SENANG CARI

24 March 2013

NAMA JA KEMBUNG

salam...

alhamdulillah hari ni dapat rezeki segar dari laut.
SU bawa maknya ke tanjung pagi tadi...masa nak balik singgah kat tempat pendaratan ikan dengan hasrat nak beli ikan segar.katanya lepas dah pilih2 orang tu bagi ja..kira sedekah.siap tambah2 lagi.
balik rumah sapa lagi nak siang kan???lenguh kaki jugak la nak settlekan ikan2 tu.ikan segar sisik pun masih melekat kuat.separuh sink,kalau timbang dekat 5 kg kot.
tapi tak dimasak lagi sebab dia bawa balik pun masa lunch dah siap terhidang.malam ni la jawabnya.nak biar banyak hari dalam peti tu nanti kurang plk manisnya.



ikan ni lah yg SU bawa balik tadi...ikan temenung @ ikan kembung.
kat rumah ni ikan temenung mmg laju ja.
sini kalau dah banyak (musim laut tak bergelora) ikan ni boleh turun sampai rm2.50/kg.
kelmarin beli kat kedai jenis besar sikit (bukan temenung borek) rm6/kg.tapi yg besar2 tak berapa sedap nak dibandingkan dgn yg kecil ni.
jenis ni buat kuah laksa pun sedap.

****ada satu kedai makan tepi jalan di Yan menghala ke Kuala Kedah yg famous dengan gulai ikan temenung....buka awal pagi.pukul 2 lebih dah tak dak...clear.

****terimakasih kepada yg memberi..moga Allah melimpahkan rezeki buat anda.


No comments: