apa nak buat kalau dapat alahan (allergic reaction) kepada sesuatu ubat?
tadi dapat satu kes macam tu (actually dah selalu dapat pun)..
kita takkan tahu seseorang alah kepada sesuatu ubat sehingga orang itu sudah mengambil ubat tersebut.memang ada ujian untuk menentukan sensiviti seseorang kepada sesuatu bahan (allergen test) tapi ia bukan prosedure standard sebelum memberi ubat kepada pesakit.
ada banyak tanda seseorang itu mengalami alahan..
1. rasa gatal2 pada muka @ badan
2. bengkak2 terutamanya sekitar mata & bibir mulut
3. urticaria (gegata/sopak garam)
4. rashes (bintik2 merah pada kulit)
5. gelembung2 air pada kulit (serius)
6. muntah2
7. sakit perut
8. pening
yang paling lazim ditemui ialah gatal2 beserta bengkak & bintik2 merah.
paling teruk...boleh membawa kepada kematian (anaphylactic shock).
apa nak buat?
kalau selepas mengambil ubat,timbul tanda2 seperti di atas,janganlah marah2 kepada doktor yg bagi ubat tu & terus ke klinik lain.sebaiknya..datang semula kepada doktor tersebut.tunjukkan tanda2 yg dialami.doktor akan cuba kenal pasti ubat mana yg boleh menimbulkan alahan tersebut (biasanya doktor bagi beberapa ubat bila kita ke klinik...betul tak?).nama ubat akan direkodkan dan diberitahu kepada pesakit @ waris.nama ubat ini perlu disimpan oleh pesakit sampai bila2 & perlu ditunjukkan kepada mana2 doktor bila mendapatkan rawatan kesihatan.memang dah tak boleh makan sampai ke akhir hayat.
untuk rawatan,doktor akan beri ubat2 untuk melawan alahan tersebut.suntikan diberikan jika perlu.bg kes2 yang teruk, doktor akan rujuk ke hospital.
tetapi kalau alahan yg dialami adalah teruk (susah bernafas,kulit melecur dsb) terus sahaja ke hospital & bawa bersama ubat-ubatan yg telah dimakan.rawatan kecemasan akan diberikan dahulu & proses mengenalpasti ubat tersebut akan dilakukan oleh pihak hospital.
adakalanya seseorang itu alah kepada beberapa jenis ubat dari kumpulan yg berlainan.....sila senaraikan semua nama ubat tersebut pada sekeping kad & simpan di dalam dompet.elok juga untuk seseorang itu memaklumkan tentang alahan ini kepada ahli keluarga sebab kita tidak tahu bila perkara2 kecemasan akan berlaku.kadang2 pesakit sudah tidak sedarkan diri...waktu ini pengetahuan ahli keluarga amat penting.
gambar2 dari google...antara tanda-tanda alahan kepada ubat-ubatan
(alahan makanan juga boleh memberi tanda seperti ini)
***saya sangat susah hati bila ada pesakit yg alah kepada satu senarai panjang ubat-ubatan...***
4 comments:
gudinfo,kty x de alahan ubat,tp slalu kena gegata or sopak garam tu,sampai kena amik injection
Salam kenal,
Saya pun selalu gak kena gatal-gatal sampai bengkak tapi saya tidak alah pada sebarang ubat.
Pelik gakkan?
^_^
atty & annie...
mungkin alah kepada makanan tertentu.habuk pun boleh juga.bila jadi gatal2 ni cuba senaraikan benda2 yg dimakan dalam sehari tu.ataupun pergi ke mana..mandi kat mana (kolam dsb)..buat tiap2 kali bila jadi gatal2..insyaAllah akan jumpa benda yg kita alah.
ASSLMMLAIKUM. SEMALAM SY KENA GEGATA NI. PELIK DULU KAT KG BLH KATAKN SLALU TP XBNYK. LAST KENA 11 TAHUN YG LALU 1 BDN PENUH. YG PELIK SAYA XDA ALAHAN PUN... KNP YA.. DA KENA SUNTIK TD. ADOI..
Post a Comment