05 February 2014

BILA MAKIN BERTAMBAH ANGKA

salam...
berada di minggu pertama februari 2014.
masih lagi dalam musim panas di sini....musim panas bersamaan dengan musim demam,selsema,sakit kepala dan sakit tekak....batuk agak kurang.
sila pastikan pengambilan air yang mencukupi setiap hari dan rajin-rajinlah mandi.
pagi-pagi nak mandi air sejuk... terasa sejuk sampai ke tulang hitam.tapi itulah yang bagus untuk kesihatan.


ingat dulu masa sekolah rendah...mandi air telaga.telaga tu pula letaknya kat luar.keluar ja rumah kena tiup angin dah sejuk menggeletar...apatah lagi nak disiram air.

tapi mak selalu pujuk..."luaq ni ja sejuk...ayaq telaga tak sejuk...suam ja.mai mak juruih"
berderu air disiram....memanglah rasa air tu suam sikit sebab kulit kita sejuk...relatif kan...
pandai mak...
kami dulu tak ada nak mandi2 air suam...mak tak manjakan...NO masak2 air...guna saja air telaga yang asli tu (dalam telaga ada ikan kaloi).telaga kami tak ada koq (yang simen tu)...berdindingkan tanah & akar2 pokok keriang....airnya tak pernah kering walau pada musim kemarau.berangin ka...hujan ka....mandi sajalah air telaga tu.
alhamdulillah jarang sangat-sangat kena demam,selsema dan batuk.sepanjang sekolah rendah tak pernah miss sekolah sebab sakit.teringin sangat nak ponteng maka adalah sekali tu ponteng kelas tambahan...bukan tak sihat...saja suka-suka....
tak ada kenangan tentang demam tersadai dalam kalangan ahli keluarga.mungkin sebab amalan mandi air sejuk tu...mandi kerap dan mungkin juga masa tu persekitaran belum tercemar.udara bersih tak macam sekarang.

pemakanan seimbang?yang tu pastinya taklah...bukan faktor sebab masa tu hidup susah.makan nasi lauk ikan saja.sekali sekala dapat ayam kampung (kena pulun tangkap dulu) atau burung (tangkapan bapa saudara).ikan pun kebanyakannya ikan darat (haruan,keli,sepat,puyu dll) sama ada yang fresh atau yang kering.kerap juga ikan tamban kering (mak kata ikan tamban tergeliat sebab badan ikan tu dah bengkang bengkok).
ikan laut segar adalah sekali sekala.daging masa raya atau kenduri saja.sayur & ulam memang ada sebab bapa tanam sendiri.kadang-kadang ja beli sayur.
buah-buahan?....tunggu musim buah setahun sekali.
alhamdulillah...masa tu Allah tak bagi nikmat kewangan tapi di bagiNya nikmat kesihatan.


bila umur meningkat...alhamdulillah juga masih diberi kesihatan yang baik.

cuma...dengan stress hidup seharian,dengan pemakanan yang tak seimbang juga (susah kan nak makan ikut piramid makanan tu?),dengan pencemaran alam....kita makin terdedah dengan pelbagai kemungkinan penyakit.
dulu saya tak kisah sangat pun dgn supplement...cuma masa HO terikut dgn tabiat seorang MO ni yg suka ambil vitamin dari trolley nurse tiap2 pagi...dulu ubat tak strict macam sekarang.sentiasa ada ubat lebih kat trolley nurse tu...ambil ja kalau perlu.makanlah sekejap (satu posting 4 bulan saja).


kemudian makan bila terasa & teringat nak makan ja.

cuma kebelakangan ni,bila tengok anak esp si bambam tu...masih jauh perjalanannya...masih banyak yg perlu dibuat utk dia maka mula terfikir balik ttg kesihatan diri sendiri.saya tak ambil shaklee dulu.cuma ambil yang dari stok klinik saja.bila diamalkan memang rasa berbeza.lebih bertenaga.masa tu bila tengok @ baca orang makan macam2 supplement shaklee rasa macam pelik...apa la yang makan banyak2 jenis sangat ni?macam tak makan benda lain dah.kenyang dengan supplement ja...bila ramai kawan2 yang bagi feedback positif kita pun nak juga try.maka bermulalah episod supplement shaklee ni.hanya pada bulan 11/2013 saya mula makan.tak banyak jenis pun.saya tak rajin nak telan macam2 jenis.saya ambil selang2...(tak ikut dos...hahaha).nama pun supplement.bukannya ubat kan.ubat lagilah malas nak makan.yang saya ambil adalah omega,alfalfa,lecithin & cinch tea.bulan Januari tambah ESP.sekali sekala ambil vitalea (multivitamin).

bezanya...
*sakit betis dah hilang...tak ada muscle discomfort masa nak tidur malam macam dulu2 walaupun hampir sepanjang hari bergerak.
*mengantuk masa tak ada patient pun dah hilang (dulu boleh terlelap dalam bilik ni masa sunyi2 tak ada orang).
*kulit yang gatal sikit-sikit pun hilang.
*kegatalan kulit kepala dah tak jadi masalah...maka rambut pun tak gugur sangat dah...gugur sikit2 tu normal la kan...
*berat badan?...yang ni tak jadi apa pun la...sebab saya tak ikut cara makan utk slimming pun.cuma tak adalah craving for food...cinch & ESP memang bagi tenaga & kurangkan rasa lapar.

berbaloilah untuk diamalkan...kos pun tak mahal (nampak macam mahal tapi kalau kira kos sehari taklah sampai rabak poket).


No comments: