29 August 2010

JALAN & MAKAN

salam..
sudah hari ke 19 ramadhan.pastinya ramai yg sibuk buat kuih raya kan...shopping complex pun tambah meriah dgn org2 yg nak beli persiapan raya ni.saya tak suka shopping time2 macam ni tp terpaksa jg keluar sekali sekala.
tahun ni majlis berbuka puasa pun tak sesibuk tahun lepas.27/8 ada satu majlis untuk x-mrsm kulim northern region tp tak dapat attend sebab husband ada majlis berbuka bersama ahli kelab SYM pada hari yg sama.ikutkan mmg dia bagi jer saya join tp sapa nak jaga si kenit tu?nak bawa sekali????ampun!!!...tak kuasa den.
31/8 ada majlis membuat bubur lambuk & berbuka puasa di Kepala Batas PP bersama warga emas & pada 2/9 plk majlis berbuka puasa & shopping raya (sumbangan TESCO) bersama anak2 yatim Wadi Sakinah.dua2 program ni adalah anjuran Sinar Harian dgn kerjasama NARC.kemudian pd 4/9 majlis berbuka bersama ahli NARC & keluarga.....yg ni tak formal.lepas tu?????...open house raya la plk kan...saya tak buatlah...insyaAllah tahun2 akan datang..pernah buat sekali dulu...letih giler...

hari ni kita tgk cerita pd jumaat 27/8..en hbby kan ada majlis berbuka maka saya sorg2 angkut budak2 ke Giant lepas magrib sb dah kehabisan pampers & susu nabila.bulan puasa ni laju plk susu budak ni.nampak kuih raya NORAINI'S kat Giant...beli almond london.saya suka biskut raya Noraini ni..mmg sedap.then beli apa yg patut...mostly food.hbby balik dr buka puasa terus jumpa kt sini.

kemudian bergerak ke tengah pekan..konon nak ke bazar raya depan Kamdar.

sekali bila ke situ...alahai...no parking.!!..so ke road walk depan BANK RAKYAT jelah.
first time ke sini.banyak jg gerai tapi kebanyakannya baju.

dapatlah beli kemeja utk along..POLO tp ciplaklah kan...
tak kuasa nak beli yg ori..bukan pandai jaga pun.nabila berdukung saja awalnya
sb abahnya kata takyah bg kasut..
nanti susah nak kontrol.tapi bila sampai satu gerai kasut ni
mak bapak dia plk yg excited nak beli utk budak kecik ni.

apalagi..masuk ja kasut...ngam2 size plk tu,pecut jelah..suka tak suka mmg kena beli.hilang lenguh mendukung tp dapat plk lenguh kaki dok hambat dia.

mujur jg kat satu tempat tu ada macam stage so dia dok naik turun kat situ ja.sekali sekala menjelajah gerai org.pastu tegur semua tuan2 kedai tu...macamla org faham apa yg dia cakap.sempat juga beli sandal utk along satu sb yg lama dah rosak sikit.
untuk nurul ja yg tak jumpa lg.
dah penat berjalan terus bergerak balik tp tak terus ke rumah.singgah HUSSEIN NASI KANDAR plk...isi perut & basahkan tekak.padat betul kedai nasi kandar malam2 ni.macam lepas gian plk org2 ni makan.tp tak semualah...ada gak yg lepak2 minum ja.saya dapat tahu dari sumber yg boleh dipercayai bahawa tokey kedai ni sgt suka menderma / bersedekah.bagus kan?sb tu rezeki dia murah.murtabak bulan puasa kat sini sedap sangat...tebal & penuh isi.sebiji boleh makan satu family.

apa kami makan kat sini?

along...semestinya nasi.

nurul...kuey teow tanpa sayur..makan separuh ja...abah yg kena habiskan.

abah & nabila...roti canai.tp nabila buat main ja.bila umie ambik makan punyalah dia marah...
umie...minum ja & habiskan roti nabila.

lepas tu baru balik rumah...sampai dekat2 pk 12 mlm.

3 comments:

ICAZIESYIRA said...

ieda, saya dah jadi follower. ANd nengok nabila buat saya geram. Rasa nak gigit lengan dia. hehe.

SURIA AMANDA said...

Nabila buat Lisa geram la..nasib baik bukan depan mata..kalau depan mata..dah lama dah tarik2 pipi dia yang gembol tuh..

ieda said...

icalovezie..
thanx...saya pun dah follow kamu.
peha nabila lg best kalau digigit..hehe

lisa...
sila...sila...jgn malu2.
btw..akak dah pos barang hari sabtu.