SENANG CARI

06 March 2014

JALAN-JALAN KE PAKBARA 2

salam...
sambungan jalan-jalan ke Pakbara..

dah habis makan kami pun bergerak balik...
masa nak pergi dah nampak satu kedai perabot ni...ada banyak mainan budak.makan masa nak balik tu kami singgah cuci2 mata...tengok2 harga.
macamlah boleh beli...barang semua besar2 gedabak..tak boleh masuk kereta pun.
masa ni tengah panas berdenting tapi bila tengok kolam ikan depan kedai ni terus rasa sejuk & nyaman.tuan kedai sporting...walau tak boleh berkomunikasi (langguage barrier) dia layan juga...siap bagi kami makanan ikan suruh suapkan kat ikan2 dia tu.tak pernah buat sebelum ni maka bila ikan tu gigit jari terkejutlah jugak...bukan sakit pun....geliii....
suruh nabila main ikan2 ni tapi dia buat tak heran ja...lebih suka layan mainan2 yang banyak kat depan kedai.

masuk ronda2 sekejab kat dalam kedai....suka sangat tengok wall cabinet untuk ruang tamu...cantik sangat sampai terlupa nak ambil gambar.memang bestlah kedai ni...perabot semua lawa2..susun atur pun kemas ja.

entrance yang menawan
kolam ikan dia cantik.
tu tangan tokey kedai..tengah demo
yg ni budak berangan nak bilik pink

selesai layan mata kat situ kami teruskan perjalanan...sambil dok usha2 cari masjid & tempat nak mandikan budak nabila,ternampaklah kawasan ni....macam R&R tapi tak ada pelawat pun.kawasan cantik kemain lagi.rumah2 dgn hiasan cara English.tak tahulah kawasan ni dibina untuk tujuan apa tapi kemudahan toilet mmg ada kat sini & buka untuk orangramai (tapi orang tak ramai yg singgah...hihi).
sebelum bawa nabila ke bilik mandi saya turun survey dulu...sesuai ataupun tidak...jenguk2 ke toilet...mmg terbaik..luas & selesa.keluar toilet toleh kanan...alamak!!!ada ular tengah berusaha nak keluar dari ruang toilet tu....kat mulut dia ada katak rasanya...hahaha....terus cancel....cari tempat lain sajalah nabila....
alang2 kat situ kami pun berposing2 sat di tengah panas lit-lit.
letak gambar budak2 dahla kannn....
aiman dgn baju keretanya....hehehe

berusaha melepaskan diri...nak meronda...tak mau ambik2 gambar.

sampai di border sekitar jam 6.45 ptg...pukul 7 border tutup...mujur sempat...kalau tak, kena pusing balik tidur kat Satun la jawabnya.
di kawasan jalan bukit bukau di Wang Kelian ada satu jalan susur ke puncak bukit...kami singgah sekejap untuk tengok pemandangan....
tak nampak matahari terbenam sebab terlindung dek pokok2.
nampak kawasan cerah di bawah ni.....negeri Perlis dari puncak bukit.
Perlis Indera Kayangan
3 beradik
budak kecik tu duduk kat atas batu tu ja...tak dibenarkan turun...
gayat rupanya dia..duduk diam ja.


dah puas kat puncak tu barulah betul2 bergerak balik....singgah Alor Setar untuk solat & ambil stok ubat....kemudian dinner kat kedai tepi jalan.
SU buat keputusan untuk terus ke jambatan ke 2 Pulau Pinang....maka perjalanan diteruskan & bertemu sahabat seorang lagi di R&R Juru untuk sama2 meredah jem kat jambatan.



No comments: