salam...
penat berkenduri?
musim kenduri kahwin...
staf saya juga baru melangsungkan perkahwinan pada 1.6.13 & sekarang masih bercuti.sampai hari ni ja...esok masuk kerja semula.
pada 1.6.13 itu saya ada 3 jemputan...malangnya telah termiss satu sebab 100% terlupa...dan yg termiss itu adalah rumah cikgu masa sekolah menengah dulu....hari Ahad tgk kat fb baru teringat....maaf cikgu.menantu ke 3 nanti jemput lagi....insyaAllah ada umur yg panjang akan cuba utk hadir.
agak kelam kabut sikit sebenarnya pada hari Sabtu tersebut sebab menghadiri pengkebumian mak saudara yg meninggal pada hari Jumaat malam di Alor Setar.kami sampai agak lewat iaitu semasa jenazah sedang diangkat utk dibawa ke masjid.maka kami menunggu sehingga selesai bacaan talkin iaitu menjelang zohor.
arwah adalah isteri kepada adik tiri bapa saya.walaupun saudara tiri bapa,hubungan kami agak rapat sejak kecil lagi.cuma bila masing2 meningkat usia,kami agak jarang bertemu melainkan ketika kenduri atau hari raya.arwah makcik meninggal kerana kegagalan jantung & buah pinggang.
ALFATIHAH buat arwah makcik Ma.
selesai di Alor Setar terus saja balik untuk ke kenduri staff saya...kemudian petangnya ke kenduri sahabat SU di SP....kenyang.
tak terus balik ke rumah....kami bergerak ke Taiping...saja meronda hingga ke zoo Taiping.malangnya sampai dekat pukul 7 mlm....gate dah tutup.tunggu utk buka kaunter Night Safari pk 8 mlm..lepak2 kat depan kaunter tu sambil melayan budak kecik meronda.setelah timbang tara dibuat,kami tak tunggu pun utk night safari...bergerak keluar cari makan & balik rumah....
bak kata Nurul bila ditanya abahnya..."jomlah...drp beli tiket, aik guna duit tu utk makan".....hehehe....jenis pentingkan perut semuanya....
tak ada mood sebenarnya nak masuk Night Safari sebab tak boleh ambil gambar.lgpun dah gelap2 tu belum tentu boleh nampak binatang2nya.
untungnya bawa budak kecik macam nabila ni...tak kisah nak masuk ke tidak (sebab dia bukan tau pun yg itu adalah zoo)....janji dia boleh bebas berjalan.
begitulah berakhirnya hujung minggu saya...
dan semalam (Ahad) berhujan sekeluarga ke kenduri sepupu arwah ibu budak2 ni...
sakit pinggang sampai hari ni sebab mengangkat budak kecik yg tak mau balik....ishh...dahla hujan.