik mujur tak banyak sangat gambar...kalau dak, jenuh nak delete.
nabila dah makin pandai snap gambar....banyak yang clear.berseni jugak kot dia ni..


ini kerja budak bertuah ni kelmarin...ikut abah ke pejabat JKM.dia buat meja orang macam dia punya....selamba dia ja.
mujurlah orang semua faham perangai tak malu dia ni.kalau ikut abah pi mana2 ofis pun mesti dia akan rembat table orang.sabar jalah...

kelmarin 16 Januari....
ulangtahun persahabatan yg ke 32 dgn sahabat2 G2 Kulim...
macam lama ja kan?
moga persahabatan kami kekal abadi...


2 comments:

Daddy Ziyyad said...

belikan nabila satu compact camera...mesti dia seronok :)

ieda said...

DZ...
planning mmg ada cuma tunggu dia besar sikit...sekarang ni dia suka explore...nanti dia korek2 sana sini maunya sat ja rosak.