18 December 2011

ANTARA PM & NABILA

salam..
lawatan Perdana Menteri semalam.

saya tak join pun.cuti.lagi best layan nabila kat rumah.dia pun kemain lagi kalau saya cuti...menempek ja.kesian gak kat dia...tak sempat nak main2 dgn umie...selalu kalau umie balik tgh hari dia ajak main,umie layan jugak sambil baring...pastu terpejam....hehe.

semalam saya saja biarkan dia tanpa pampers lepas mandi pagi.mula2 dia tak mau pakai panty...nak juga pampers.bila kena suara kuat sikit dia akur saja.saja nak train tanpa pampers.kebetulan bilik depa terkunci.tak boleh nak buka.tombol dah loose.yg menghempas pintu sampai terkunci tu pun dia la jugak.nasib baik dia kat luar bilik.bila bilik terkunci stok pampers pun kurang.umie terlupa beli hari jumaat malam.pagi2 sabtu malas lagi nak ke kedai.ada dua keping..simpan dulu utk pakai masa keluar.sabtu jugak pemaju cuti jadi tak dak sesapa nak tolong bukakan kunci pintu tu.dah puas kami godek2 tak boleh buka juga.si kecik tu pun sama2 hempas badan kat pintu nak bagi terbuka...comel ja tengok.nak rakam kamera SU bawa pi ambik gambar PM.so khamis malam jumaat & jumaat malam sabtu depa dua beradik tidur kat ruang tamu.bilik tetamu ada tapi depa prefer kat depan...biarlah.

melalut plk dah....back to diapers free.bolehla bertahan dalam 2 jam.pastu dia mula buat hal.kencing dalam bilik abangnya....sedar2 dia dah dalam bilik mandi tengah mencebok.tapi hentam dgn panty skali...apadaaaa...
tukar panty baru...pi main kat luar.bertinggung..tau2 basah ja....tukar lagi.lepak plk dgn saya kat ruang tamu...nampak muka dia lain macam ja...tanya nak kencing ka?...dia kata 'amau'..(tak mau)..nak uk uk ka?  'amau'..saya kata 'nak kencing bgtau.kena pi bilik ayaq....paham?'....dia angguk...'na' (na = ya).
tetiba ja...'ma...'....alaaa....ada basah sikit plk kat sofa....ish...tukar lagi.
pastu minum susu....nak duduk kat sofa lagi...tak bagi,dia marah2...last2 umie give up....ambik pampers ja....senang hati umie...hehe.tapi nanti kena train lagi.sampai berjaya.
sabaq saja lahh...

16 December 2011

MYAGROSIS

salam.

suasana sekitar kawasan sini agak sibuk & meriah minggu ni.
puncanya...
inilah dia.
pelancaran kelab myagrosis oleh 
Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak. 


esok adalah hari pelancarannya.jarak klinik dgn UITM adalah kurang dari 5 minit drive.tapi tak pasti lagi nak attend ke tidak.al maklum..saya malas nak bersesak2.tambah lagi kalau panas terik.tapi mungkin esok cuaca redup sebab sekarang sedang hujan meleret.

kelab myagrosis setahu saya adalah satu projek di mana tanah2 di IPT digunakan utk penanaman sayuran utk kegunaan @ pasaran tempatan.

khemah2 besar sedia menanti pengunjung.sebenarnya program bermula hari ini.ada pameran & jualan berasaskan produk tani.
khabarnya ada pesta makan durian juga.


khemah besar gedabak.
 ladang sayur...baru saja bermula sebab tu kawasan kecik ja.
tanah UITM ni luas & banyak lagi kawasan kosong.kalau semua tu ditanam sayur dapatlah kami yg dekat2 ni sayur murah.
sebelah luar pagar UITM pun dah banyak kawasan diteroka menjadi ladang sayur.
 dan semestinya bila orang ambik gambar,muka budak ni mesti ada....
nak menempek jugak....
sebelah kiri tu adalah kawasan UITM.

****semua persiapan tapak dibuat dalam 2 minggu ni...kesian tengok pekerja2 tu...pulun habis.pagar pun  kena cat baru...tapi elokla juga.nampak lebih kemas & bersih.

****semalam seorang pekerja datang sini jahit jari sebab kena besi khemah...
sikit lagi nak putus hujung jari dia.
hari ni seorang lg datang sebab sakit perut.kembong...tak sempat makan kot.


13 December 2011

YOT.... THE LATEST UPDATE

salam..
beberapa hari tak menjenguk blog.life agak busy sekarang.ingatkan lepas wedding my sis bolehla relax2 sikit...tapi kita hanyalah kita...merancang saja.apa pun,saya bersyukur dengan kesibukan sekarang.sebabnya?...nanti kita story kemudian bila masanya dah sesuai.

malam ni kita sembang pasal YOT sekejap.dah banyak hari yot tak ke sekolah gara2 umienya yg tersilap faham.masa jumpa YB hari tu ada cikgunya bgtau awal bulan 12 PDK cuti seminggu.maka saya ingatkan minggu lepas cuti.seminggu tak hantar dia sekolah.plannya Ahad minggu ni nak start hantar semula.sekali awal2 pagi Ahad cikgu yot call bgtau PDK cuti minggu ni.
"ait...bukan minggu lepas cuti?"...saya
"bukan...minggu ni start cuti."....cikgu yot.

hahaha...sangatlah tak aware umie yot ni.minggu lepas ntah berapa kali saya lalu depan sekolah dia.boleh tak perasan....seronokla budak tembam tu.boleh lepak kat rumah seminggu lagi.

budak ni sekarang makin banyak akal dia...berlakon masih ditahap nombor satu.paling best kalau kena marah.sekali tu saya marah dia sebab mengacau saya nak iron baju.marah pun gitu2 ja.up suara sikit.terus merajuk pi baring kat tepi kucing sambil mengadu kat kucing tu...umie tahan gelak ja la..
"babele....babele...mi babebe....apau.."...sambil nangis2 mengada.tangan tunjuk2 kat umie.muka jangan cakapla...mulut muncung segala bagai rupa.
(babele tu panggilan dia utk kucing & apau is melampau...dia selalu guna perkataan ni utk bgtau yg org buat dia).

satu malam lain plk dia merajuk sebab makanan habis.dah dekat pukul 12 malam.kakaknya makan maggi goreng.dah tinggal sikit baru dia sibuk nak tumpang.dah tu jadi tak puas makanla.dapat sikit ja.
"mi..acik!"...yot.
"hah?nasi?...mana ada nasi...dah habis"....saya.
"mi...acik....apaq".....yot. (bila dia sebut lapar mmg kesian la tengok...macam lapar sesangat).
"tak dak nasi...dah tengah malam ni"....
..terus dia bangun (dari ruang tamu) & lari ke dapur...dengar dia nangis dgn suara perlahan.saya ikut nak tengok apa dia buat.rupanya dia pi duduk terperuk kat celah kabinet kat tempat saya masak nasi...sambil nangis sedih.kesian plk tengok.nak tergelak pun ada sebab dah pandai tunjuk merajuk.umie pun pujuk2la...dukung bawa balik ke ruang tamu.mujur ada bun kacang.tanya dia nak makan tak...dia angguk.sekali bg makan...ambik ngko....habis 4 ketul.umie tumpang sikit2 ja sb umie pun kelaparan gak.pastu baru la dia ok balik...lapar betul rupanya.ingatkan nafsu ja sb dia ni pantang tengok benda makan.semua nak.

sekarang ni umie tak banyak masa utk yot sebab sibuk dgn kedai.maka utk tahun depan umie decide nak panjangkan lunch break....from 1.00pm to 5.00pm.....bolehla layan yot main lepas yot balik sekolah.rugi rasanya kalau tak spend masa dgn dia masa dia tgh menunjukkan perkembangan dia ni.patient tak pa...pandai2 la depa adjust masa.

muka budak tengah marah kat umie sebab tak mau ikut arahan dia

08 December 2011

DEMI NEGARA....YANG TERCINTA.....

salam..
buka ja blog hari ni nampak iklan semakan pemilih SPR.
pilihanraya umum ke 13 is just around the corner.
bila agaknya???
ramai yang kata bulan 3 tahun depan...wallahualam.tunggu saja.
apapun untuk cuti sekolah bulan 3 tu tak boleh nak plan apa2 program lagi.kena tunggu pengumuman kerajaan dulu.
reunion ka...konvoi ka....semua plan buat bulan 6.

ingat lagi masa kat universiti dulu.ada perayu undi masuk kampus nak bawa student pergi mengundi.bila jumpa group @ geng saya,kami just jawab..."kami tak cukup umur lagi"...hehe...hampeh.padahal dah terlebih umur pun masa tu.but being medical student,kami mmg tak involve bab2 politik ni.tak sempat.nak mendaftar pemilih pun tak sempat.tapi kalau fakulti lain memang agak aktif.cuma masa tu pelajar tak boleh campur tangan bab politik negara.sekarang ni dah diberi kebebasan untuk terlibat dengan politik.cuma diharapkan golongan pelajar universiti sekarang ni dapat bertindak mengikut akal yang bijak seiring status warga kampus.
tak kisahlah sama ada pro kerajaan atau pembangkang, setiap tingkahlaku & bicara biarlah mencerminkan peribadi orang berpendidikan.
yang utama,pelajaran jangan diabaikan.biar cemerlang dalam semua hal.kesian ibu bapa yang mengharap kepada kejayaan kita.


SAYANGILAH NEGARA KITA


dengar lagu ni teringat kemeriahan konvoi kembara merdeka.
harap2 dapat join lagi pada masa akan datang.


****tak minat jadi ahli politik sebab nanti tidur terganggu****