18 February 2013

ADA BAHANG

salam sejahtera...
dah habis cuti semua???selamat kembali bekerja.

terkini....bahang pilihanraya semakin terasa...bilik gerakan pun dah ada dekat dengan rumah ni...tak berapa nak suka sebab bila ada ceramah jalanraya sesak & bunyi orang ceramah tu dengar sampai kat rumah...sedikit terganggu.
tapi redha saja la kan....asalkan tak ada gangguan dari segi keselamatan & ketenteraman awam.

baca paper semalam khabarnya pelajar IPT boleh jadi calon pilihanraya kali ni.ada yang suka?secara peribadinya saya tak berapa nak setuju sebab kita masuk IPT nak menuntut ilmu.maka gunakan masa tu utk tumpukan kepada tujuan asal.bila dah berpolitik pastinya ada banyak perkara yang nak dilakukan.berapa peratus masa yg ada untuk dihalakan kepada pelajaran?bagaimana dengan harapan keluarga?mungkin ada segelintir yang betul2 berkaliber...genius & mampu melakukan semuanya dengan seimbang.ini golongan yang terpilih & diberi anugerah oleh Allah...maka bolehlah mereka melakukan semuanya dalam satu masa.
bagi yang biasa2 saja tu...tumpukan dulu pada pelajaran.dah graduate nanti buatlah apa yang diminati.biarlah jadi pemimpin yang berilmu & berwawasan bukan setakat cakap berdegar2 tapi apa pun tak ada.memanglah ijazah bukan jaminan untuk menjadi pemimpin yang baik tapi bila dah berada dalam IPT gunakanlah akal pemikiran dengan wajar.utamakan yang lebih penting....jangan sampai yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran.

...pastinya pelajar golongan Melayu yang akan lebih terdorong untuk terlibat dalam politik...setuju?

              moga Malaysia terus aman damai
              moga Melayu tidak menjadi hamba di negara sendiri
              moga Islam terus menjadi pegangan utama dalam diri umat Islam Malaysia

***kadang2 risau tengok kelakuan orang Melayu Islam Malaysia sekarang ni


No comments: