04 April 2011

LAYAKKAH DIA BERGELAR GURU?

salam.

wajarkah mendidik anak berusia 7 tahun dengan cara memukul???
lihat Metro semalam.
anak berusia 7 tahun dibelasah oleh warden asrama sekolahnya kerana
tidak mengaku mencuri.

persoalannya:
1.adakah warden itu ada bukti kukuh atau sekadar menuduh?
2.sebagai seorang guru,itukah caranya dia dilatih untuk menjadi pendidik yg baik?
3.untuk anak berusia 7 tahun,tak terfikirkah oleh "guru" bahawa ketakutan akibat dimarahi akan membuatkan anak itu mendiamkan diri?

andai "guru" itu ada bukti yg terang2an menyatakan anak itu mencuri sekalipun,memukul hingga pengsan tubuh sekecil itu bukanlah caranya untuk mendidik.tambahan "kamu" berada di sekolah agama...di mana iman kamu dalam menghadapi kerenah anak?

saya juga memukul anak bila dia melakukan kesalahan tetapi saya pastikan punya bukti yg cukup & tidaklah memukul hingga mencederakan anak.cukup sekadar dia merasakan sakitnya & mengingati kesakitan itu untuk tidak mengulangi kesilapannya lagi.

anak berusia 7 tahun itu juga adalah anak yatim.
malam tadi dalam berita jam 12 malam....
anak itu telah kembali ke pangkuan Allah.
sebak melihat jenazahnya yg siap dikafankan.
sedih mengenangkan nasibnya...
melalui kesakitan akibat dipukul oleh "guru" yg diamanahkan untuk mendidiknya......
kesakitan hingga ke penghujung nyawa.

AL FATIHAH buat anakanda Saiful Syazani.
moga kamu bergembira di Syurga Allah.
moga kamu bahagia bersama ibu kamu di sana.

dan
moga kamu dapat melihat pembalasan yang setimpal untuk orang yang menyakiti kamu.


 
note:
alhamdulillah...sepanjang alam persekolahan, saya dikurniakan dengan guru2 yang selayaknya dipanggil pendidik.terima kasih buat semua guru yang pernah mengajar saya.

10 comments:

Dr K said...

Saya cuma harap satu aja.

Cikgu/warden tu kena charge Kanun Keseksaan 320. HUKUM GANTUNG.

ieda said...

DZ..
saya yakin apa pun hukuman yg dia dapat,sejak kematian anak itu hidup dia sebenarnya sudah tak aman tenteram.

Nonie said...

Allah sahaja yang maha mengetahui segala-galanya...moga guru itu mendapat balasan yg sewajarnya...

insan kerdil said...

pabila ilmu dan amal.....diletakkan lebih tinggi daripada iman....menyaksikan hanya 'keangkuhan'.....'keakuan' makhluk pada Pencipta...Penentu....Pemilik...yang Maha Mengetahui....Maha Adil...

al-fatihah....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...

AIN NAZRI said...

memang kejam manusia tuh.. apalah salah anak 7 tahun tu.. belom sempurna lagi akalnya.. main pukul ikut suka hati ajerk

Azma said...

terkedu saya kak..kesiannya dia..kejamnya cikgu tu..mcm mana agaknya dia 'mengerjakan' aruah sehingga tidak bernyawa si kecil tu akhirnya.. :(

SURIA AMANDA said...

apalah salah apalah dosamu wahai anak...

..m@m@ T0meLL.. said...

moge cikgu yg kejam 2 mendapat pembalasan yg setimpal di akhirat kelak..

A.I said...

mmg sedih dengar berita ni kak =(

mummysyafie said...

kesian kan, saya plak dapat tahu terlambat dari orang lain. pastu bila orang sibuk bercerita kat opis..saya pasang earphone. tak sanggup rasa nya nak dgr..meremang bulu roma. kalau saya jumpa ustaz tu, saya nak tanya dier...apa yang dier fikir waktu belasah budak tu.