salam...
Jambatan Pulau Pinang yg ke 2 telah dirasmikan oleh PM malam tadi...
jambatan dinamakan sbg Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sempena nama DYMM Yg Dipertuan Agung @ Sultan Kedah.
Ia menyambungkan Batu Kawan di tanah besar dengan Batu Maung di bahagian pulau.
Maka berduyun-duyunlah kenderaan memasuki laluan yang baru dibuka itu untuk merasai pengalaman baru di jambatan sepanjang 24km tersebut....termasuklah kami sekeluarga bersama satu keluarga sahabat dalam sebuah lagi kereta....kononnya pergi tengah-tengah malam tak ada ramai orang...hahaha...dusta semata-mata.
punyalah banyak kenderaan.rupanya bukan kami ja yang 'ciwi'....
dari R&R Juru sekitar 12.30 malam....pukul 1.30 pagi baru dapat lepasi tol yg pertama (jgn tanya tol apa sebab saya pun tak pasti)...yg ni kena bayar rm1.40.
selepas tol tu jem lagi.....untuk memasuki jambatan,laluan dari 3 lorong kiri & kanan bersatu menjadi dua lorong...jenuh menyempit.alhamdulillah masing-masing seronok & sabar.tak ada kemalangan cuma beberapa buah kereta mengalami kerosakan.
tol jambatan adalah percuma buat masa ni.melepasi tol jambatan ini masih juga sesak namun lebih baik berbanding sebelumnya.lebih kurang jam 3.30 pagi baru sampai ke penghujung jambatan.asalnya SU bercadang nak balik ikut jambatan lama namun terpaksa ubah perancangan sebab jalan ke sana juga sesak.maka kami buat U-turn masuk semula ke jambatan ke 2 ni...dapatlah berhenti sekejap ambil gambar kat atas jambatan sebab laluan ke tanah besar ni tak ada polis yg mengawal pada masa tersebut.tapi sekejap ja....polis dari laluan bertentangan siap bagi warning tak boleh berhenti.ramai yang berhenti sebenarnya...ambil gambar suasana malam @ awal pagi.
bergerak dari sini ja saya dah zzzzzzzzzz.....sampailah SU & kawan sorang ni berhenti kat kedai mamak utk isi perut.
akhirnya selamat sampai rumah jam 6 pagi.....
macam zombie ja masuk kerja hari ni sebab keluar rumah jam 8.30 pagi...ke Wang Kelian & Pakbara dulu...dari sana terus ke jambatan.
(lunch break cover tidur...petang baru ok.)
No comments:
Post a Comment