salam..
aktiviti kemarin @ semalam (sabtu).
along & nurul ke sekolah sebab ada larian 1 Malaysia...tak taulah depa lari ka berjalan.
maka tinggallah kami bertiga kat rumah.sementara budak kecik nak bangun sempatlah juga basuh kain 2 round.masuk round ke 3 tengok2 dia dah tersadai kat lantai dapur.bila masa dia keluar bilik pun tak perasan.
sambil membasuh saya goreng nasi lebihan malamnya utk sarapan kami berdua.abahnya dah selamat kat kedai roti canai (terbaik utk area SP).dapatlah sepinggan penuh.kononnya bolehla share dgn yot.bila dah start makan rupanya dia yg lebih...tak cukup plk tu.siap pi panjat kerusi buka periuk cari nasi lagi...sabar sajalah dgn budak kecik ni.
then saya kopek durian yg jiran bagi sebab nak simpan dlm peti sejuk.nampak ja durian kalutlah budak ni...hantu durian lk dia tahun ni.
makanya pagi2 lagi dah jamah durian tapi bg 5 ulas saja.
hantu durian
biji orang tak makan la baby oiii...
kesan gigitan upet
dah makan comot segala org ajak mandi tak mau plk.malas nak pujuk dah...pas kat abah ja.bila sampai kat abah jadilah macam ni.....bahagialah baby oiii...
puteri mandi bersiram
dah separuh jalan baru nak baca doa...
comey sangat la tu....cubit baru tau.
dapatlah umie mengemas sikit2.....gantung gambar bagai. abah siapkan video Krabi yg dah berbulan tersadai.tapi banyak jugak masa terbuang sb seronok dok tengok dia main dalam besen tu..macam2 aksi.biar ja dia main sampai puas...
sementara nak tunggu zohor layan sekejap video Krabi yg dah siap
(tapi belum touch up lg).bebudak berdua pun dah balik.
kemain lg si kecik ni berjoget.sib baik dia tak pandai lg nak tanya..
"eh!!awat umie dgn abah tak bawa baby?"
jom berdansa...
tak sempat nak layan betul2 sebab kawan SU mai rumah nak try line P1.
pukul 2.30pm bergerak ke rumah kawan yg buat majlis doa selamat sempena nak mengerjakan umrah beberapa hari lg...(kamera lupa...ish..).
sepert biasa...org pi makan kenduri tapi kami pi melepak.sampai caterer nak angkut meja baru reti nak balik...sebelum tu sempat lg pi rembat buluh madu kat belakang rumah depa....nak tanam kat laman rumah ni plk.
otw balik singgah kat kedai tengok2 kerusi batu utk halaman & lepas tu cuci mata kat kedai yg jual gazebo.bukan nak beli pun...cari idea ja.
sampai rumah pk 6 lebih.
malam budak kecik tidur awal..pukul 9 lebih.along dgn adik pun awal jugak...letih lari kot.abah keluar jumpa kawan2....umie layan blog sambil tgk tv...tak dak mood dah nak mengemas.
rumah masih dalam keadaan dilanda tsunami.
2 comments:
haha..sedap sgt doyan tu smp dia kokak bijik. chumel sungguh la budak domok ni tau. jumpa ngan auntie nnt, siap kau! geget2 tangan dia yg montok tu =)
sangat comel dgn mcm2 ragam eh nabila...
Post a Comment