22 February 2011

KEHILANGAN YANG DIRASAI

as salam..
hari ni 22 hb februari....ulangtahun negara kehilangan penghibur paling disenangi masyarakat...Allahyarham Sudirman Hj Arsyad.pergi dalam usia muda ketika namanya disanjung membuatkan dirinya sentiasa muda diingatan kita yg berada di zaman kegemilangan arwah.

masa tu siapa yg tidak kenal Sudir?semua peringkat umur...semua golongan masyarakat mengenali dirinya.dengan penampilan sederhana...sentiasa berjenaka & kadangkala serius memberikan pandangan.persembahan pentasnya tak pernah mengecewakan.
masih ingat lagi kepadatan manusia memenuhi tapak konsert percuma arwah di Jalan Chow Kit.walau sekadar melihat di TV,kemeriahan tetap terasa.

banyak lagu nyanyiannya yg sedap didengar walaupun majoriti bertemakan patriotik & kekeluargaan.amat kurang lagu arwah yg bertemakan cinta seperti lagu2 zaman sekarang.
saya suka menonton setiap persembahannya di TV...samada solo ataupun berpasangan dgn artis lain.
antara pasangan duet yang paling serasi di pentas ialah Noor Kumalasari...sangat seronok tengok keletah mereka berdua.

arwah juga sering muncul dengan Anita Sarawak.

tapi kalau menyanyi dgn Datuk Sharifah Aini saya melihat hubungan mereka seperti adik & kakak.begitu juga bila arwah muncul bersama arwah Yusni Jaafar.tapi video klip 'basikal tua' bersama arwah Yusni memang mencuit hati.
sayu bila teringat kisah hidup arwah dipenghujung usianya.

bila agaknya akan muncul lagi penghibur seperti beliau???

AL FATIHAH BUAT ARWAH SUDIRMAN HJ ARSYAD & YUSNI JAAFAR.


jadikan kata2 arwah dalam klip ini sebagai ingatan....

6 comments:

mekchu said...

pagi tadi layan pulak bila dgr lagu bercanda di pasiran pantai dgn anita sarawak.. sbb dah lama tak dgr lagu tu..

Anonymous said...

Kak tie pun sukakan arwah. Teringat masa study dulu, tiap malam tumpang dengar lagu-lagunya faculty sebelah. Sangat-sangat menusuk kalbu.

Kebetulan tarikh ini, hari kematiannya adalah hari pertunangan kak tie. Baru teringat, hehe..

Azma said...

Masa dia meninggal, saya di Form 2. Sek saya bersebelahan dgn kampung aruah di temerloh. Masih teringat betapa hari tu masing2 sibuk memperkatakan ttg pemergian aruah, sibuk menceritakan mereka pergi semasa pengebumian dsb (saya tkg dengar aje..). Memang aruah penghibur no 1 malaysia. Lagu2nya x jemu di dengar.. smg rohnya dicucuri rahmat..

h4ni3 said...

kebetulan saya pun ada 'terlalu' depan rumah beliau masa beliau meninggal tu. memang ramai orang, kereta polis pun banyak. bila dengar radio, baru la tau beliau meninggal.. alFatihah

wahida said...

al fatihah utk arwah...

suka lagu balik kampung....

insan kerdil said...

semoga nikmat kemerdekaan yang dirasai....dizahirkan menjadi perjuangan dalam mempertahankan kemerdekaan.....daripada sebarang anasir2 jahat yang cuma ingin menganggu gugat.....keamanan dan kedamaian atas nama hak....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam....