SENANG CARI

15 February 2017

BERISTIADAT DI ISTANA ANAK BUKIT


assalamualaikum...
salam sejahtera.

alhamdulillah berakhir sudah peristiwa bersejarah dalam keluarga. peristiwa berlangsung pada 13.2.17 dan semuanya berjalan dengan lancar dan teratur sekali.

kisahnya....
beberapa minggu sebelum itu suami mendapat panggilan dari pejabat SUK negeri Kedah bahawa beliau dianugerahkan Bintang Kebaktian Masyarakat (BKM) sempena ulangtahun hari keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia  Sultan Kedah yang ke 89. Istiadat penganugerahan berlangsung pada 13.2.17 manakala acara raptai adalah sehari sebelumnya.

seperti sedia maklum, semua istiadat melibatkan pihak istana dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan adalah merupakan istiadat rasmi penuh protokol termasuklah pakaian penerima dan pengiring.
penerima lelaki perlu berpakaian baju melayu berbutang lima serba hitam, bersamping hitam berbenang emas,bersongkok hitam, berstokin hitam serta berkasut hitam. penerima lelaki bukan Islam digantikan pemakaian baju melayu dengan long suit hitam (lain-lain adalah sama termasuk bersongkok hitam).
penerima wanita perlu berbaju kebangsaan, bertudung kemas (bukan Islam berselendang di bahu) dan memakai kasut bertutup yang tidak terlalu tinggi.
pengiring juga perlu berpakaian mengikut etika yang sama. warna kuning tidak dibenarkan kerana ia adalah warna di raja.

agak kelam kabut juga kami menyediakan pakaian sebab semuanya belum ada. baju melayu raya semua warna selain hitam.alhamdulillah dapat beli sepasang baju melayu hitam di kedai yang selalu kami pergi.maka raya tahun ni temanya hitam laa....tak payah nak cari baju melayu lain dah.

yang paling susah adalah kasut.suami bersaiz besar dan pengidap gout yang selalu serang di kaki. salah pilih kasut meranalah kaki.hari-hari biasa hanya guna sport shoes dan sandal.meneroka Parkson dalam masa yang terhad, tak jumpa yang sesuai. akhirnya terfikir mencari di Bata...alhamdulillah dapat yang selesa dan saiznya pun ada (susah nak dapat saiz besar).

stokin dan songkok tak ada masalah.
kain samping pula pinjam dari kawan. masalahnya saiz tak sama...jenuh alter. sampai ke pagi hari istiadat masih membetulkan itu ini.

12.2.17 diadakan acara raptai. detik sejarah, kali pertama kami memasuki kawasan istana. melangkah hingga ke balai penghadapan.cantik dan tenang sekali.. (masuk ja kawasan istana terus cakap kat suami, tak ada kerja kosong ka kat sini. suasana tenang sangat). pada sesi ini diadakan taklimat tentang semua protokol yang perlu diikuti juga ditunjukkan cara-cara mengadap Baginda Sultan untuk menerima pingat & bintang. sesi yang santai, berakhir sekitar jam 1 tengahari.


13.2.17...
detik yang ditunggu.
berdebar juga sebenarnya. jika hari-hari sebelumnya saya bimbangkan keadaan kakinya takut tiba-tiba gout menyerang tapi alhamdulillah semuanya sendinya sihat (konsisten vivix tiap-tiap hari).pada hari istiadat itu saya berdebar bukan kerana memikirkan andai suami tersalah step, tapi rungsingkan posisi kain samping....bimbang menggelongsor aka melorot ke bawah memandangkan saiz badannya yang 'sihat'. rupanya dia juga bimbangkan perkara yang sama.sebelum istiadat bermula,entah berapa kali saya suruh dia bangun dan duduk untuk memastikan semuanya stabil. alhamdulillah, semuanya berjalan dengan sempurna. kain sampingnya setia di posisi asal.syukur kepada Allah.



pertama kali berada dalam istiadat istana, mendengar alunan nobat di dalam balai penghadapan, terasa indah sekali.namun, sepanjang istiadat berlangsung, fikiran saya berlegar teringatkan individu-individu lain, rakan-rakan alam maya dan rakan-rakan baru yang giat berkhidmat secara sukarela membantu golongan yang kurang mampu dan kurang bernasib baik.usaha gigih mereka hanya mereka yang tahu.
untuk mereka dan juga kami suami isteri (suami lebih banyak melakukannya berbanding saya yg terikat dengan kerja hakiki), semua kerja sukarela itu dilakukan hanya semata-mata ingin membantu sesama insan sambil mengharapkan redha Allah.mengharapkan pemberian daripada Allah di alam yang akan datang. bukan anugerah dan pingat yang dicari namun sedikit sebanyak penganugerahan bintang ini adalah penghargaan yang menyuntik semangat untuk terus berjuang dan membantu mereka yang kurang bernasib baik. setelah 10 tahun terlibat dalam aktiviti sukarela ini, saya mendoakan suami terus diberi kesihatan yang baik dan kewangan yang stabil untuk terus berkhidmat kepada masyarakat. 
doa yang sama juga untuk mereka yang berada di lapangan ini. moga segala usaha dan khidmat bakti kita dikurniakan ganjaran pahala oleh Allah swt. 










No comments: