08 September 2011

RAYA 2011

salam..

dah raya ke 10 hari ni...
baru nak cerita raya...slow sungguh la..

kisahnya...
tak banyak benda menarik yg nak dikisahkan untuk raya 2011 ni.
langsung takdak mood sebab
1. both parents tak ada....
2. letih berniaga bulan puasa.maka bila tiba raya tu rasa nak tidoq ja.


tahun ni kakak2 saya beraya kat rumah saya.nama ja lah beraya sekali tapi aktiviti asing2.
first raya pepagi kat rumah ja temankan si bambam nabila.bangun awal tapi tak mau mandi.saya biarkan ja.sambil2 tu siapkan makanan sikit2.macam biasa,ketupat palas cicah gulai adalah wajib.nasi himpit kuah kacang pun ada sikit.kami mmg tak buat banyak sebab bukan nak duduk kat rumah pun.

my sis beraya kat kg kawan dia.kami mcm selalu..rumah mak SU,ke kubur then ke rumah mak tiri SU (tapi depa dah keluar beraya).pergi lunch kat rumah x-sis in law SU.tiap2 tahun raya pertama mesti cari nasi kat sini.lepas zohor balik rumah....zzzzzzzzzzz.....letih laaa...


lepas magrib ke rumah mak tiri SU semula...kemudian ke rumah mak2 sedara bebudak ni.pukul 11.30 mlm baru balik.


raya ke dua,tengah hari ke rumah sedara sebelah saya & SU kat SP.
petang sampai ke malam ke rumah member.


raya ke tiga hantar my sisters balik kampung....seminggu lebih depa kat rumah saya...best gak.tak beraya ke mana pun kat kampung sebab kena balik awal.SU dah ngajak sedara2 dia & kengkawan makan kat rumah malam tu.kebetulan juga birthday nabila.jadi ala2 kenduri la sikit.
order koay teow,saya goreng bihun,member goreng mee,kuih raya,kek emergency (suruh member beli masa dia otw ke rumah) dan air...tu ja.
hampeh toi SU ni.dia kata dia jemput sedara 2,3 family...kawan 2,3 family ...tetiba yg mai lebih 10 family.sib baik makanan cukup...(sekadar mencukupi...sorrylah kalau ada yg tak kenyang makan)..
majlis tamat around pukul 12 mlm tapi saya selesai kerja sekitar 2.30 pg...selamat....alhamdulillah.


raya ke 4,saya dah mula kerja...dah agak..mesti ramai.
habis kerja pk 10.15 pm...terus shoot ke Jitra.member buat makan2.terus tidoq rumah depa.tak daya nak balik dah memalam buta dgn perut kenyang gitu.


raya ke 5 plannya nak ke Perlis tapi tak jadi sebab member tu dah kerja.petang baru ada kat rumah.tak sempat la.MIL pun kalut call suruh balik bawa dia g kenduri.so petang lepas zohor g makan kenduri...sib baik lauk sedap.

lepas asar g beraya kat Penaga plk.raya ke 5 tu kan hari Sabtu...silap budget.keluar petang2 mcm tu.jalan menghala SP jem bagai nak rak.magrib baru sampai Penaga.beraya memalam la kami.lepas isyak ke rumah bapa sedara bebudak ni kat SP...lepas tu balik tidoq la....ngantuk.Ahad saya kerja.bebudak ni pun start sekolah.



.....panjangnya cerita raya saya...dah diringkaskan tu...
beraya tak habis lg ni..
Sabtu ni nak ke Beris...kemudian rumah seorang peserta singgah sahur Kuala Ketil hari tu.malamnya open house kat Bertam.
Sabtu 17hb SU ada kerja...saya balik kg sat.
Sabtu 24hb insyaAllah konvoi ke rumah adik yg cacat dlm video clip kat entry bawah tu....ada sumbangan yg nak disampaikan..(sesiapa yg nak turut menyumbang anda dialu2kan...let me know).SU dgn Sinar Harian sedang menyusun program.


raya tahun ni tak sempat nak ke Ipoh & Lumut nampak gayanya.
pi lepas Syawal pun ok kot.

P/S:...sorry takdak gambar.update guna laptop SU.cari fail gambar raya tak jumpa pun.

6 comments:

Wahidah said...

salam aidilfitri..wah details nya cite pesal raya..

tahun ne mcm mn collection duit raya nabila??

akk meniaga pe bulan puasa hari tu..wah rajinnya meniaga kak

h4ni3 said...

banyak jugak jenjalan tu
happening la compare dgn saya punya raya.. hehe

selamat hari raya k.ieda

ieda said...

wahidah..
taip punya taip dah jadi macam diari..hehe
duit raya nabila sikit ja...alhamdulillah.
akak tolong husband ja sb klinik pun tutup awal.

h4ni3..
happening & pening..haha

Syahida said...

salam,

singgah2 hari raya. Salam Aidilfitri ieda! :)

Salina@IbuAqil said...

Ketupat daun palas kak?! Dap tu!!! Thn ni x jmpa ketupat tu ;(

ieda said...

syahida..
selamat hari raya..

ina...
ketupat daun palas menu wajib kat utara ni..nak makan mai la sisni.tapi kena tunggu raya haji la plk..hihi