SENANG CARI

27 September 2011

BISA

salam..
tiap2 hari kalau baca paper mesti ada cerita gaduh..bunuh...kes culik...dan seumpamanya....rasa dah tak selamat dah dunia ni.ramai orang stress kot.asyik2 nak hangin ja.tapi khabarnya kes psychiatry memang semakin bertambah.apa nak jadi dgn generasi akan datang ni???

tapi dalam paper metro hari ni berita paling sedih ialah kematian adik yang umur 5 tahun tu akibat disengat tebuan....tak boleh bayangkan kesakitan yang dialaminya.
kena temingat pun dah sakit..tambah lg tebuan.budak kecik plk tu.
kat sini selalu gak dapat kes kena gigit tebuan.biasanya org naik motor.musim buah lagilah banyak tebuan berterbangan.honestly saya fobia sikit dgn binatang ni.tak pernah kena tapi mmg suspen kalau dia ada dekat2.

beberapa hari lepas budak darjah dua kena sengat..satu kat punggung..satu lagi kat tangan.saya rasa dia terdududk atas tebuan tu pas tu dia pegang bila tebuan gigit punggung...memang meraung la.

beberapa minggu sebelum tu lagi sadis.budak lelaki sekitar 5 tahun.naik motor duduk kat depan menyanyi2...tetiba tebuan masuk mulut..terus gigit kat pipi bahagian dalam...kesian dia.habis bengkak bibir & pipi.risau gak tengok takut2 bengkak tu melarat sampai saluran pernafasan.bagi injection & ubat,alhamdulillah dia tak apa2.

ada sesetengah orang yang allergic dengan sengatan tebuan & lebah.biasanya sengatan kali pertama tak nampak kesan lagi.bila kena kali ke dua orang yang allergic akan dapat bengkak2 satu badan & gatal2 (urticaria).kalau merebak ke saluran pernafasan boleh menyebabkan orang tu sukar bernafas.peringkat lebih teruk ialah anaphylactic shock di mana jantung orang itu akan gagal berfungsi & boleh membawa kematian.
kalau dah tahu allergic kepada sengatan tebuan @ lebah orang itu tidak dibenarkan membantu orang yang sedang disengat sebab kalau dia yang kena keadaannya akan lebih teruk.saya pernah dapat kes2 yang allergic ni tapi taklah sampai peringkat teruk (minta dijauhkan oleh Allah)...biasanya saya nasihatkan untuk akan datang andai terkena sengatan mesti terus dapatkan rawatan kat klinik & maklumkan kepada doktor yang dia alah kepada sengatan itu.walaupun masa tu belum ada tindakbalas lagi...."biar cepat asal selamat"






****hari ni ada satu kes kena gigit temingat & satu kes kena gigit dgn kala jengking.


****lepas saya up kisah paederus hari tu,berderet kes paederus dermatitis sampai kat saya....mainly bebudak MRSM depan ni.


****kalau kes dipatuk ular saya terus refer hospital tak kiralah org tu cakap ular apa.saya risau lebih.dalam ramai2 yang saya suruh ke hospital tu ada seorang yang alami komplikasi pendarahan tapi dia survive....alhamdulillah.

 

4 comments:

SURIA AMANDA said...

ada kena megena dengan pemakanan jugak kot...susah nak kata la kak..sbb jenayah Malaysia dah mcm teruk sgt..

Daddy Ziyyad said...

kalau kes snake bite, memang saya refer hospital jugak kak..

Kes kena sengat paling teruk saya handle ialah sorang pemancing kena sengat ikan..ikan apa ntah...memang teruk gila swollen hand, erythema semua...tapi degil takmau gi hospital.

mrs chietham said...

salam dr.. saya silent reader je blog dr selama nih hehe.. alang2 dr dah upkan kisah tebuan, saya nk tnya cikt.. ptg 1 syawal baru2 nih anak saya, setahun setengah kena sengat ngan tebuan tanah kat kpg.. dia punya menangis tu toksah citer la.. kpg sy plak mmg pedalaman (srwk), ambik masa lbh krg 1 jam naik bot klu nak ke klinik or hospital kat pekan yg terdekat.. mak n sedara2 suruh sy picitkan kat bhgian yg kene sengat tu, buang bisa katanya.. n asben sy calitkan tanah ckit kat tpt sengatan tu.. ni semua ikut petua org2 tua la.. alhamdulillah anak sy ok n xde plk bengkak2 or demam.. klu dr segi perubatan, ada ape2 effect tak (dlm jangka masa panjang mungkin) sbb sy x bwk anak ke klinik or hospital.. risau jgk la kan... mintak pendapat dr klu tak keberatan :-)TQVM

ieda said...

suria amanda..
may be kot..tapi yg mmg pasti penyumbang masalah mental ni ialah dadah & yg seangkatan dgnnya.

DZ...
bg injection steroid ja...tp utk kes2 gini,to keep ourself on the safe side akak selalu note kat record patient yg akak dah explain bagai & pt refuse to hospital.at least kalau apa2 jadi takleh nak salahkan doktor.
btw...was that ikan sembilang?

mrs chietam...
terimakasih sb selalu singgah sini.
anak tu kalau dalam masa 24 jam tak jadi apa2 insyaAllah dia tak ada masalah dah.cuma next time kalau terkena lg & ada bengkak2 mcm kena gigit nyamuk tu lepas disengat mmg dia alah..yg mcm ni mmg kena ke klinik juga.