SENANG CARI

26 January 2011

KALAU SAYANG MESTI CEMBURU KE?

salam.
topik petang ini.
"cemburu itu tandanya sayang"...betoi ka???
adakah kamu jenis yg:
1. cemburu teramat sangat?
2. cemburu bertempat?
3. tak mainla cemburu2 ni?

kenapa tetiba cakap pasal ni?
saya ada seseorg yg saya kenal rapat yg sgt cemburu dgn suaminya.suami tak boleh sembang dgn perempuan lain.suami outstation pun nak ikut.dahla suami tu kerja yg jenis kena jumpa org ramai.sampai suami pun rimas.last2 nak kena pergi outstation tempat lain tapi bgtau isteri, dia ke tempat lain yg dekat2 dgn tempat tinggal ja.

satu kes lg pun lebih kurang macam tu.suami mesti sampai rumah on-time.bila nak lepak dgn kawan2 lepas kerja terpaksa bgtau isteri dia habis kerja lambat.

berbohong kepada pasangan adalah sesuatu yg sangat tidak elok dalam alam rumahtangga.tapi kalau tak bohong kena leter...lepas tu bergaduh....pun tak elok juga kan?

bukan nak menangkan lelaki tapi isteri2 ni janganlah melebih2 pulak.tak salah ambil tahu tp jgn sampai mengongkong.semua org ada kehendak untuk bebas seketika dgn kawan2.
sama juga utk suami.isteri pun perlu dibebaskan sekali sekala asalkan sentiasa menjaga adab sebagai seorang isteri.
pada saya,kalau setiap pasangan selalu berterus terang & saling percaya mempercayai isu cemburu buta ni takkan timbul...betul tak?

saya?SU memang jenis berkawan tak kira dgn sapa.suka kerja2 luar.berjalan sana sini.cemburu setakat ni taklah sampai ke tahap yg nampak dipandangan org lain...dia pun tak sedar kot.sama juga di pihak dia.saya bebas nak berinteraksi dgn sesiapa saja.nak ke mana2 pun boleh asalkan dia tahu.kalau boleh dia ikut sekali sebab dia kan suka jalan2.saya pun suka dia ikut sb dia boleh jadi driver...hihi.cara kami senang saja...berterus terang.apa yg dilalui dikongsi bersama tiap2 hari.saya kenal kawan2 dia & dia juga kenal kawan2 saya...kalau tak ingat nama pun kami tahu..ooo...kawan SYM...ooo..kawan sekolah menengah.

harapan saya biarlah cara kami ini berkekalan sampai ke akhir hayat...amin..
saya juga harapkan semua yg di luar sana dapat hidup dalam keluarga yg aman & harmoni.

jangan jadi macam depa ni...


9 comments:

Azma said...

uihh..kalau cemburu sampai cam dlm klip tu, parah gak.. :)

Saya setuju ngan ieda. Berpada2.. tak tahan gak kalau cemburu sgt kan..

ieda said...

azma..
terlebih cemburu hidup pun tak tenang..kan..

NB KARA said...

ieda akak jenis yang tidak tahu cemburu, suami ada chat friends beratus2, ha ha..tapi kadangkala terpaksa berlagak cemburu supaya dia tahu kita kisah dengan apa yang dia lakukan.

Cik Ina minat Do do Cheng said...

Ni cerita pasal suamikan. Akak cemburu gak, tapi tak pernah tunjuk.Biasa je. Kalau cemburu-cemburu ni, susah pulak , sebab kita berdua kerjakan. Nanti tak tenang pulak. Sampai sekarang akak amalkan , percaya mempercayai.tak nak fikir yg bukan-bukan.

SURIA AMANDA said...

cemburu?pada Lisa kena ada sbb merapatkan lagi hubungan tapi jgn terlebih2 la..

PynGees said...

salam kenal..kunjungan balas saya...

saya setuju sgt ttg pndpt tuan tanah...CEMBURU biar bertempat... cemburu utk tunjuk tanda sayang bukan cemburu smpi suami jd kaki temberang... GIVE THEM SOME SPACE!.. pokok pngklnya, saling percaya, hormat-m'hormati & saling b'kongsi..InsyaAllah..xkan cemburu x menentu...

wahida said...

betul tu, semua org ada kehendak masing2...boleh je nak keluar dgn kawan2 janji masing2 ingat diri sendiri yg kita ni dah kawen, jaga adab dan yg penting saling berterus terang...

kakyong said...

saya pun tak reti nak cemburu2 dgn suami ni.. cuma kdg2 tu kalo dah lewat sgt, dia tak sampai rumah lagi, saya call juga.. bukan apa, anak2 kadang2 tak mau tidur selagi ayahnya tak balik..

ieda said...

kak yati..
buat tak tau satg dia kata tak peduli plk kan...lagi susah..hehe

cik ina..
betul tu..just intai2 sekali sekala.

lisa..
tgh preggy ni cemburu lebih tak?haha

pyngees..
semua org nak privasi jugak sekali sekala kan..naluri manusia.

wahida..
sokong...bab berterus terang tu yg penting sekali.

kakyong..
saya pun kalau lewat kol jugak sb takut apa2 jadi kat dia.al maklum kdg2 dia drive mcm nak race.