SENANG CARI

05 January 2011

TEMPAT MAIN MASAK-MASAK

salam.
melihat-lihat album lama maka terjumpalah gambar ni.
makteh kat belakang..pakai anak tudung putih di sebelah menantunya yg pakai baju melayu biru.
depan makteh adalah arwah amri.
di belakang bapa saya ada tangga..naik ke beranda tempat kami main masak2.
bayangkan betapa tingginya paras air banjir baru2 ni...mencecah lantai tingkat atas tu.

gambar taklah lama sangat..sekitar 5 tahun lepas.
diambil di hadapan rumah mak teh saya masa hari raya...tak ingat raya puasa @ raya haji...very bad memory huh!
dalam gambar ni adalah family saya & anak menantu & cucu makteh.
anak makteh yg bongsu (amri) dah meninggal sb menghidap barah otak sejak umur 10 tahun.
a very stong & positive minded boy.pakteh pun dah lama meninggal..rasanya amri kecik lg masa tu.pakteh meninggal sebab serangan asthma.

memori utama dalam gambar ni ialah rumah ni sendiri.
dulu rumah ni takde bahagian bawah tu.semua atas ja..tipikal rumah kampung.
di sinilah saya bermain dgn anak2 makteh & anak2 maksu saya masa kecik2 dulu.infact..di sinilah saya membesar.kat beranda tulah tempat kami main masak2.habis laksa makteh saya bersepah2 kat situ sebab kami makan guna pinggan mainan yg kecik2 comel tu.bising makteh.segala pokok,tanah,tempurung semua angkat main kat situ.ada sekali tu kami nyalakan api...huh!..sib baik tak terbakar rumah.
anak makteh saya ramai..sembilan org semuanya.yang sulung muda dua tahun drp saya.tapi masa tu yg boleh main2 ni cuma tiga org ja..anak maksu 2 org.meriah.

dulu,kat tepi sebelah kiri gambar ada kolah batu @ koq.terletak agak tinggi sebab di alas dgn pelapik tiang batu.ia adalah bekas tadahan air hujan.tai bila makteh & aruah pakteh takdak,itulah kolam mandi kami.anak makteh yg no 3,adik jan,mesti kena marah extra bila mandi air tu sebab lepas mandi dia wajib kena asthma.

kat belakang rumah ni adalah kawasan sawah padi.lepas musim menuai di situlah kami landing tiap2 petang lepas balik sekolah utk main wau @ layang2.wau buat sendiri guna kertas surat khabar.kadang2 bapa saya buatkan guna daun pokok paku pakis yg lebar yg dah kering.selagi tak magrib selagi tu lah kami bertapak dalam sawah kering tu.

kat rumah makteh juga tempat saya lepak malam2 utk tengok TV sb kat rumah takdak TV.dalam pk 10 mlm bapa saya akan datang ambik.tapi tak balik pk 10 sb dia sembang2 dulu dgn pak teh.tiba masa nak balik saya dah tertidur..maka dapatlah naik kok ko bapa saya.masa atas belakang tu bukan tak jaga..tapi buat2 ngantuk sebab malas nak jalan....memory....

makteh pandai masak.pakteh plk suka tangkap burung kat sawah.bila ada burung wajiblah saya makan nasi kat sini.mak teh buat masak kicap.makan ramai2...siap berebut2.ambik 2 ketul.satu makan.satu lagi sorok bawah nasi sb nak ratah...kdg2 pak teh nampak.memang kena marah la..

saya sekitar umur 10 thn makteh ada baby lagi...yani (no 5).saya yg mengasuh yani pada kebanyakan masa.yani cute sgt masa kecik.putih.time bancuh susu kalau saya sorang2 kat dapur maka sesudu susu tepung yani akan masuk dalam mulut saya...sedapppp...almaklum,kat rumah saya ada susu cap junjung saja.
kemudian lahir adik yani iaitu yana.yg ni saya malas nak jaga sebab masa baby, yana banyak kudis kat kepala.susah nak dukung.asyik terkena kudis tu kat badan saya.yana taklah se comel yani.kulit pun gelap sikit (sama macam abangnya yg no 2).
anak2 makteh yg lahir selepas tu semua saya tak jaga dah sebab saya dah masuk menengah & tinggal kat asrama.

baru2 ni masa banjir besar rumah makteh tenggelam.air mencecah lantai tingkat atas.banyak perabot kat bawah yg rosak.tapi barang elektrik semua sempat dibawa ke atas.
anak2 makteh pun dah besar2 belak.cucu makteh pun dah ramai.tapi muka semua nak sama.makteh masih macam dulu.ramah.rajin bg kami makan.
bila raya hidangan wajib kat sini ialah serunding ayam...takdak org boleh lawan serunding makteh....sedaaaapppp....
tiap2 kali raya mesti jengah ke sini sb nak makan serunding.

8 comments:

wahida said...

meninggal sebab serangan asma? alamak, takutnyer...saya ni dah la pengihidap asma tegar..huhuhu...

munna said...

wah...akak mengimbau kenangan lama ye

Cik Ina minat Do do Cheng said...

Sekali je akak pernah makan burung merpati masak kicap. sedap gak. itu pun jiran yang bela.dah lama, masa kecik.bestnya makan kat sawah.

ieda said...

wahida..
janganla mcm tu plk..rajin2 makan ubat.insyaAllah panjang umur.

munna..
tetiba teringat...

cik ina..
burung yg tangkap kat sawah tu burung ayam2...lg satu burung apa ntah namanya.

Eyriqazz said...

tahniah,anda pemenang utama my giveaway...

http://www.eyriqazz.com/2011/01/pemenang-give-away-haven-restaurant.html

ieda said...

eyriqazz...
hah!!!!!macam tak caya...alhamdulillah...tq.

kakyong said...

seronok bila terkenang kenangan lama...

dulu kita main masak2, habis segala daun pokok jd mangsa.. anak2 saya ksrg ni main masak2, habis juga daun dalm pasu depa kerjakan sampai gondol... huhuuu...

ieda said...

kakyong..
hehehe...kena tanam banyak pokok berdaun la tu.