Showing posts with label penderaan kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label penderaan kanak-kanak. Show all posts

04 April 2011

LAYAKKAH DIA BERGELAR GURU?

salam.

wajarkah mendidik anak berusia 7 tahun dengan cara memukul???
lihat Metro semalam.
anak berusia 7 tahun dibelasah oleh warden asrama sekolahnya kerana
tidak mengaku mencuri.

persoalannya:
1.adakah warden itu ada bukti kukuh atau sekadar menuduh?
2.sebagai seorang guru,itukah caranya dia dilatih untuk menjadi pendidik yg baik?
3.untuk anak berusia 7 tahun,tak terfikirkah oleh "guru" bahawa ketakutan akibat dimarahi akan membuatkan anak itu mendiamkan diri?

andai "guru" itu ada bukti yg terang2an menyatakan anak itu mencuri sekalipun,memukul hingga pengsan tubuh sekecil itu bukanlah caranya untuk mendidik.tambahan "kamu" berada di sekolah agama...di mana iman kamu dalam menghadapi kerenah anak?

saya juga memukul anak bila dia melakukan kesalahan tetapi saya pastikan punya bukti yg cukup & tidaklah memukul hingga mencederakan anak.cukup sekadar dia merasakan sakitnya & mengingati kesakitan itu untuk tidak mengulangi kesilapannya lagi.

anak berusia 7 tahun itu juga adalah anak yatim.
malam tadi dalam berita jam 12 malam....
anak itu telah kembali ke pangkuan Allah.
sebak melihat jenazahnya yg siap dikafankan.
sedih mengenangkan nasibnya...
melalui kesakitan akibat dipukul oleh "guru" yg diamanahkan untuk mendidiknya......
kesakitan hingga ke penghujung nyawa.

AL FATIHAH buat anakanda Saiful Syazani.
moga kamu bergembira di Syurga Allah.
moga kamu bahagia bersama ibu kamu di sana.

dan
moga kamu dapat melihat pembalasan yang setimpal untuk orang yang menyakiti kamu.


 
note:
alhamdulillah...sepanjang alam persekolahan, saya dikurniakan dengan guru2 yang selayaknya dipanggil pendidik.terima kasih buat semua guru yang pernah mengajar saya.