SENANG CARI

30 January 2011

SYOKNYA MAIN KAT BENDANG

salam..
tengahari tadi masa balik dari SP nampak view yg cantik ni (cantik pada sayalah).suasana bendang @ sawah yg baru dituai dgn mesin.

terkenang zaman kecik2 dulu.suka sgt time ni sebab banyak aktiviti yg boleh dibuat dalam bendang tu.
antaranya:
1. kutip buah padi yg tertinggal (dulu tuai dgn pisau)
2. cari ikan dalam lopak2 celah perdu padi tu
3. kalau bendang kering boleh main wau
4. buat serunai dari batang padi

aktiviti no 1 tak best sgt.
yg no 2...
best sgt tapi selalu kena marah dgn arwah bapa sb dia takut anak dia terkena sengat ikan keli.tapi saya pun taklah super berani.tgk2 jugak.agak2 ikan haruan baru tangkap.kalau puyu hati2 gak pegang kat kepala.kalau keli mmg tak sentuh.walaupun suka makan ikan keli,nak tangkap tu mmg taklah.tak pernah kena sengat pun tapi sakit kot sebab tu bapa tak bagi tangkap.

no 3...
macam saya cerita dalam entry NI....jerami2 kering tu dihimpun buat macam tembok bentuk melengkung.cari plastik.alas kat jerami.kemudian baring2 tengok wau yg tinggi melayup...bestnyaaa.....relaxing sangat.

no 4...
ni gambar yg saya google.

senang ja buat serunai ni.ambik ja batang padi @ perdu baki dari yg dituai tu.potong bg dapat kat bahagian yg keras tu.buang semua daun2 yg dah kering.kemudian picit bg pecah betul2 kat bawah bhg keras tu..(tanda biru).
kemudian bhg tu masuk dalam mulut & tiup.dapatlah bunyi yg macam2 tune based on size batang padi tu.
selamat mencuba..

antara semua aktiviti ni..yg paling teringin nak buat lagi adalah....tangkap ikan.
sedap tau ikan air tawar ni.
dapat haruan besaq buat bantut..perghhh...
PNUT tau dak bantut?

5 comments:

kakyong said...

x pernah main di bendang.. kalo ingat pun rasa masa tu kecik sgt... masa tu kat Taiping ade bendang lagi..

bantut tu apa?

Bicara hati ibu aisya said...

Wahh..seronoknya kak.Dulu masa kecik-kecik selalu teringin nak balik kg yang ada sawah camtuh.tapi masalahnya kg saya xde sawah bentang.huhuhu..

kak Erna said...

as salam ieada.yang no.4 akak biasa buat..memang dinanti2 musim menuai..nak main serunai..dari batang padi tu..
kalau nak bunyi kuat..dililitkan pulak dauk kelapakan..

Min said...

bestnya... rindu nak balik kampung la kak ieda...

ieda said...

kakyong.
bantut tu ikan haruan belah belakang..isi dgn kelapa yg dah gaul dgn serai ,garam & kunyit.pastu bakar...sedap ooo..

ayu..
siannya..hehe

kak erna..
saya tak pernah plk lilit daun kelapa...lagi kuat ek?

min..
tak lama lg nak balik kan?sabaq sat nooo..