salam.
pagi ini saya menjengah ke blog DR HASANAH yg menceritakan ttg kisah seorang wanita pengidap barah payudara yg mendapatkan rawatan secara berbekam & lintah.malangnya rawatan itu menambahkan penderitaan wanita tersebut.
nak tau kisahnya sila ke blog DR.
bila baca kisah itu saya teringat beberapa kes yang pernah saya temui sepanjang bekerja.
kes2 berkaitan rawatan & kepercayaan 'orang kita'.
barah payudara yg dah merebak
1.
seorang wanita yang mengidap breast abscess (bisul pada payudara).abscess tersebut telah pecah tetapi masih ada nanah yang terperangkap.beliau datang utk rawatan di klinik tempat saya bekerja.semasa mencuci saya dapati yg saya perlu toreh sedikit untuk keluarkan nanah tersebut.malangnya belum sempat buat apa2 lagi suaminya siap2 pesan.."doktor,jangan toreh naa...bomoh pesan tak boleh bagi kena benda2 tajam atau daripada besi (merujuk kpd blade)....doktor cuci biasa2 dah la.."
2.
seorang remaja belasan tahun masuk ke bilik saya untuk rawatan.bila tanya masalahnya,dia terus jawab..
gadis...."doktor,saya ada barah buah dada.ada ubat dak?" (muka susah hati & sedih)
saya....."mana kamu tau kamu ada barah?"
gadis..."saya pi check kat doktor lain"
saya...."abis tu dia tak rujuk kamu kat hospital?" (dlm hati dah pelik)
gadis..."dak pun..dia bagi ubat ja"
saya lg rasa pelik.terus check dia & seperti yg dijangkakan...dia sihat2 saja.
dah tanya2 lagi barulah dia bgtau yang dia jumpa tu bukan doktor tapi orang yg nak jual ubat sendiri.datang buat check up kat kampung...tengok tapak kaki,tapak tangan...terus cakap dia kena kanser..mau tak suspen budak tu.
3.
pesakit darah tinggi dalam rawatan berkala dari klinik kerajaan...stabil.saja datang untuk check kat klinik saya sebab risau ada orang bgtau dia ada masalah macam2.
kisahnya macam yg no 2 tu...ada org datang check kat kampung.pasang alat apa ntah kat jari....kemudian alat tu keluarkan bunyi.dia ubah2 tempat.bila ada bunyi maknanya organ orang tu bermasalah.habis semua tempat dia letak tu ada bunyi.at last org ni tanya.."takkanlah satu badan saya ni semuanya rosak?"...terus ja tempat yg selepas tu takdak bunyi apa2.
saya tanya dia beli tak ubat yg orang tu jual...katanya dia tak beli pun.
ada banyak lagi kisah 'orang kita' yg saya jumpa.
kesimpulannya...
1.untuk kes2 kanser.....dapatkanlah rawatan kat hospital...definite treatment ialah membuang sel kanser tu.lagi cepat lagi bagus sebab boleh elakkan sel2 tu dari merebak.
bukan semua ketumbuhan bersifat kanser...kalau yang sembuh @ mengecut dengan rawatan2 biasa maknanya ia bukan kanser.tapi nak tahu jenisnya mestilah jumpa doktor yg bertauliah dulu...jangan main agak saja.
2.ada ramai orang yg suka mengambil kesempatan untuk mendapatkan duit...hati-hatilah.
3.ada penyakit yg kita boleh diagnose dengan melihat fizikal seseorang tetapi tetap perlukan pengesahan dengan ujian2 klinikal (darah,x-ray,scan dan sebagainya).
4.jangan biasakan membeli ubat dari orang yg jual dari rumah ke rumah sebab andai berlaku apa2 kita pasti tidak dapat mengesan penjual itu semula.
setiap apa yang kita tahu ada limitasinya....berdoa untuk yang terbaik daripadaNYA.
garisan pada tapak tangan nabila adalah sama dengan garisan pada tapak tangan saya..
adakah saya juga Down's Sydrome?????hahaha
note: Dr Hasanah adalah breast cancer survivor.dia pernah mengajar group saya untuk subject psychiatry masa di universiti dulu......thanx for the ilmu doctor.
6 comments:
kadangkala, saya dah malas nak melayan dan menerangkan fakta medical kepada patient yg lebih suka nak percaya bomoh/dukun/singseh....dan betul, atas sikap bodoh sombong golongan macam inilah, ramai 'peniaga' yg boleh ambil kesempatan jual pelbagai jenis produk menipu
menakutkan..sampai macam tu sekali nak menjual barang..
kadang2 benda ngarut pun ramai yg percaya..air kosong siap boleh ubat darah tinggi, kencing manis dsbg..siap kata kalau kidney failure pun boleh sembuh..punya lah karut..tapi ada jugak org yg tertipu..
Betol kak. pelik tol ngan org2 yg percaya ngan bomoh ni. kadang tu kt kg2 yg kononnya tinggi dgn pengetahuan agama pon boleh 100% percaya dgn bomoh. anak migran smp pengsan2 pon sanggup usung g umah bomoh amik air penawar. eeee..PELIK!
saya lebih percayakan perubatan moden ...
ada facts n figures...
akak..
takutnya tengok pic tu..
lagi takut ngan berbagai penipuan yg ade skang ni kan..
seramnya kak tgk gambar tu..harap2nya dijauhkanla dari menghidapinya..Aminn..
sempat lagi ye tambah perasa dalam entry ni.. saya pun asyik duk belek garis kat tapak tangan asif bila doktor kata dia DS..sampai skang perangai tu masih tak hilang.. :)
Post a Comment