SENANG CARI

06 February 2017

ANAK MRSM

salam sejahtera...
Februari 2017 menghampiri penghujung minggu pertama. hari ini 6/2/17 adalah hari pendaftaran pelajar2 MRSM untuk tingkatan 1 dan 4.
Tahniah kepada anak-anak yang berjaya menghuni MRSM seluruh negara. Moga peluang yang diberi dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Ramai yang berebut untuk berada dalam kelompok pelajar MRSM kerana kredibiliti tenaga pengajarnya yang cemerlang. Dengan persekitaran pembelajaran yang baik memungkinkan pembentukan individu yang cemerlang akademik dan sahsiahnya.

Bagi bekas pelajar, pasti keinginan meneruskan legasi gelaran pelajar MRSM di kalangan anak-anak adalah tinggi. Tahniah kepada sahabat2 yang berjaya memperolehi peluang ini untuk anak masing-masing.

Moga pihak MARA dapat bertahan dan terus berjuang untuk membantu kejayaan bumiputera.





No comments: