02 March 2011

AKU MMG GILA TRAFIK ! SO WHAT ??

salam sejahtera
first time join segmen BEN ASHAARI



CEITA TENTANG KEMATIAN YANG MENGINSAFKAN.....
banyak...sangat banyak.
maklumlah kerja kat hospital.

dalam banyak2 kes tu,yang paling membuka mata saya ialah kematian seorang jiran yg juga pernah mendapatkan rawatan masa saya bekerja di kinik swasta milik teman.
masa tu saya baru resign dari gomen.
dia adalah ibu tunggal...usia lewat 3 puluhan.ada anak...2 org kot (tak berapa ingat sb saya berjiran dgn dia pun sekejap saja).dia tinggal dgn ibubapanya.pernah dapatkan rawatan untuk penyakit asthma @ lelah yg ringan.

satu hari tu masa balik kerja (lalu rumah dia dulu baru tiba rumah sewa saya) nampak orang ramai2 kat rumah dia.bila ditanya2 barulah dapat tahu bahawa dia yang meninggal dunia.sebelum tu dia sihat walafiat.lepas basuh baju tiba2 dia sesak nafas.dia meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
bukannya tidak pernah menghadapi kes2 kematian,tetapi saya sendiri tak tahu entah sebab apa kematian arwah begitu meninggalkan kesan kpd saya.

masa tu hanya saya yg bekerja menyara keluarga.kakak saya hanya berniaga kecil2an.kami selesa dgn kehidupan tersebut.tapi sebaik kematian arwah,saya mula terfikir apa yg akan berlaku kepada keluarga saya sekiranya saya yang dijemput Allah.

bermula dari itu saya cuba mengatur kehidupan dgn lebih baik untuk persediaan andai sesuatu berlaku.saya mahu keluarga saya mampu berdikari.maka saya membeli bangunan kedai untuk kakak berniaga.saya kumpul wang belikan tanah di kampung halaman lama kami dan buatkan rumah untuk kakak saya sebagai persediaan (kini kakak saya tinggal di rumah tersebut).juga tidak lupa insurans untuk dia.sekurang2nya andai apa2 berlaku dia tidak kehilangan arah.

kini setelah berkeluarga sendiri,saya masih beringat dgn cara yg sama.memastikan kehidupan anak2 tidak melarat andai kita tiada.

apa pun,saya sentiasa berdoa moga diberikan kesihatan yang baik & dipanjangkan umur agar dapat terus melindungi orang2 yg saya sayangi.

**sediakan payung sebelum hujan
**beringat sebelum kena
**sesal dahulu pendapatan

3 comments:

mak encik | SZ said...

huuuuu syedih!

insyaAllah besar ganjaran pahala akak membantu adik beradik/keluarga...

SURIA AMANDA said...

sedih...lisa yang baca ni pun..terasa..andai lisa dijemput illahi ..sapa nak jaga babies lisa?huhuhu..isk..sedihnya...

ieda said...

sz..
kena bersedia..nak harapkan org lain mmg tak boleh.faham2lah manusia ni kan..

lisa..
insyaAllah panjang umur.tapi get ready jugaklah...protect anak2 dgn insurans siap2.