SENANG CARI

11 July 2012

MADU KELULUT

salam...
ni kisah masa bersama program Sinar Harian di Kuala Muda bulan lepas.
antara tempat yg dilawati ialah LADANG KELULUT.
ladang ni sebenarnya tak jauh pun dari sekolah nabila (patutla kat sekolah nabila ada kelulut) tapi kami tak pernah tau pun...punyala tak ambik tau...

kelulut (TRIGONA BEE) adalah dari kumpulan lebah yg mengeluarkan madu tetapi ia jenis yg tidak mempunyai sengat berbisa.hidup secara berkumpulan & membuat sarang di dalam batang pokok.


nampak tak kotak2 kat belakang tu?
kotak tu ialah tempat kelulut membuat sarang dan mengeluarkan madu.
koloni kelulut berada di dalam batang kayu di bawah kotak itu.
corong yang dibentuk oleh kelulut ini menjadi laluan keluar masuk mereka kedalam batang kayu @ sarang mereka.
cantik kan sarang kelulut ni?
madu terdapat di dalam sarang yang berbentuk hampir bulat tu.ia boleh dipungut dengan cara mengambil keseluruhan sarang ataupun dengan cara seperti di bawah..

sedut dengan picagari.cara ini lebih digemari oleh pemilik ladang kerana tidak memusnahkan sarang.kelulut boleh terus mengisi semula madunya tanpa perlu membina semula sarang yang pastinya mengambil masa yang lebih panjang.
menurut pemilik ladang ini,selepas disedut ia terus dibotolkan..tiada sebarang penambahan bahan2 lain.

kami diberi peluang untuk merasa secara percuma.
rasanya sedap...kurang manis berbanding madu lebah biasa.

harganya agak mahal berbanding madu lebah.untuk botol di bawah harganya ialah RM120 dengan berat bersih 500gm.mungkin kerana pengeluarannya yang belum lagi meluas menyebabkan harganya sebegitu.
tapi boleh saja mencuba untuk merasai kesannya dalam diri masing2.

antara khasiatnya ialah bertindak sebagai antioksidan & boleh membunuh bakteria (broadspectrum antibacterial property).juga dikatakan baik untuk pesakit strok,kanser dan gout serta mampu menambahkan kesegaran badan.

boleh juga rujuk di SINI & SINI untuk maklumat tambahan.

untuk yg tinggal di kawasan utara boleh saja terus ke ladang ini untuk mendapatkan produk madu kelulut.ia terletak di belakang Balai Polis Merbok...jalan menghala ke kawasan bersejarah..Muzium Arkeologi Lembah Bujang atau lebih dikenali penduduk setempat sebagai muzium Bukit Batu Pahat.


note....alhamdulillah nabila makin sihat.dah minum dalam jumlah yg lebih banyak hari ni.walaupun batuk masih ada tapi demam dah hampir hilang sepenuhnya.


2 comments:

sayadankamerasaya said...

erk!!

geli aaa nengok sarang kelulut tu!!!

arieon said...

Tak pernah tahu pula kelulut tu boleh buat madu dan boleh dimakan manusia.