16 February 2011

ANGIN SEORANG DOKTOR

salam..
antara punca doktor hangin dalam wad.
(ini pendapat & pandangan peribadi saya drp pengalaman saya bekerja setakat ini)

1.    doktor muda @ baru graduate (org muda banyak angin)
2.    memang sifat semulajadi jenis orang mudah marah 
3.    tekanan dari boss
4.    terlalu banyak beban kerja
5.    teman sekerja yang tak bekerjasama
6.    provokasi dari keluarga pesakit
7.    pesakit yang cerewet
8.    nurse yang tak competent
9.    supporting unit yang bermasalah (lab,xray,jabatan rekod dsb)
10. doktor tak minat dgn kerja (kes parents suruh jadi doktor)

ada sapa2 nak tambah?...daddy ziyad? drsinga? dr sarah? 

saya garang tak?
hehehehehe......masa HO mmg garang la..sb apa ntah?
basically...saya mmg jenis yg garang..cepat ja naik angin.tapi dah lama2 kerja ni dah ok la..tak berangin sgt dah pun.tapi kadang2 'ter'garang jugak.

dalam banyak2 punca tu saya rasa team work sangat2  penting esp bila kerja kat hospital yg sibuk.sesama doktor dalam satu unit memang tak boleh nak berkira tenaga terutamanya doktor pelatih.banyak kerja nak buat.kadang2 kerja attendant pun doktor kena buat jugak sebab satu wad ada sorg ja attendant dlm satu2 masa.kalau nak trace lab result dgn cepat kenalah bergerak sendiri ke lab.dah sampai lab pandai2lah geledah sendiri.xray film @ report pun macam tu jugak.kalau nak tunggu attendant buat semua mmg kena sembur dgn specialist la jawabnya.bila sendiri dah kena tentulah hangin menjelma.sebab tu kawan2 kena bantu.seorang turun kutip semua result utk satu wad.tak kiralah patient sapa pun.

provokasi keluarga pesakit pun satu hal jugak.biasanya pesakit taklah buat masalah sgt.tapi keluarga yg jauh2 (sedara sepupu sepapat) yg suka buat kecoh.
permulaan ayat yg membangkitkan hangin doktor ialah...
"apa ni doktor?mana boleh buat macam ni!!!"
buatla mukadimah yg sedap didengar sikit....contohnya
"doktor,boleh tak cerita kat saya apa masalah pesakit ni?saya ni sedara dia"
pastu kalau tak setuju dgn rawatan doktor tu,cakapla..
"kalau tak buat macam yg doktor cadangkan tu,ada cara lain tak?"
nanti kamu akan dapat a very good explaination...percayalah.

pihak pesakit plk.....
yg selalu buat doktor (esp saya) naik darah ialah bila pesakit minta balik sedangkan dia mmg tak boleh nak didischargekan lagi..kita faham ada masalah di rumah pesakit terutamanya bila pesakit perempuan.biasanya masalah utama ialah anak2 yg ditinggalkan.
tapi percayalah...tak dak doktor yang suka2 nak simpan pesakit dalam wad.kalau satu wad ada 2,3 org patient lagilah doktor suka (nurse pun sama) .tapi kadang kita nampak pesakit tu macam sihat.walhal dia sebenarnya belum stabil.contohnya kes darah tinggi,kencing manis,sakit jantung dsb.kalau ibu2 mengandung pun sama..(yg ni lagilah...sepuluh kali risau nak bagi balik).saya tak tau ttg doktor lain.tapi kalau saya terpaksa bagi juga AOR (at own risk)discharge kat patient2 yg pregnant mmg saya tak senang duduk selagi tak jumpa dia semula masa temujanji (biasanya paling lama seminggu lepas tu).sentiasa berdoa supaya tak jadi benda2 tak elok sepanjang dia kat rumah...
physical stress...mental pun stress...mana tak senang hangin...

nurse yang tak competent..
doktor suruh buat lain dia pi buat benda lain...
saya pernah alami....berasap kepala dibuatnya.mmg marah tahap maksimum. masa tu jangan sapa tambah hal lglah..memang kena punya.
nurse pun sebahagian drp team kita juga.dapat yg tip top memang aman damai satu wad.

doktor yg terpaksa jadi doktor sebab parents suruh...
yg ni tak ramai sebenarnya sebab kebanyakan yg tak minat ni dah dropped out masa study.tapi kalau tak minat memang tak boleh buat kerja ni...sgt memerlukan kesabaran.

walau bagaimanapun tak dinafikan ada juga yang hangin tak bertempat.kalau jumpa kes2 macam tu report saja kat pengarah hospital.

panjangnya cerita kali ni...

13 comments:

SURIA AMANDA said...

Lisa notice kekadang staffnurse yang over dari doctor..camne tu kak?

hOtMaMa said...

pengalaman sy last yr semasa keguguran 5bln kerana masalah uri (plasenta previa) di gov hospt, doctor mengarahkan saya datang semula ke bilik dimana tempat sy menjalankan penguguran, sbb nak terpaksa scan semula, kerana dikatakan masih ada cebisan uri yg tertinggal..(apa kenama bilik tak ingat)dah duduk 1/2 jam diluar bilik tersebut, kemudian doctor tu datang, suruh sy pg ke katil semula.. tetiba, tak sampai 5mnt, dia suruh saya berjalan semula ke bilik tersebut lantas saya terpaksa pose2 chantek kt luar bilik tu hampir sejam menunggu! lepas tu dia dtg blk kata.. sorry i terlupa.. tak pe,u blk kt katil u semula la... aiyoooo.. hampir pitam saya kt situ rasanyer memikirkan knp la ada doctor mcm nie.. nasib baik nurse kt ward tu baik2 semua.. sampaikan ada sorang ckp, sabar je la kak..

angin apa kot doctor mcm ni??huhu

ieda said...

lisa..
memang kadang2 macam tu.esp kalau nurse senior keja dgn doktor pelatih.

hotmama..
doktor tu bukan angin tapi ANGAU....that's not suppose to happen.mungkin masa tu dia sorang2 kot.

Yasmin Nabilah.. said...

hehe..ni dah mcm luahan hati pun ada kak..

kak..sebab tu ina tak marah pd dr. yg sambut nabila.sebab ina tau dia dh buat yg terbaik utk selamatkan ina & nabila.terima dan redha dgn apa yg Allah tentukan utk kita....

Rizziela said...

Kak,
Sya kalau doc sombong..saya pun buat muka sombong & fassy sikit :D tapi kalau Doc tu baik..saya 1000x baik dengan dia..

Saya ada satu doc kesayangan..Dr Jamil namanya...dia memang penyabar kak...tak tinggi suara..lembut ajer orangnyer..kadang2 buat saya rasa..dia ni doc ker apa...mcm baik sangat...Husband saya pun suka

Consultant dia pun bagus..lengkap & tak ada soalan lain utk ditanya lagi..tak kira kalau saya g klinik dia or g hospital gomen yg dia keje tu....baik sama ajer..patutlah patient sanggup tunggu lama semata2 nak jumpa dia...

Dr K said...

Nice entry kak..:)

~saya dulu cepat angin bila lepas postcall, masa keja wad O&G. Bukan sebab penat, bukan sebab pesakit, tapi sebab consultant yang hampeh!!

~ kita ni manusia, ada limitation yang Allah tentukan. Saya amat amat benci dgn consultant yang anggap doc bawah dia ialah robot, tak boleh buat silap sikit, tak boleh terlupa sikit, tak boleh terlambat sikit(sedangkan bukan sengaja kita buat semua tu, sebab patinet load, sebab penat mcm nak mati lepas oncall bizi semalaman)

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

oh pengalaman dikebanyakkan hospital kerajaan agak menakutkan, tapi tahun lepas akak pergi ke Hospital Sultan Aminah Johor melawat kawan, baik jururawat atau doktor melayan dengan baik setiap pertanyaan akak. Dalam hati berkata, ada jugalah doktor dan jururawat hospital kerajaan yang berhemah

A.I said...

Hayoyo..itu macam ka? BAIK PUAN DOKTOR! lepas ni kalau doc suh admit,saya dgn rela hati masok!

saya yg akan mengikut arahan,
AI TING TONG DING DONG BELL

Mawar said...

kak ieda,

apa2 krja pun, niatkn kerana ALLAH, insyaallah akan dipermudahkan

Pnut said...

Saya dulu masa pregnant Najmi kat HUKM, hubby siap bergaduh dengan doktor, kecoh satu wad.. apa taknya saya ada pre-eclampsia kan.. hubby mtk balik, (saya menangis tiap hari nak balik) doktor tak nak bagi, suruh duduk rehat kat wad, tp tau je la hukm.. tempat doktor pelatih. boleh kata sejam sekali depa mai tanya memacam, dok ulang dari pagi sampai ptg soalan yg sama... mai pulak bergroup2, sesekali dgn prof/lecturer depa.. pastu kena londeh perut, tadah perut check baby.. apa lagi marah la hubby, kata suruh dok rehat, tapi yang tiap sejam kerumun pasai pa.. hiks.. terus doktor letak sign 'do not disturb this patient' ahahah syiokkk dpt tido aman tanpa gangguan, kecuali time nurse mai check bp.

p/s Riezzla-doktor jamil kat hospital putrajaya ke? kalau dr jamil tu, doktor favourite saya juga tu.. baik dan lembut sgt2 dia.. masa pregnant, sy mmg check up dgn dia, sanggup tunggu lama pon tak pa, janji nak dgn doktor jamil..

Azma said...

uishh..berangin jugak doktor ieda ni ye! nampak cool je..hehe.. anyway skang dah buka klinik sndri mesti kurang stress skit kan..

Unknown said...

saya suka n3 ni....memang betul tu..:)

ieda said...

ina...
taklah..hehe
doktor pun sedih bila sambut baby yg sepatutnya sihat tapi keluar2 ja lemas...frust sesangat.

rizziela..
dr jamil tu mesti handsome..pnut pun suka tu.

DZ..
consultant O&G masa akak HO dulu pun haru biru.sepanjang 3 bulan posting tu tiap2 hari pi kerja dup dap dup dap...esp bila post call.

kak yati..
kebanyakannya ok.sorg dua ja buat hal tapi yg tu yg selalu menonjol.

AI..
tau tak pa...ding dong ding dong...jaga diri elok2.

mawar..
sebab tu lah boleh bertahan.

pnut..
mesti kes pnut ni segala tandanya typical dgn dalam buku teks.sb tu jadi target student.tapi tak salah kalau nak minta privacy macam pnut buat tu.

azma..
la ni angin dia kot lain plk...heheh

nieza..
terima kasih kerana menyokong.