SENANG CARI

06 February 2011

JALAN-JALAN CARI MAKAN Pt 1

salam.
kembali ke ofis hari ni selepas penat membantu menyesakkan jalanraya di musim cuti perayaan.tahun2 lepas saya tak pernah cuti pada raya Cina tapi tahun ni kebetulan bersambung dgn cuti hujung minggu saya maka saya & SU decide utk cuti & bawa budak2 berjalan2.
SU cadang nak bergerak sekitar pk 3.30 pg so that boleh sampai Melaka awal.tapi tak menjadi pun...bangun dah 5.30 pg.cemana nak jaga awal.tidur pun pukul 1 lebih dah.esok nak berjalan,malam ni baru nak packing...jadi macam tu lah.sebenarnya kami dok tengok perkembangan banjir jugak.tak mau dah tersangkut banjir.pengalaman kat Jitra & Alor Setar hari tu dah cukup.
(kisah banjir november part 1,part 2 & part 3)

pukul 6 pg kami bergerak dari rumah.untuk pertama kalinya nabila diangkut tanpa mandi terlebih dulu.dia tgh nyenyak tidur.kesian plk nk kejut.tapi masuk ja dlm kereta trus terjaga.

first time keluar rumah gaya gini.
gambar cut separuh sb kat bawah tu cekci...
masa ni tgh tunggu abah solat subuh.
sepanjang jalan tu kami berhenti di beberapa R&R utk solat,sarapan & mandikan nabila.budak2 ni pun sat tidoq sat jaga.
jalan raya?
highway dari Utara ke Selatan lancar.tapi laluan bertentangan memang sesak.kenderaan slow semacam ja.
lengang ja menghala ke selatan
tapi elok sampai ja area KL yg hala ke Selatan plk slow.kat tol Ayer Keroh mmg jem.tapi mujurlah jem pun masih dalam kategori ada pergerakan kenderaan.

exit Ayer Keroh
disebabkan sesak2 nilah kami sampai tempat penginapan sekitar pk 2 pm.

kami stay kat KAK LONG CHALET.utk tidur satu malam ja cari tempat murah2 cukuplah.lgpun nak pi jalan2.bukan nak pi tidoq ja kan.jimat budget pun ya jugak.

tempat ni cantik sebenarnya tapi tak terurus.tak taulah sebab apa.nampak sgt 'keserabutan' dia.tapi layanan oklah.

petang tu terus keluar mencari tempat yg menjadi tujuan utama kami ke Melaka.
ke mana tu???

3 comments:

sz | m.s.s said...

wahhh sonok jalan2 melaka ye kak..ehehe..
baru plan ngan hasben nak g jalan2 melaka la bawak anak2 ...
padahal hasben mmg orang melaka tak penah sempat ronda2 .. ;p

ieda said...

sz..
pergi masa bukan cuti umum lagi best rasanya..tak sesak.

kakyong said...

bestnya cuti2 penuh dgn xtvt jalan2..