28 February 2014

POT PET

salam...

first time dengar anak2 kecik kita bersembang mmg best kan?
dulu masa nabila masih di tahap 'diam' kami semua tak sabar nak dengar dia bercakap...sekarang bila dia dah banyak cakap...sampai tak larat nak dengar la plk..tak terlayan dibuatnya.walaupun masih banyak bahasa 'outerspace',secara keseluruhannya boleh juga pick up apa yg nak diceritakannya.
kelebihan budak kecik ni ialah dia faham apa yg kita cakapkan.sekarang dia dah faham istilah cuti..bila tak bagi ummie pi kerja dia cakap.."umi uti!!!" (umie cuti)....suka dia ja suruh umie cuti.

pagi tadi dalam kereta sembang2 dgn abahnya...bawa dia sekali sarapan kat luar.

umie.. "yg...rasa macam nak cuti dua harilah nanti....sabtu dgn ahad"
abah.. "ok...sabtu cuti semua...ahad cuti umie dgn abah"
budak kecik.."baby?"
abah..  "baby sekolah....along sekolah...kakak sekolah"
budak kecik.."ukann...kakak nena...utiii"  (bukan...kakak lena...cuti)
(masa kami keluar kakak tengah lena...jumaat kan cuti)...
hehehe....

bab masa akan datang yg dia tak faham lagi...
contohnya kalau kita cakap...
"baby...malam satg tidoq awai"
mesti dia jawab "namau" (tak mau).
bagi dia kita suruh dia tidur time2 tu jugak...
tidur adalah satu kesalahan bagi dia...seboleh2nya takmau tidur.biar sampai meleleh air mata dia akan cuba bertahan esp kalau umie ada ataupun kalau ada tetamu.
malam tadi pukul 12.30 baru lena...tu pun kena paksa...umie dah tak tahan ngantuk.
tapi kalau dah lena,bising2 pun takpa...dia nyenyak ja...alhamdulillah.

kebolehan terkini nabila....tarian gelek...lawak amat...

that's about our girl...
dulu-dulu

esok..
dalam panas2 ni TNB hantar notis esok tak ada elektrik sepanjang hari (9 pg sampai 
7 ptg)...nak upgrade pencawang rasanya..

maka...berplanninglah kita....



25 February 2014

MEMBAHANG

salam...

cuaca panas masih berlarutan dan dijangka akan berakhir pada pertengahan bulan March nanti....memang tiap2 tahun perkara yang sama berlaku....musim kemarau di awal tahun.
syukur alhamdulillah...kali ini tiada gangguan bekalan air di kawasan ini biarpun cuaca lebih kering berbanding tahun lepas.
peritnya hidup bila tiada bekalan air paip untuk kita penghuni kawasan perumahan ni.bagi yang tinggal di kampung yang ada perigi atau sungai,keadaan tidaklah begitu terjejas.


beberapa tahun lepas berlaku gangguan bekalan air berterusan hampir seminggu semasa musim kemarau.elok seketika tapi kemudiannya berulang semula.memang meletihkan.terpaksa mengangkut air dari kawasan perkelahan Bukit Tupah tiap2 hari...di atas bukit tersebut terdapat paip air yang mengeluarkan air dari dalam tanah...boleh ambil percuma.tak jauh dari rumah namun nak mengangkat tong2 air bukannya mudah.
ada jiran yang mengangkut kain2 kotor untuk dibasuh di situ pada lewat malam....waktu yang lengang.

pada musim itu juga seorang customer mengalami kelahiran pramatang kerana melakukan kerja2 mengangkat air dengan banyak...suami memang membantu namun ketika suami keluar bekerja beliau terpaksa juga uruskan sendiri...alhamdulillah...anaknya selamat & sihat sehingga sekarang.

bagi penduduk Selangor...sabarlah menghadapi situasi catuan bekalan air...moga urusan hidup anda dipermudahkan.

http://www.sinarharian.com.my/semasa/catuan-air-di-seluruh-selangor-mulai-esok-1.254207


bersyukurlah dengan semua anugerah Allah...dalam apa saja kesulitan pasti ada rahmat dariNya.

23 February 2014

THAI AGAIN

salam pertemuan kembali...
maaf laaaa...terabai la plk rumah ni..

panas2 membahang ni mmg tak ada mood langsung nak menaip...asyik bacaaaa ja....
klinik pun agak sibuk dgn kes demam & batuk....kadar penularan penyakit berjangkit yang agak tinggi di musim kering  ni...
pembakaran terbuka pun banyak...hutan tiba2 terbakar...sesak nafas dibuatnya.

alhamdulillah...kelmarin hujan.biarpun sekejap tapi agak lebat.pagi tadi udara lebih bersih & segar.menjelang tengah hari...hehe..kembali membahang.redha...semuanya anugerah Allah untuk kita....yang bestnya...sidai baju sat ja kering.




ini aktiviti kami Sabtu baru ni...

jalan2 ke Hadyai..

temankan encik suami beli barang...langsung pi makan.masuk pun dah petang sebab budak2 sekolah ganti di sebelah paginya.dengan jem kat sempadan (imigresen Malaysia),sampai kat sana pun dah dekat pukul 7 mlm.lepas suami beli barang,kami terus gerak ke tempat makan....cari yang dekat2 ja....daging bakar presiden di sebelah hotel president.
kami pergi dua family (semuanya 9 kepala)....total makan RM90...ok la kan...kenyang teramat...budak kecik ni siap bertambah nasi.


sebelum ni tak pernah nampak kemalangan di kawasan kami makan tu tapi kali ni sepanjang duduk makan ada dua kemalangan...satu antara motor dgn basikal...satu lagi dua biji motor.taklah serius sangat....tapi kat sini macam relax ja...tak ada gaduh2...yang bersalah tanpa banyak hal terus hulur duit kat mangsa sorang lagi...settle.senang macam tu...orang pun tak berkumpul ramai2 kat tempat kemalangan.

lepas makan terus bergerak balik...ngam2 sampai border pukul 11.30 mlm...ramai plk orang...tapi taklah sampai tahap jem.
seperti biasa dalam perjalanan kena singgah2 dulu...maka sampai rumah lebih kurang jam 2 pagi....




05 February 2014

BILA MAKIN BERTAMBAH ANGKA

salam...
berada di minggu pertama februari 2014.
masih lagi dalam musim panas di sini....musim panas bersamaan dengan musim demam,selsema,sakit kepala dan sakit tekak....batuk agak kurang.
sila pastikan pengambilan air yang mencukupi setiap hari dan rajin-rajinlah mandi.
pagi-pagi nak mandi air sejuk... terasa sejuk sampai ke tulang hitam.tapi itulah yang bagus untuk kesihatan.


ingat dulu masa sekolah rendah...mandi air telaga.telaga tu pula letaknya kat luar.keluar ja rumah kena tiup angin dah sejuk menggeletar...apatah lagi nak disiram air.

tapi mak selalu pujuk..."luaq ni ja sejuk...ayaq telaga tak sejuk...suam ja.mai mak juruih"
berderu air disiram....memanglah rasa air tu suam sikit sebab kulit kita sejuk...relatif kan...
pandai mak...
kami dulu tak ada nak mandi2 air suam...mak tak manjakan...NO masak2 air...guna saja air telaga yang asli tu (dalam telaga ada ikan kaloi).telaga kami tak ada koq (yang simen tu)...berdindingkan tanah & akar2 pokok keriang....airnya tak pernah kering walau pada musim kemarau.berangin ka...hujan ka....mandi sajalah air telaga tu.
alhamdulillah jarang sangat-sangat kena demam,selsema dan batuk.sepanjang sekolah rendah tak pernah miss sekolah sebab sakit.teringin sangat nak ponteng maka adalah sekali tu ponteng kelas tambahan...bukan tak sihat...saja suka-suka....
tak ada kenangan tentang demam tersadai dalam kalangan ahli keluarga.mungkin sebab amalan mandi air sejuk tu...mandi kerap dan mungkin juga masa tu persekitaran belum tercemar.udara bersih tak macam sekarang.

pemakanan seimbang?yang tu pastinya taklah...bukan faktor sebab masa tu hidup susah.makan nasi lauk ikan saja.sekali sekala dapat ayam kampung (kena pulun tangkap dulu) atau burung (tangkapan bapa saudara).ikan pun kebanyakannya ikan darat (haruan,keli,sepat,puyu dll) sama ada yang fresh atau yang kering.kerap juga ikan tamban kering (mak kata ikan tamban tergeliat sebab badan ikan tu dah bengkang bengkok).
ikan laut segar adalah sekali sekala.daging masa raya atau kenduri saja.sayur & ulam memang ada sebab bapa tanam sendiri.kadang-kadang ja beli sayur.
buah-buahan?....tunggu musim buah setahun sekali.
alhamdulillah...masa tu Allah tak bagi nikmat kewangan tapi di bagiNya nikmat kesihatan.


bila umur meningkat...alhamdulillah juga masih diberi kesihatan yang baik.

cuma...dengan stress hidup seharian,dengan pemakanan yang tak seimbang juga (susah kan nak makan ikut piramid makanan tu?),dengan pencemaran alam....kita makin terdedah dengan pelbagai kemungkinan penyakit.
dulu saya tak kisah sangat pun dgn supplement...cuma masa HO terikut dgn tabiat seorang MO ni yg suka ambil vitamin dari trolley nurse tiap2 pagi...dulu ubat tak strict macam sekarang.sentiasa ada ubat lebih kat trolley nurse tu...ambil ja kalau perlu.makanlah sekejap (satu posting 4 bulan saja).


kemudian makan bila terasa & teringat nak makan ja.

cuma kebelakangan ni,bila tengok anak esp si bambam tu...masih jauh perjalanannya...masih banyak yg perlu dibuat utk dia maka mula terfikir balik ttg kesihatan diri sendiri.saya tak ambil shaklee dulu.cuma ambil yang dari stok klinik saja.bila diamalkan memang rasa berbeza.lebih bertenaga.masa tu bila tengok @ baca orang makan macam2 supplement shaklee rasa macam pelik...apa la yang makan banyak2 jenis sangat ni?macam tak makan benda lain dah.kenyang dengan supplement ja...bila ramai kawan2 yang bagi feedback positif kita pun nak juga try.maka bermulalah episod supplement shaklee ni.hanya pada bulan 11/2013 saya mula makan.tak banyak jenis pun.saya tak rajin nak telan macam2 jenis.saya ambil selang2...(tak ikut dos...hahaha).nama pun supplement.bukannya ubat kan.ubat lagilah malas nak makan.yang saya ambil adalah omega,alfalfa,lecithin & cinch tea.bulan Januari tambah ESP.sekali sekala ambil vitalea (multivitamin).

bezanya...
*sakit betis dah hilang...tak ada muscle discomfort masa nak tidur malam macam dulu2 walaupun hampir sepanjang hari bergerak.
*mengantuk masa tak ada patient pun dah hilang (dulu boleh terlelap dalam bilik ni masa sunyi2 tak ada orang).
*kulit yang gatal sikit-sikit pun hilang.
*kegatalan kulit kepala dah tak jadi masalah...maka rambut pun tak gugur sangat dah...gugur sikit2 tu normal la kan...
*berat badan?...yang ni tak jadi apa pun la...sebab saya tak ikut cara makan utk slimming pun.cuma tak adalah craving for food...cinch & ESP memang bagi tenaga & kurangkan rasa lapar.

berbaloilah untuk diamalkan...kos pun tak mahal (nampak macam mahal tapi kalau kira kos sehari taklah sampai rabak poket).