28 August 2013

GERABAK BELAKANG.......RAYA 2013


Salam...
Dah syawal ke berapa dah ni???
Entry marathon ni....all in one.

Syawal pertama
Syawal kali ni tak banyak gambar.rutin raya kami juga sama seperti beberapa tahun yang lepas.sejak kahwin kami mmg tak ada acara giliran balik kampung kerana parents masing2 duduk dekat ja.malam & pagi raya memang kat rumah sendiri.
Rutin kami….selepas sarapan dan solat raya (yang lelaki shj sebab budak kecik ni belum boleh dibawa ke masjid/surau) adalah acara salam2,posing2 & penyerahan duit raya untuk budak2 bertiga.keluar rumah terus ke rumah MIL….area yg sama juga pun.
my MIL jahit baju..masa kami sampai dia masih lagi dok jahit baju raya orang..hehehe…tuan baju nak ambil petang tu.maka macam selalu juga kat sini bagi mak ketupat…salam2 dan meneruskan misi.kemudian diikuti dengan  acara menziarahi kubur…kubur arwah ibu budak berdua ni (along & adik) dan kubur abah SU (my bapa mertua).
ziarah arwah ibu
arwah nenek sebelah ibu

arwah tok wan sebelah abah

dah panas & berpeluh2 adalah wajib untuk singgah di rumah x kakak ipar SU (mak sedara @ makteh anakanda berdua).tiap2 tahun rumah ni jadi tempat kami & adik beradik mereka yg lain berkumpul untuk mengisi perut.nasi memang wajib ada….dan nasi itu jugalah yg kami tuju.dah kenyang baru bergerak ke rumah sedara2 yg lain.
pilihan nabila....buaian belakang rumah makteh

Tahun ni singgah ke Singkir dulu…ramailah plk kat rumah maklang bebudak2 ni.kat sini adalah tempat pertemuan SU dgn sepupu2nya yg balik dari KL..rumah di sini rapat2.maka berkelanalah kami dari satu rumah ke satu rumah yg lain.pukul 4 ptg baru balik rumah.tunaikan kewajipan yg dah terlewat & kemudian lepak2 @ terlelap….
Untuk pertama kalinya tahun ni malam hari raya pertama lepak kat rumah.tak daya nak bergerak dah.


Syawal ke 2..
Balik ke kampung di Jitra.kononnya nak gerak awal sebab nak terus ke changlun rumah step MIL .pagi2 tu SU plk dapat wasap dr kawan dia gambar tengah sarapan nasi lemak…maka haruslah melencong ke gerai nasi lemak tu dulu.lencongan jauh plk tu…nun ke tanjung dawai.tapi berbaloilah sebab nasi lemak tu sedap.dari situ baru bergerak ke Jitra.singgah kubur my parents sekitar jam 12.30 tgh hari.siap di situ baru ke rumah my sister.
arwah ibubapaku

Singgah sekejap kat rumah mak sedara jenguk2 sepupu sepapat & anak2 depa…tak ada gambar kat sini sebab masing2 belum dressed up…yg lelakinya tak berbaju pun ada.…katanya petang baru nak melawa utk keluar beraya.tapi masa kami nak balik tetamu lain pula sampai…hehe…tak keluarlah nampaknya.

Dari kampong bergerak ke Alor Setar utk ke rumah ahli baru NARC.ahli baru yg sekepala…suka makan & meronda..rumah flet.nasib baik kat ground floor…kena tingkat empat mau mengah jadinya.dapat mee kari sedap kat sini.
teman baru NARC......Sham/Mira 

Sepatutnya dari sini kami bergerak ke Changlun namun hasrat dibatalkan sebab sahabat dari Lumut otw nak ke rumah.dah nak sampai pun.maka pecutlah balik rumah semula…lepak2 kat rumah dengan family cik mat…anak jantan kecik dia (putera amir firdaus) adalah mangsa buli nabila.seronok sungguh dia sakat si kecik ni sebab firdaus suka nangis.apa yg firdaus pegang dia nak ambik…melalaklah budak tu…penderaan mental sungguh..kesian firdaus.sat kawan elok…sat2g usik lagi.tiap2 kali mai macam tu jugaklah kisahnya.
rumah abang long (berdiri baju hijau)
firdaus yg suka posing...nampak ja orang pegang kamera

Malamnya cik mat dah nak balik.katanya nak singgah makan nasi kandar beratur….maka kami pun ikut sekalilah…roger sana sini..berkumpullah 4 family kat nasi kandar beratur bawah pokok ketapang kat bagan.sebelum tu singgah beraya kat SP rumah abg long geng NARC.
at nasi kandar beratur

4 sahabat (dari kiri...abg long,tokey,SU,cikmat)


Ramainya manusia kat nasi kandar tu…yang makan..yg tapau….anak2 bujang jadi mangsa utk berbaris…sejam jugakla depa berdiri untuk sampai kat tempat nasi tu.bila depa dah sampai  baru ibu2 & bapa2 masuk line….kena masuklah sebab kita yg tukang bayar.kat sini nasi dibayar sebelum makan.air bayar kemudian.masa ambik nasi tu tengok line masih sama panjang dengan masa kami sampai tadi…masa tu dah dekat pk 1 pagi…perniagaan nasi beratur ni bermula jam 11 malam.
Nasi memang bestlah..tak ada yg fancy2 bg kami.nasi + ayam goreng + kuah campur…nabila yg dah lelap dalam kereta pun boleh bangun makan nasi…habis setengah pinggan.nasi dgn ayam ja.makan & sembang2….balik sampai rumah sekitar 3 pagi.letih & mengantuk tahap maksima.


Syawal ke 3..
Saudara sebelah arwah ibu budak2 ni datang beraya.mereka dari Kelantan.dah nak balik ke sana pun.maka dalam perjalanan tu singgah ke rumah kami.ingatkan nak sampai awal…kelam kabut juga masak.mereka sampai sekitar 11 pagi..pukul 12 dah gerak balik ke Kelantan.hanya abang & anak2nya saja yg datang.isterinya tak ikut sebab temankan seorang lagi anak yg dah start kerja.

pak sedara dari kelantan dgn anak2 gadisnya & anak2 sedaranya

Selesai zohor kami bergerak ke open house sahabat di Penanti & Kulim.yang kat Kulim tu lah nabila buat drama (entry sebelum ni)..menjelang magrib singgah pula rumah seorang lagi teman kat Kulim juga…lupa nak ambil gambar kat sini…rumah Bob/Ina.lepas Isya'
baru gerak balik.itupun sebab tuan rumah nak keluar ke rumah bapanya yang nak kenduri keesokan hari.

@ Penanti (rumah tokey)

@ Kulim (rumah Deen)



Syawal ke 4.
Dengar2nya panggilan kenduri seramai 5 ribu orang,maka kami bergerak awal ke rumah kenduri tersebut.dengan anak2 kecil bagai,tak sanggup nak bersesak2 .itupun masa kami tiba sekitar jam 12 tgh hari dah ramai jemputan yang ada.ini adalah kenduri kahwin adik kepada sahabat NARC (bob).
kenduri rumah parents Bob

budak eksen..tetiba ada mama & abah baru

Lepas kenduri sambung berhari raya.
Ke Kulim & Penaga..
Seperti biasa bawa sampai ke malam.

@ Kulim (rumah asri)

2 pilot yang nak habis bateri .....SU & CIP

@ Penaga (rumah Cip)
Iris & Nabila kacau arnab nak tidur.

sembang yg tak pernah habis

mak bapak sembang..anak2 main mercun

Syawal ke 5..
Dah start kerja semula…dengan badan letih…memang tak berapa nak rajinlah.
Lunch break ke rumah terbuka sahabat NARC di SP…sedap nasi hujan panasnya.pi berdua ja sebab Aiman  beraya dgn kawan2nya & Nurul dah malas nak keluar rumah.maka nabila pun kena tinggal jugalah….dapatlah makan dengan santai (tak payah terjenguk2 cari budak kecik yang tak reti diam tu).
antara yg datang (rumah wahab)

tuan rumah bebaju t putih.
along @ husna (buat peace)...bakal bertunang 31/8 ni...moga berakhir ke jinjang pelamin
& kekal bahagia mcm mama & abahnya.



Raya ke 5 kakak saya menjalani kemoterapi sesi pertama ….sehari suntuk dia di hospital.





13 August 2013

DRAMA RAYA

salam...

DRAMA QUEEN kami di hari raya 2013..


 raya pertama....
kat rumah mak tehnya...
tak taulah apa yang didramakan dia kat tangga tu.

 raya ke 2.....kat rumah....tengok aksi dia marah firdaus 
sebab firdaus ambik mainan yang dia dah simpan.
bila firdaus nangis......dia jadi macam kat bawah ni...

 HANYA LAKONAN SEMATA-MATA

raya ke 3...
pulun nangis sebab luka kat tapak tangan..
terjatuh masa main2 kat tepi rumah sahabat NARC.

 lukanya besaq tu ja pun....
acting lebih.

tapi masuk raya ke 4 dia tukar watak...
 tetiba jadi anak dara tolong hidang makanan...
bawa cempedak goreng tu dari dapur ke ruang tamu (masa ni beraya kat Kulim).

jadi kakak tolong ngasuh Iman (anak tuan rumah)


tapi antara banyak2 lakonan dia,lakonan yang terbaik adalah di tanah perkuburan Singkir masa melawat pusara arwah ibu & nenek along & nurul...kawasan yang sunyi tu (ramai orang tapi semua diam ja...ada yang mengaji) tiba2 tercemar dengan jeritan dia masa kami dah nak balik...siap tarik2 tangan kakak tak mau balik sambil jerit2....."ummie!!!!!...ummie!!!!....."
kemudian tu jerit plk....."kakak!!!..kakak!!!...."...along,abah pun disebut juga....
aksinya sebiji macam drama yang anak2 menangis selepas jenazah dikebumikan...

saya tak sempat nak snap gambar aksi dia tu sebab dok gelakkan dia...malu kat orang pun ya jugak.semua berpaling tengok dia....kalut tarik tangan dia ajak balik...apala punya budak.


12 August 2013

RAYA....RAYA....RAYA.....

salam aidil fitri buat semua...

belum update cerita sahur tetiba dah raya ke 5....
cepatnya hari berlalu.
di penghujung Ramadhan baru2 ni mmg tak ada mood nak update story langsung...tambah2 lagi nak pilih gambar....malas tahap maksima.
ni pun tak berapa nak rajin lagi..
penat betul raya tahun ni....mungkin sebab bulan Ramadhan panas membahang (tapi tengok kat Jejak Rasul negara Arab lagi berganda2 panas...depa ok ja... buat kerja ladang lagi...dahla siang depa pun panjang.....alhamdulillah duduk kat Malaysia)..
tiap2 tahun azam tak nak shopping raya last minute tapi tiap2 tahun jugalah benda yg sama berulang.tiap2 hari keluar pekan cari barang & kain baju....dah raya baru stop..bukan beli banyak pun tapi masing2 nak membeli di tempat2 yg berlainan...dah la jem.faham2 sajalah.

tahun ni juga buat pertama kalinya selepas berkahwin saya buat ketupat palas sorang diri.....tahniah buat diri sendiri...dalam saspen antara sedap dgn tidak....alhamdulillah elok saja rasa ketupat tu.rupa takyah ceritalah....baru tahap 50% dari apa yg mak saya buat dulu.yg penting bila dah potong & hidang rupa ketupat tu sama ja dgn mak punya.....& yg lebih penting SU kata sedap...tapi buat tak banyak la....sekilo beras ja pun.

tahun ni juga kali pertama buat rendang ayam.selalunya buat gulai (cara orang Kedah).
cari resepi kat internet.dengan penuh confident terus rendangkan seekor ayam.hasilnya?....SU kata sedap...bila SU kata sedap mmg oklah...bebudak bertiga ni tak berapa kisah sangat.makan ja.
dan akhirnya ketupat palas sekilo beserta rendang ayam nan seekor tu hanya cukup untuk kami sekeluarga saja...dilangsaikan pada hari raya pertama...(gambar pun lupa nak snap)..tu pun ada yg tak puas makan.suruh buat lagi....hohoho...nanti sat noooo...penat tak habis lagi.

raya tahun ni lebih kurang sama ja aturcaranya dengan tahun2 yang lepas.jalan2 setiap hari sampai malam tadi.hari ni berhenti sebab dah start kerja.cuma lunch break tadi ke rumah kawan sekejap untuk acara makan2.

trend ziarah raya tahun ni...
tuan rumah hantar member2 ke surau @ masjid berhampiran sebelum ke rumahnya....masa kami semua solat tuan rumah pecut balik kemas rumah & siap2 makanan dulu.tahun2 lepas kami solat kat rumah kengkawan ja.tahun ni ubah trend utk keselesaan kawan2...al maklum...raya main terjah ja.dah berkumpul ramai2 baru decide nak ke rumah sapa.maunya tak kalut tuan rumah.
tapi rumah kami kengkawan NARC tak mai lagi....kami ja yg pi terjah rumah orang....jangan mai lagi nooo....satg tetamu yg terkejut.takdak hidangan yg berat.takat biskut raya adalah....nanti kami bagi date baru mai.tak syok orang mai setakat jamah biskut & kerepek...tunggu hujung2 Syawal sikit....

anyway....
selamat hari raya Aidil Fitri 
maaf zahir batin buat semua yang membaca.