SENANG CARI

12 June 2013

PEMERGIAN YANG TIDAK TERDUGA

salam...
dalam mood kemengantukan....

apabila kita diberi ujian...seketika kemudian kita akan diperlihatkan dengan ujian utk orang lain pula agar kita tidak mengeluh & berputus asa....
berapa kali kita bertembung dgn situsi seperti ini?
saya?...memang kerap sebab setiapp hari saya berjumpa dgn orang yg mempunyai pelbagai masalah....kesihatan,emosi,keluarga dsb.

kisahnya...
awal malam tadi kami menerima berita pemergian adik ipar seorang sahabat NARC....kematian yg tidak diduga.dalam keadaan kesihatan yang baik (tanpa pernah mengalami sebarang penyakit) arwah tiba2 mengalami bengkak kaki dan beliau dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.belum sampai seminggu beliau dipanggil kembali kepada Penciptanya....seorang isteri & ibu dalam usia 30an..meninggalkan 4 orang cahaya mata berusia antara 5 tahun sehingga 13 tahun......

punca kematian dikatakan sebagai 'kegagalan buah pinggang' namun apakah punca kepada kegagalan fungsi buah pinggang itu masih belum diketahui.masih menunggu keputusan biopsi.pemeriksaan post mortem juga telah dilakukan malam tadi.

bersama ahli keluarganya,kami mengiringi jenazah dari Hospital Bukit Mertajam sehingga ke rumah keluarganya.jenazah selamat tiba ke kampung halamannya sekitar jam 3 pagi.majlis pengkebumian dilakukan pagi ini.kami hanya berada di situ sehingga jam 5 pagi....bergerak kembali ke rumah & selamat tiba sekitar jam 6 pagi tadi.

agak lega kerana semasa di rumah arwah awal pagi tadi anak2nya sedang tidur..saya tidak dapat membayangkan apakah reaksi anak2 arwah apabila melihat sekujur tubuh kaku ibu mereka....sedangkan adik2nya juga tidak berhenti mengalirkan air mata apatah lagi anak2 yang saban hari bersama ibu mereka (seorang suri rumah)...syukur kerana saya tidak diberikan peluang melihat detik pilu itu.

semoga Arwah ditempatkan bersama hamba2Nya yang beriman...
semoga suami arwah bersabar & kuat menghadapi ujian berat ini (suaminya tidak sempat untuk bersama Arwah diakhir hayatnya....beliau keluar sebentar dari wad kerana melihatkan keadaan arwah yang agak baik berbanding hari sebelumnya).

ALFATIHAH.....



3 comments:

Amanda Suria said...

Alfatihah....

A.I said...

Innallilah..Takziah kak.

Terkedu kejap sbb lebih kurang sama je ngan ai. umur 30an, 4 org anak..umur anak2 pun nk lebih kurang sama je :(

Al~Fatihah...

ieda said...

AI...
moga AI diberi umur yg panjang & kesihatan yg baik...insyaAllah...amin.